Buasir biasa dikaitkan semasa kehamilan. Ramai juga yang kali pertama mendapat buasir semasa hamil dan selepas bersalin. Mesti seksa kan ? Dengan sakit luka bersalin yang masih baru lagi tambah pula nak membuang payah. Menangis tau….Ketahui cara atasi buasir ketika hamil dan selepas bersalin yang saya amalkan :)))

Alhamdulillah sepanjang kehamilan dan semasa berpantang saya bebas daripada masalah buasir. Penangan kalsium bersama magnesium memang best!. Saya ambil sepanjang kehamilan memang sangat membantu untuk pembuangan yang lebih lancar. Kejang kaki tengah-tengah malam pun terkawal. Kalau tak memanjang je cramp. Faham-faham je la kalau selalu cramp ni… sakit sekitar betis tu berhari-hari nak hilang.

Ada seorang kawan saya ni sampai tak boleh nak jaga bayi masa dalam pantang tu, sakit sangat sebab masalah buasir dia ni. Usaha sana-sini. Kesian sangat.

Lepas saya sarankan ikhtiar ambil set buasir untuk atasi masalahnya. Alhamdulillah dengan izin Allah dia sembuh sepenuhnya. Happy sangat tau. 🙂

Tahu Tak Macamana Buasir Terjadi ?

Buasir (piles) atau urat simpul (vena verikos) terjadi disebabkan oleh salur darah di dalam dubur menjadi bengkak dan terkeluar semasa atau selepas membuang air besar yang disertai rasa sakit dan pedih.

Buasir juga boleh terjadi dalam dua keadaan iaitu buasir dalaman dan buasir luaran. Benjolan kecil dan lembut mungkin boleh dirasa jika ia di sekeliling dubur.

Bagi ibu hamil hormon progesteron yang tinggi boleh mengendurkan dinding salur darah terutama di bawah rahim dan dalam masa yang sama tekanan daripada berat bayi yang kian membesar juga boleh menyebabkan terjadinya buasir.

Buasir semasa bersalin boleh berlaku disebabkan proses meneran untuk mengeluarkan bayi. Tahu teknik pernafasan dan meneran yang betul penting dan sangat membantu di saat kritikal nak keluarkan bayi tu.

Orang tua-tua juga selalu berpesan supaya elak mengangkat benda-benda berat masa dalam pantang kerana boleh mencetus kepada masalah buasir. Batuk yang teruk dan berpanjangan juga boleh mengeruhkan lagi keadaan.

 

” Anggaran seorang dalam lima orang ibu akan mengalami masalah buasir sehari selepas bersalin. Manakala kira-kira seorang daripada sepuluh ibu hamil akan mengalami buasir pada trimester ketiga ”

 

Jadi sangat penting pengambilan makanan yang seimbang sepanjang kehamilan untuk cegah masalah buasir dalam pantang. Kekurangan magnesium di dalam badan juga boleh mengganggu proses membuang air besar.

Apakah Simptom Buasir ?

#1. Pengeluaran darah merah terang selepas membuang air.

#2. Kerap mengalami masalah sembelit.

#3. Rasa sakit, pedih, panas dan gatal di sekeliling dubur.

#4. Terdapat benjolan daging kecil di sekitar tempat membuang najis. Ada yang sakit bila disentuh dan ada yang tidak.

5 Cara Atasi Buasir

#1. Pastikan tidak mengalami sembelit supaya proses membuang menjadi lancar

#2. Pilih makanan yang berserat tinggi dan banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ibu hamil yang kurang zat besi lebih mudah terkena sembelit.

#3. Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya tidak terhidrat

#4. Lakukan senaman ringkas seperti berjalan atau pilih lakukan senaman regangan yang mudah

#5. Segera ke tandas jika ada tanda-tanda hendak membuang. Jangan biasakan diri menahan terlalu lama dikhuatiri najis akan menjadi keras dan kering.

Tips Mengurangkan Buasir

#1. Mandi air panas untuk kurangkan rasa gatal dan sakit

#2. Elak menggaru ditempat yang gatal kerana ia akan memburukkan lagi keadaan

#3. Guna pek ais untuk melegakan rasa sakit di sekitar dubur dan kurangkan bengkak

#4. Lap dan keringkan dengan lembut selepas membuang air besar

#5. Tolak dengan perlahan-lahan dengan jari yang bersih buasir yang terkeluar selepas membuang air besar atau mandi.

Sebelum itu… jom tonton video ibu muda ni yang sangat seksa masa pantang anak pertama sampai tak sanggup nak beranak lagi. Tapi bila melahirkan anak kedua, ini pula yg terjadi…

Dah tahu apa rahsia ibu muda ni dalam pantang ? Jom baca cara alternatif dengan suplemen Shaklee pula.

Cara Atasi Buasir Dengan Suplemen Shaklee

Omegaguard : Membantu mengecutkan otot bengkak dan radang akibat buasir

Ostematrix : membantu mudahkan proses pembuangan najis dan melegakan pendarahan akibat buasir. Magnesium di dalam ostematrix mampu melegakan ketegangan pada dinding kolon dan bantu mengekalkan air di dalam usus. Magnesium turut bertindak sebagai laksatif ringan dan melancarkan pergerakan usus yang lebih baik.

Zink Complex : Bantu sembuhkan luka dalaman akibat buasir.

Jangan biarkan masalah buasir menjadi lebih teruk. Jom ikhtiar dengan vitamin semulajadi yang terbukti selamat ini.

Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

kenyataan

5 Cara Atasi Buasir Ketika Hamil Dan Selepas Bersalin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge