Permulaan masa haid wanita normal adalah di peringkat remaja hingga menopaus. Kitaran endometrium ini merupakan proses pengeluaran darah yang berlaku setiap bulan.

Pengeluaran darah disebabkan oleh gugurnya lapisan dinding rahim yang banyak mengandungi pembuluh darah dan sel telur yang tidak disenyawakan. Sesetengah wanita mempunyai gangguan dalam kitaran period mereka. Jom ketahui faktor period tak lancar setiap bulan.

4 faktor period tak lancar

4 Jenis Gangguan Haid Yang Dialami Kebanyakan Wanita

#1. Amenorea keadaan di mana period berhenti pada masa haid teratur. Terdapat dua kategori gangguan amenorea iaitu Amenorea primer di mana seseorang wanita yang belum pernah mengalami period sedangkan sudah mencecah usia akil baligh. Amenorea sukender di mana terjadi ketika haid yang terhenti secara tiba-tiba selama empat bulan atau lebih atau perlahan-lahan menjadi jarang dan langsung berhenti.

#2. Dismenorhea di mana period yang disertai rasa sakit yang teruk dan rasa kejang. Terdapat dua kategori iaitu dismenorhea primer dan sekunder. Lebih kurang 50% wanita mengalaminya dan 15% mengalami rasa sakit yang teruk. Kebiasaannya keadaan ini akan berubah selepas berkahwin kerana terdapat perubahan kedudukan rahim semasa kelahiran anak. Hormon tubuh juga akan lebih stabil.

#3. Menoragia di mana berlaku pendarahan yang berlebihan dan lama ketika period teratur.

#4. Metroragia di mana pendarahan yang terjadi antara dua kitaran period dan jumlahnya mungkin sedikit atau banyak.

Gejala -gejala Period Tak Lancar

  • Penyakit pada induk telur (ovari) atau rahim (uterus) seperti tumor ovari, fibrosis sistik dan tumor adrenal
  • Gangguan pengeluaran hormon akibat kelainan pada otak, kalenjar tiroid, kalenjar adrenal, induk telur, dan bahagian dari sistem pembiakan yang lain.
  • Penyakit kronik seperti penyakit ginjal kronik, hipoglisemia, obesiti dan malnutrisi
  • Ubat-ubatan diberikan untuk penyakit kronik atau selepas berhenti mengamalkan kontrasepsi oral
  • Pembuangan uterus atau ovari
  • Kelainan bawaan pada sistem kelamin seperti tidak memiliki rahim atau vagina, serviks yang sempit
  • Penurunan berat badan yang drastik
  • Kelainan kromosom
  • Senaman berlebihan
  • Rahim yang menghadap ke belakang (retroversi), kurang bersenam dan mengalami tekanan
  • Pelengketan abnormal antara organ dalam perut, endometriosis, fibroid, adenomiosis dan inflamasi tiub fallopi
  • Tumor uterus, kanser serviks atau rahim, fibroid atau adenomiosis
  • Terdapat benjolan yang bukan kanser pada pangkal rahim seperti mioma berlaku pada wanita dalam lingkungan 30 tahun hingga 40 tahun ke atas.
  • Gangguan keseimbangan hormon seperti jenis penyakit kelenjar endokrin
  • Terdapat benda asing dalam rahim seperti alat IUD atau wanita yang menggunakan suntikan implan sebagai langkah pencegahan kehamilan
  • Gangguan kepada kehamilan seperti kandungan mengalami masalah seperti pendarahan yang sedikit tetapi berpanjangan sehingga keguguran atau lahir tidak cukup bulan, hamil anggur atau hamil luar rahim.

Tanda-Tanda Yang Perlu Anda Tahu

  • Kitaran haid bukan dalam kitaran normal dan lingkungan usia sudah akil baligh dan belum menopuas
  • Kesukaran untuk hamil
  • Rasa sakit bermula pada hari pertama haid
  • Sakit seperti kejang pada masa-masa tertentu
  • Sakit dibahagian bawah perut
  • Adakala rasa pening atau loya
  • Keluar darah haid yang sangat banyak dan lama (lebih 7 hari)
  • Period berikutnya datang dengan cepat
  • Pendarahan yang berlaku secara tiba-tiba dan bukan pada waktu kitaran haid. Segera berjumpa doktor untuk mengetahui lebih lanjut tentang punca sebenar.

Langkah – Langkah Pencegahan 

#1. Kawal berat badan pada paras normal

#2. Mengenalpasti kitaran haid pada setiap bulan

#3. Ambil ubat mengikut saranan doktor

#4. Mengamalkan cara hidup yang sihat seperti pemakanan seimbang

#5. Pastikan amal sayur-sayuran yang tinggi zat besi. Kekurangan zat besi sangat mempengaruhi kesihatan pembiakan

#6. Buat pemeriksaan secara berkala dan dapatkan nasihat dari pakar kesihatan

#7. Pengambilan sumber makanan yang tinggi anti-oksidan sangat membantu untuk membaik pulih masalah dalaman wanita terutama yang mengalami period tidak lancar setiap bulan.

 

Nutrisi Shaklee untuk Masalah Sistem Reproduktif Wanita

Suplemen Utama :

Vivix – Vivix mengandungi adunan fitonutrien proprietari yang memanfaatkan kuasa anggur mascadine dan mengandungi  antioksidan tertinggi dan mampu mengawal selia estrogen dan ketidakseimbangan hormon serta meningkatkan sistem imun badan ke tahap optimum. Antara yang terdapat di dalam ramuan Vivix ini ialah ia menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel ke tahap paling jauh iaitu DNA kita.

vivix

Suplemen Tambahan :

GLA Complex – mengawal dan memperbaiki paras hormon dalam badan kerana biasanya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon

Vita Lea – elemen penting untuk sel tubuh kerana mengimbangi nutrien di dalam badan dan merupakan pelengkap nutrisi

B-Complex – untuk sistem reproduktif yang lebih sihat dan mengurangkan gejala stress dan depresi.

ESP – baik untuk hormon supaya lebih stabil dan ia kaya dengan Isoflavon yang mana ia mampu mengimbangi ketidakseimbangan hormon pada wanita.

Di samping pengambilan suplemen yang baik, ubah cara hidup juga sangat perlu dan penting untuk kekal sihat dan cergas.

Pengalaman Pengguna Shaklee

[ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ]

Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee telah saya gunakan seperti Alfafa, GLA, Omega, B-Complex, vitamin C, Vitalea dan kalau boleh disenaraikan semua laa.

Masalah yang saya hadapi sejak dari bujang lagi ialah masalah haid tidak teratur. Kadang berpanjangan dan kadang langsung tak datang berbulan-bulan. Kalau yang berpanjangan pula bukan seminggu lebih tetapi kadangkala sebulan lebih haidnya. Dalam waktu yang sama saya sedang berusaha untuk hamil, dan bagaimana untuk hamil kalau haid pun tidak teratur. Kalau haid tidak teratur, nak tahu waktu subur pun susah.

Masalah ini memang mengganggu saya dan suami, maklumlah umur semakin meningkat. Usia perkahwinan pun sudah memasuki 6 tahun & masih belum dikurniakan zuriat. Segala usaha telah dilakukan oleh kami berdoa, perubatan moden, perubatan tradisional, perubatan Islam dan segala jenis ubat telah saya telan.

Emosi juga sedikit terganggu. Tipu la kalau tidak terasa bila melihat kawan-kawan, saudara mara dengan anak-anak mereka. Tapi saya harus kuatkan diri sendiri,selalu berkata dalam hati “Allah belum kurniakan aku rezeki anak mungkin kerana Dia merasakan kami belum bersedia ataupun Dia akan memberikan kami rezeki lain dahulu”.

Dulu saya pernah mengandung, tapi Allah lebih sayangkan anak syurga saya itu. Baby boy yang sangat comel & kalau ada dia sudah berumur 5 tahun. Redha dengan kehilangan nya dalam hati hanya Allah yang tau.

Tapi apa yang saya nak share ni adalah cerita yang berlaku pada tahun ini dan pilihan yang telah saya buat setelah sekian lama mengetahuinya. Saya telah mengambil keputusan utk mencuba VIVIX produk yang paling hot keluaran Shaklee. Bermula pada awal tahun 2016,saya telah mengamalkan Vivix setiap hari sebelum tidur tanpa skip walaupun sehari. Sebelum ni pun memang saya mengamalkan ViVix tapi tidak konsisten la.

Pada bulan Januari saya telah period selama sebulan dari 14.1.2016 sehingga 16.2.2016(35 hari) mungkin darah-darah lama yang tertinggal didalam. Amat merisaukan juga sebab terlalu lama dan saya telah pergi berjumpa doctor. Melalui scan doktor memberitahu cyst telah timbul kembali sebesar 2.5cm dan beliau memberikan ubat berhentikan darah.

Selalunya apabila doctor memberikan ubat, saya memang TIDAK AKAN makan ubat tersebut. Tetapi setelah dipaksa, saya hanya makan 1 hari sahaja dan haid berhenti, kuat sungguh ubat ni kan. Saya percaya,sangat tak bagus kalau ubat yang bagi kesan yang sangat segera ini. Selepas itu, saya terus tak nak ambil apa-apa ubat sintetik lagi dan let see the next flow.

Pada 9.3.2016 haid kembali hadir dengan banyaknye dan stop setelah 7 hari. Wahhh…sedikit kagum kerana tidak berpanjangan lagi. Bulan 4 masih menantikan kehadirannya tapi tiada rezeki dan haid turun semula pada 17.5.2016 dan stop pada 24.5.2016. Wahhh….so amazing cuma 8 hari, perkembangan yang baik dan senyum semakin melebar.

Kitaran haid saya dah semakin stabil dan normal & ini memang tujuan utama saya adalah untuk membetulkan kitaran haid. Bila haid sudah teratur, In Syaa Allah ada rezeki Allah akan makbulkan impian kami. Check up pada 27/5/16,cyst telah mengecut kepada 1 cm.

Alhamdulilah syukur kehadrat mu Ya Allah. Kini sedang berusaha ber OPK tuk menentukan waktu subur. Dalam masa yang sama sudah masuk botol ke-2 Vivix. Memang terbaik la Vivix ini, sangat-sangat membetulkan dalaman saya,sekurang-kurangnya saya telah berusaha untuk mencari alternatif yang lebih selamat tanpa memudaratkan diri sendiri untuk masa akan datang.

Saya sangat sarankan wanita di luar sana yang mengalami masalah haid tidak teratur untuk mencuba Vivix. Ia memang terbaik!!

Supermom Shaklee Story's photo.

 

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

nutrisi untuk talasemia

 

 

 

4 Faktor Period Tak Lancar Setiap Bulan Agak Merisaukan

5 thoughts on “4 Faktor Period Tak Lancar Setiap Bulan Agak Merisaukan

  • March 9, 2016 at 3:52 am
    Permalink

    Setakat nih saya boleh dikatakan normal lagi lah. Simptom2 yg disebut tuh tak pernah dialami

    Reply
  • December 22, 2016 at 12:06 pm
    Permalink

    hooo nampak saya baca nih, semua orang suka ambil shaklee, memang terbaik

    Reply
    • December 31, 2016 at 9:01 pm
      Permalink

      Shaklee pilihan ramai

      Reply
    • February 9, 2017 at 4:09 pm
      Permalink

      shaklee suplemen pilihan ramai termasuk lah saya :)))

      Reply
      • February 12, 2017 at 1:34 am
        Permalink

        alhamdulillah :)) jom jaga kesihatan dari awal

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge