Sepanjang kehamilan ibu hamil akan mengalami perubahan termasuk emosi dan psikologi. Dengan menambah ilmu melalui pembacaan, ia boleh membantu ibu mengenali masalah-masalah yang sering dihadapi dan ibu akan lebih bersedia mengalami perubahan dan gangguan yang dialami ketika hamil serta dapat menjaga kesihatan diri dan bayi dalam kandungan dengan tenang. Ketahui 10 perubahan yang ibu hamil perlu tahu tentang kehamilan dengan lebih lanjut.

Perubahan Yang Ibu Hamil Perlu Tahu

Semasa hamil banyak perubahan yang akan berlaku pada tubuh ibu hamil antaranya :

#1. Mual dan muntah

Pada peringkat awal kandungan, adalah normal jika ibu berasa loya dan muntah. Perubahan hormon yang mendadak dalam darah boleh menyebabkan loya dan muntah-muntah dan akan berkurangan selepas tiga bulan pertama.

Tetapi ada juga sesetengah ibu hamil yang muntah berterusan sehingga ke hujung kehamilan. Ini boleh menjadi lebih serius jika kurang selera makan dan badan akan kekurangan nutrisi dan cecair di dalam badan.

#2. Mengidam

Perkara ini juga normal. Biasanya akan berlaku pada awal kehamilan. Lazimnya ia akan beransur hilang apabila usia kehamilan semakin meningkat.

#3. Pedih Ulu Hati

Pertukaran hormon dalam badan mengakibatkan kelonggaran sphinctar. Tekak mula berasa tidak selesa dan pedih terutama makan makanan pedas dan berasid secara berlebihan.

#4. Bengkak kaki

Air dalam saluran darah akan ke saluran tisu dan mengakibatkan tisu membengkak terutama di sekitar buku lali yang berpunca daripada pertukaran hormon.

#5. Sembelit

Ibu hamil biasa akan mengalami sembelit atau susah untuk membuang air besar kerana terdapat perenggangan pada otot usus sehingga pengaliran ampas kurang lancar. Makanan yang tinggi serat amat digalakkan.

#6. Kerap Buang Air Kecil

Kerap terjadi pada tiga bulan pertama dan minggu ke empat terakhir kerana rahim mengalami tekanan di sekitar pundi kencing.

#7. Gusi Membengkak

Normal untuk ibu hamil kebiasaan akan berjadi pada tiga bulan pertama kehamilan.

#8. Kulit Menjadi Lebih Gelap

Perubahan hormon boleh menyebabkan beberapa bahagian kulit menjadi lebih gelap dan hitam terutama di sekitar leher, ketiak dan bahagian pelipat. Kulit pipi juga akan ditumbuhi bintik-bintik halus atau jerawat.

#9. Kejang kaki

Biasanya akan terjadi diwaktu pagi atau semasa tidur apabila kita menggeliat atau ingin meregangkan otot. Pengambilan susu sebelum tidur juga banyak membantu kerana sumber kalsium yang cukup sepanjang kehamilan sangat penting.

#10. Urat kaki berpintal

Peningkatan tekanan darah dalam salur vena yang terlampau tinggi menyebabkan terdapat gangguan pada sistem vena menjadikan urat menjadi berpintal-pintal dan gelembung. Ia dikenali juga sebagai vena varikos.

 

Suplemen Untuk Ibu Hamil

Wanita digalakkan mengambil vitamin sepanjang kehamilan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum merancang untuk mengandung terutama asid folik. Asid folik boleh mengurangkan risiko kecacatan bayi terutama kecacatan neural tube depect seperti bayi yang ada masalah lubang pada tulang belakang (spina bifida) atau bayi yang tidak mempunyai tempurung kepala dan otak tidak normal (anencephaly). Pilih makanan berdaun hijau tanpa dimasak seperti ulam dan salad yang kaya dengan folik asid.

Begitu juga vitamin seperti zat besi digalakkan mengambilnya selepas tiga bulan pertama mengandung. Jangan salah faham ye, pengambilan vitamin seperti zat besi bukan untuk membesarkan bayi tetapi berfungsi untuk menambahkan darah ibu bagi menampung keperluan bayi dan persediaan untuk bersalin.

Ramai juga di kalangan ibu hamil yang mempunyai masalah anemia semasa hamil berpunca daripada kekurangan zat besi ini. Ia boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti bayi lahir tidak cukup bulan, keguguran, gangguan kontraksi rahim serta pendarahan selepas bersalin. Ketahui 5 cara paling berkesan atasi masalah anemia sepanjang kehamilan di kalangan ibu-ibu hamil untuk bantu mengatasi segera masalah anemia ini dengan selamat dan berkesan.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Salam sayang 🙂

 

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

nutrisi untuk talasemia

 

10 Perubahan Yang Ibu Hamil Perlu Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge