Sedar atau tidak, sebenarnya udara yang kita hirup setiap saat ni turut mengandungi makhluk kecil yang tak nampak dengan mata kasar dan terus masuk ke dalam tubuh kita. Makhluk seperti bakteria, virus, parasit berpotensi mengganggu kesihatan. Ia juga dikenali sebagai mikrob patogen. Jom ketahui cara mudah tingkatkan sistem imun elak kerap sakit.

Jika sistem pertahanan kita lemah virus dan kuman jahat akan berkembang biak di dalam tubuh kita. Kehadirannya jika tidak terkawal ia boleh mengganggu sistem pertahanan dalam badan kita.

Risiko diserang beberapa jenis kanser juga adalah tinggi jika sistem kekebalan lemah dan kemampuan melindungi tubuh semakin berkurang.

Jangan tak tau ye, stress juga salah satu faktor yang boleh merendahkan sistem imun badan kita.

Organ-Organ Utama Sistem Imun

  • Limpa – Organ serbaguna yang menyumbang kepada penghasilan sel, perlindungan sel darah merah
  • Kelenjar Timus – Pusat Latihan Sistem Imun
  • Sum-sum tulang – Kilang Sel Darah Putih
  • Kelenjar Nodus Limfa – penyaring sel kekebalan badan

4 Fungsi Sistem Imun

  • membantu melindungi badan dari serangan penceroboh pembawa penyakit
  • mengenalpasti dan menghilangkan sel abnormal
  • melindungi tubuh dari jangkitan virus, bakteria atau parasit yang masuk ke dalam tubuh
  • memusnahkan sel yang mati atau rosak untuk tujuan pembinaan sel-sel baru yang lebih sihat

Terdapat 3 Peringkat Sistem Pertahanan Di Dalam Badan Kita :

Pertahanan Pertama – Lapisan permukaan

Pigmen kulit. Kulit adalah benteng paling besar yang menghalang mikroorganisma dan melindungi badan kita dari tekanan seperti sejuk, panas, rasa sakit dan sinaran matahari.

Silia dan mukus penting untuk menapis setiap udara yang masuk melalui hidung agar dapat diterima oleh paru-paru dengan suhu yang tepat.

Air Liur menghasilkan sejenis enzim untuk memecahkan sel-sel dinding patogen yang bertindak sebagai antibiotik

Jus gastrik mengandungi enzim untuk mencernakan makanan. Bakteria yang ditelan dipecahkan oleh asid kuat (pH2-3) di dalam perut yang juga memecahkan makanan.

Untuk menguatkan sistem lapisan pertahanan pertama, anda perlukan :-

#1. Omegaguard – Omege-3 bersifat anti-radang kepada sel. Sel akan diserang oleh patogen punca keradangan

#2. Vitalea Iron Formula – Multivitamin lengkap untuk fungsi organ badan dapat berfungsi dengan baik bagi membantu sistem imun yang kebal.

#3. ESP – Protein membantu menghasilkan sel yang sihat dan kuat serta elak kulit mudah menjadi kering

Lapisan Pertahanan Kedua 

( Makrofaj, Sel Darah Putih, Sel Pembunuh Semulajadi, Interferon )

Apabila patogen menembusi lapisan pertahanan pertama, lapisan pertahanan kedua akan diaktifkan

Sel darah putih merembeskan bahan kimia untuk membunuh bakteria

Makrofaj menelan bakteria dan memusnahkannya.

Sel pembunuh semulajadi mengenali sel-sel manusia yang sudah dijangkiti dan sel-sel kanser.

Interferon membantu sel-sel imun menghancurkan bendasing / patogen

Apabila patogen menyerang sel-sel badan, tisu yang cedera dan makrofaj melepaskan histamin. Apabila histamin dilepaskan reseptor sakit mula aktif dan tindakbalas keradangan turut berlaku termasuk ketika kita demam suhu akan meningkat. Kemudian sel darah putih akan masuk ke bahagian yang di jangkiti. Ini merupakan proses semulajadi sistem pertahanan badan melawan patogen.

Untuk menguatkan sistem lapisan pertahanan kedua, anda perlukan :-

#1. Nutriferon – merangsang penghasilan interferon semulajadi di dalam badan

#2. Garlic Complex – bertindak sebagai antibiotik semulajadi dan berfungsi merangsang sel darah putih

#3. Caratomax – membantu meneutralkan radikal bebas serta kaya dengan sumber carotenoid. Meningkatkan aktiviti sel darah putih

Lapisan Pertahanan Ketiga –

( Antibodi )

Bertindak apabila jangkitan tersebar luas dan lapisan pertahanan kedua tidak cukup.

Antibodi juga dipanggil immunoglobulins. Ia berfungsi untuk mengenalpasti dan membantu memusnahkan antigen asing atau sasaran seperti virus dan bakteria (antigen)

Untuk menguatkan sistem lapisan pertahanan ketiga, anda perlukan :-

Resveratrol – meningkatkan aktiviti sel pembunuh semulajadi dan melindungi DNA sel.

Vivix merupakan gabungan resveratrol dan polifenol yang terbukti mempunyai 10 kali ganda berkuasa berbanding produk resveratrol semata.

Selain produk yang terbukti selamat dan berkesan untuk jangkamasa panjang. Bimbingan pengambilan suplemen dengan cara yang betul dan konsultasi berterusan dari saya untuk anda diberi secara percuma. Jadi sangat lah penting untuk memilih pengedar sah Shaklee yang sedia membantu menyelesaikan masalah / kemusykilan anda.

 

Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

kenyataan

3 Cara Mudah Tingkatkan Sistem Imun Elak Kerap Sakit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge