Pertama kali datang haid seingat saya pada usia 12 tahun. Pernah juga mengalami senggugut ni tapi tak teruk sangat masih terkawal. Masa tu mana la tahu sangat cara hilangkan sakit senggugut ni. Ada sesetengah orang setiap kali datang period, senggugut ni boleh menyebabkan pengsan kalau dah tahap teruk sangat tu. Ubat tahan sakit tu dah jadi macam teman rapat la setiap bulan.

 

Senggugut ni walaupun sakitnya masih terkawal tapi sakit tu boleh menyebabkan mood saya swing habis. Sakit di sekitar perut mencengkam-cengkam, kejang di bahagian pelvis dan lenguh-lenguh pinggang tu tak payah cakap la. Memang hari pertama dan kedua tu kerjanya merengkok dan nak baring je. Nak pula datang berangkai dengan sakit kepala berdenyut-denyut dan rasa tak selesa pada payudara. Walaupun jarang kena sakit senggugut ni tapi sekali kena memang tak best.

 

Kalau yang senggugut teruk tu memang saya boleh bayangkan sakitnya tu macamana. Orangkata sakitnya tu lebih kurang sama dengan kontraksi masa nak bersalin. Adoi sakit tu.. nak pula kena berdepan setiap bulan. Kalau saya memang tak sanggup dan akan ikhtiar jugak cari rawatan alternatif lain yang pasti terjamin selamat. Tak nak la kan bergantung sepenuhnya kepada pil tahan sakit atau pil yang kaler pink tu apa ke nama menstrual pill ke, lupa dah sebab saya takut nak ambil.

 

Ubat tahan sakit ni jika diambil secara tak terkawal boleh mendatangkan kesan sampingan seperti kerosakan buah pinggang dan gastritis. Dulu pun kalau sakit sangat paling kuat saya telan penadol jer. Tapi sekarang dah lama tak bergantung dengan penadol untuk tahan rasa sakit senggugut ni. Seronok sangat sebab dah jumpa cara nak atasinya dengan lebih alami dan semulajadi.

 

Senggugut atau kekejangan ialah proses pengecutan dinding rahim yang kuat semasa hari pertama kedatangan haid pada setiap bulan. Ini berlaku akibat perubahan hormon yang terjadi semasa haid dan tubuh mengeluarkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai prostaglandin yang menyebabkan otot rahim menguncup dan timbul rasa sakit atau nyeri.

 

” Menurut Dr. Hamid Arshat, jangan pandang ringan senggugut atau sakit ketika haid, sama ada masih gadis atau wanita belum kahwin. Jika sudah kahwin pun masih lagi ada senggugut, ini mungkin menandakan adanya penyakit endometriosis. Tidak semua senggugut pada gadis atau wanita belum kahwin dikaitkan dengan penyakit, malah kebanyakan disebabkan oleh kuncupan rahim yang kuat akibat pintu rahim sempit dan lepas kahwin senggugut jenis ini akan hilang “.

Tanda-Tanda Senggugut atau PMS

  • Cepat marah atau mudah naik angin
  • Kemurungan
  • Jerawat tumbuh
  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Sembelit
  • Cirit birit
  • Kekembungan
  • Sakit belakang
  • Bengkak payudara
  • Sukar mengawal tekanan
  • Sukar Fokus

Antara Faktor -faktor Senggugut

  1. Pengambilan gula dan garam secara berlebihan serta kopi semasa haid
  2. Rehat yang tidak mencukupi
  3. Penggunaan tembakau
  4. Tabiat makan ( kurang vitamin dan galian dalam badan seperti magnesium, vitamin E, mangan )
  5. Kurang pengambilan protein dan rendah serat
  6. Banyak mengambil makanan berproses, dan berminyak serta gemar ambil snek tidak berkhasiat
  7. Stress boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia dalam badan

Bagaimana Cara Untuk Mengatasi Senggugut ?

  • Berbaring boleh meredakan tekanan emosi
  • Letakkan tuaman di atas perut seperti beg tuaman panas atau isi air panas ke dalam botol
  • Minum air suam secukup untuk melancarkan peredaran darah
  • Bersenam boleh menggalakkan pengeluaran hormon endorfin di mana ia sangat membantu mengurangkan senggugut
  • sekiranya tidak dapat menahan sakit dapatkan rawatan di klinik berhampiran untuk kepastian. Senggugut teruk juga salah satu petanda penyakit lain yang berkaitan rahim seperti fibroid(cyst) atau endometriosis.

Amalkan pengambilan vitamin untuk atasi kekurangan galian dan mineral di dalam badan

  • Kalsium, magnesium dan vitamin D – dapat mengelakkan penguncupan yang kuat pada dinding rahim semasa senggugut
  • Vitamin B6 – berupaya melegakan tekanan emosi dan sakit pada payudara. Kembung perut dan keletihan sepanjang senggugut
  • Vitamin E – membantu memberi kelegaan emosi
  • Vitamin C – mengurangkan simptom alahan dan alergi yang terjadi semasa senggugut. Menguatkan sistem imun badan dan mengawal masalah jerawat yang timbul semasa haid.

Cara Hilangkan Sakit Senggugut Dengan Cepat

Sebelum itu, jom layan video ni dulu…pengalamannya sendiri yang mengalami Masalah Senggugut Teruk Nak Patah Pinggang! Mak Aih, nasib baik dah OK..

Pilihan dari Suplemen Shaklee Untuk Senggugut

GLA Complex : membantu menstabilkan paras hormon di dalam badan terutama hormon prostaglandin yang terhasil semasa haid

Ostematrix : kaya dengan sumber kalsium, magnesium, vitamin D yang membantu mengatasi simptom PMS, kekejangan otot rahim kerana penyusutan kalsium berlaku semasa haid.

B-Complex : mengandungi vitamin B6 dan asid folik yang membantu untuk mengatasi masalah senggugut dan mengawal tekanan emosi  dan rasa stress.

Cara-hilangkan-sakit-sengugut

Pengalaman Pengguna Shaklee 

Cara-hilangkan-sakit-senggugut

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN SET TERBAIK NI ?

Hubungi saya melalui Whatsapp di 012-3398734 untuk mendapatkan konsultasi paling tepat dengan pilihan suplemen terbaik berkaitan masalah dan bajet anda.

 

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

5 Cara Hilangkan Sakit Senggugut Dengan Cepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge