Penyakit endometriosis ni penyakit yang tak nampak dari luaran dan ada segelintir orang sekeliling susah nak percaya.

Ada tau yang sanggup ambil ubat penahan sakit yang banyak semata-mata nak hilangkan rasa sakit ni. Sebenarnya kalau bergantung kepada ubat penahan sakit terlalu lama pun tak elok juga tau.

image

Sakit ni juga akan berlarutan selagi tak putus haid atau menopaus. Faktor untuk dapat zuriat secara semulajadi juga sangat rendah jika tak mendapat rawatan yang sesuai.

Tapi ada juga segelintir wanita yang berjaya hamil dan melahirkan anak setelah dirawat tak mengalami endometriosis semula. Tapi ada juga yang tumbuh semula dan terus merebak walaupun dah dirawat.

Tapi jangan khuatir setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya kan? Jangan sesekali putus asa untuk berikhtiar ye.

Moga perkongsian ni memberi serba sedikit manfaat. Jom ketahui dengan lebih lanjut lagi cara atasi endometriosis.

 

Endometriosis ialah tisu selaput rahim yang berada di luar kawasan rahim. Ia biasanya terjadi apabila tisu lapisan dalaman rahim yang dipanggil endometrium tumbuh di luar rahim iaitu disekitar sekeliling rahim, dinding faraj, usus, kelenjar ovari, saluran fallopio, pelvis atau ligamen utero-sacral.

 

Lapisan dalaman rahim iaitu endometrium dipengaruhi oleh perubahan hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron. Kitaran hormon ini biasanya selama 28 hari. Penebalan endometrium sangat penting untuk persediaan hamil. Jika tiada persenyawaan berlaku, endometrium akan mula menipis dan gugur melalui darah haid.

 

3 PERINGKAT PENYAKIT ENDOMETRIOSIS

  • Peringkat pertama ~ Ketumbuhan endometriosis di tempat berkenaan sedikit sahaja
  • Peringkat kedua ~ Ketumbuhan endometriosis di tempat berkenaan berlaku dengan sederhana
  • Peringkat ketiga ~ Ketumbuhan endometriosis di peringkat ini sudah hampir seluruh tempat terutama sekitar rahim

 

TANDA-TANDA ENDOMETRIOSIS

  • Ketidaksuburan
  • Pendarahan berlebihan
  • Sakit haid kronik dan haid tak teratur; lewat datang haid dan haid tak tetap
  • Sakit pelvis
  • Sakit semasa hubungan intim
  • Sembelit dan sakit semasa membuang air besar
  • Sakit di bahagian perut sebelum, semasa dan selepas haid
  • Kembung perut dan loya sehingga muntah
  • Keletihan
  • Cirit birit atau pergerakan usus yang tak selesa sepanjang masa
  • Senggugut kronik
  • Sakit semasa bersenam terutama latihan fizikal
  • Pertambahan bulu muka atau badan

 

SIAPAKAH YANG KERAP DISERANG PENYAKIT ENDOMETRIOSIS

  • Wanita berumur di antara 30-40 tahun
  • Wanita yang mengalami paras hormon yang tak seimbang

 

KESAN SAMPINGAN

  • Kemurungan akibat sakit dan badan juga mudah letih akibat pendarahan yang berlebihan.
  • Aktiviti seharian turut terjejas jika sakit menyerang seperti tak boleh bekerja, tak boleh bersenam, tak boleh jaga anak-anak, belajar pun terganggu dan sebagainya

 

CARA UNTUK MENGAWAL ENDOMETRIOSIS

  • makan makanan organik dan tinggi antioksidan terutama selepas pembedahan membuang sista dan pernah melalui proses mengikis dinding rahim.
  • mengekalkan diet yang sihat
  • bersenam secara teratur
  • elak makanan fast food
  • pilih produk kecantikan yang bebas paraben
  • elak makan makanan yang dipanaskan dengan ‘microvawe’
  • minum air yang ditapis
  • guna bahan pencuci organik/ dari bahan semulajadi
  • elak penggunaan soya GMO ( diubahsuai secara genetik )
  • hindari kafein, minuman bergas dan tinggi gula

 

KOMPLIKASI

  • Semakin serius endometriosis semakin cepat ia berulang walaupun selepas pembedahan
  • jika kedua-dua ovari dibuang, endometriosis mungkin hilang bersama kesakitan, haid bulanan dan keupayaan untuk mendapatkan anak juga hampir tiada.

 

SUPLEMEN SHAKLEE

VIVIX ~ Mampu memperbaiki kerosakan sel yang tidak sihat dan keradangan di peringkat sel serta tisu di sekitar rahim yang menyebabkan sperma tidak boleh bercantum dengan telur. Vivix juga mampu meningkatkan tenaga sel serta memperbaiki tahap kesuburan yang lebih baik semasa ovulasi. Vivix yang tinggi antioksidan ini mampu menghalang radikal bebas yang menyerang sel-sel badan. Apabila sel-sel di bahagian pembiakan sihat peluang untuk hamil sangat tinggi.

GLA ~ membantu mengimbangi hormon dan memperbaiki paras estrogen yang tinggi kepada normal dan meningkatkan kesuburan dengan membantu meningkatkan lendiran di waktu subur yang sihat.

 

PENGALAMAN PENGGUNA SHAKLEE

 

Di samping pengambilan suplemen yang baik, ubah cara hidup yang lebih sihat juga sangat perlu dan penting untuk kekal sihat.

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

kenyataan

10 Cara Atasi Endometriosis Untuk Cepat Mengandung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge