Pertama kali bila dapat tahu saya disahkan hamil. Ya Allah macam-macam perasaan ada. Sujud syukur. Macam tak percaya saya bakal bergelar seorang ibu. Alhamdulillah rezeki untuk dapat baby cepat. Patut la sering rasa macam badan tak sihat. Ingat lagi masa tu saya mengadu kat suami badan rasa tak sihat. Macam nak demam jer. Sejujurnya dalam kepala memang tak terlintas langsung saya dah pregnant. Bila doktor sahkan usia kehamilan dah masuk minggu kelima, lagi macam tak percaya dah memegang gelaran ibu hamil.

Mulalah momen-momen indah pahit manis yang menjadi pengalaman sebelum saya bergelar seorang ibu. Setiap detik kehamilan tu ada fasa-fasanya yang tersendiri. Jom saya kongsikan 10 masalah yang sering ibu hamil lalui.

Bukan semua yang bernasib baik dapat melalui proses kehamilan normal sehingga melahirkan. Ada segelintir yang mengalami pelbagai komplikasi disebabkan pelbagai faktor.

#1. Morning sickness

Biasanya trimester awal sebahagian daripada ibu hamil akan rasa mual dan sering muntah pada awal pagi. Masalah ini berpunca disebabkan beberapa faktor termasuk perubahan fisiologi, tahap hormon yang tinggi, alahan bau-bau tertentu, kulit juga berubah lebih gelap, mengelupas dan sebagainya. Tapi jangan risau perubahan ini akan berakhir apabila usia kandungan semakin meningkat.

#2. Anemia atau Hb Rendah

Anemia atau kurang darah berpunca dari kekurangan zat gizi untuk pembentukan darah seperti zat besi, asid folik dan vitamin B12. Simptom kurang darah ni dapat dikenalpasti apabila kadar sel darah merah (hemoglobin atau Hb) bawah bacaan normal.

#3. Pergelangan kaki dan tangan bengkak

Jika bahagian pergelangan tangan dan kaki bengkak disebabkan oleh pengumpulan air kemungkinan ada kaitan dengan masalah tekanan darah tinggi

#4. Darah Tinggi

Peningkatan tekanan darah boleh tercetusnya masalah darah tinggi. Biasanya tekanan darah normal ialah 120/70. Sekiranya melebihi 140/90 harus diberi perhatian dan harus diingat rutin harian juga boleh memberi tekanan perasaan yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.

#5. Berat badan

Penting pantauan berat badan secara tetap untuk mengetahui keadaan bayi di dalam kandungan. Kebiasaannya ibu hamil akan bertambah berat badan antara 11 kg hingga 16 kg. Awas jika berat badan naik mendadak kemungkinan ia tanda awal tekanan darah tinggi

#6. Kejang Kaki

Kejang kaki atau simpul mengkarung pada waktu malam dan pagi adalah sangat tak best. Walaupun ia seakan masalah biasa bagi ibu hamil.

#7. Diabetes

Diabetes seakan penyakit biasa dihadapi oleh ibu hamil. Kandungan hormon estrogen dan progesteron meningkat tinggi sehingga kandungan gula dalam darah turut meningkat. Lebih buruk jika ada sejarah kencing manis sebelum hamil. Antara komplikasinya adalah kecairan air ketuban yang banyak, masalah buah pinggang dan perut ibu hamil lebih besar dari normal.

#8. Pendarahan

Jika mengalami pendarahan faraj pada minggu pertama hingga 28 kemungkinan keguguran berlaku. Segera berbaring jika pendarahan berlaku dan hubungi doktor untuk rawatan.

#9. Rahim lemah

Mencegah keguguran selepas bulan ketiga kehamilan. Biasanya doktor menyarankan pembedahan kecil untuk menjahit leher rahim di awal kehamilan dan jahitan di buka semula sebaik sahaja kontraksi bermula.

#10. Sembelit

Makan makanan berkhasiat sangat penting untuk mencegah sembelit. Cukup protein, buah dan sayuran serta fiber. Minimakan pengambilan gula dan makanan berlemak. Kekurangan serat boleh memburukkan lagi masalah sembelit.

#11. Buasir

Terjadinya buasir apabila sering mengalami sembelit dengan kerap akibat perubahan gaya hidup dan perubahan hormon. Hormon progestron yang banyak menyebabkan usus bekerja lebih perlahan semasa kehamilan untuk memproses makanan

#12. Sering nak pitam

Perubahan hormon menyebabkan otak tidak dapat oksigen dan darah yang cukup terutama apabila berdiri terlalu lama atau bangkit laju semasa berbaring atau duduk.

Maka sangat penting setiap pasangan bersedia dan memahami sedikit sebanyak perubahan yang bakal berlaku kepada ibu hamil sepanjang tempoh mengandung.

 

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

 

12 Masalah Ibu Hamil Yang Perlu Kita Ambil Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge