image
“ Saya tiba-tiba jatuh apabila saya mengangkat kepala atau menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan. Doktor juga telah sahkan saya mengidap vertigo – Pengalaman Pesakit Vertigo ”

Pernah tak situasi begini terjadi kepada kita. Seolah-olah badan kita sedang berpusing atau bilik kita berpusing sedangkan kita hanya berdiri atau terbaring. Kalau pernah jom ketahui cara mudah atasi vertigo dan semoga ia bermanfaat.

Apakah Vertigo ?

Vertigo adalah perasaan di mana kita atau persekitaran kita seakan bergerak atau berputar. Keadaan yang seakan sama dengan mabuk laut tanpa laut. Vertigo terbahagi kepada 2 keadaan seperti :

  • Vertigo subjektif menerangkan ilusi pergerakan seperti apabila anda merasa seolah-olah anda yang bergerak
  • Vertigo objektif pula persepsi bahawa persekitaran anda yang bergerak

Salah satu jenis vertigo dikenali sebagai benign paroxysmal positional vertigo (BPPV) yang berlaku seiring dengan peningkatan usia seseorang.

Apakah Punca Vertigo ?

Vertigo boleh disebabkan oleh :-

  • jangkitan telinga tengah dimana cecair terkumpul menyebabkan masalah dengung dan bunyi dalam telinga atau dikenali sebagai penyakit Meniere
  • masalah dengan reseptor keseimbangan dalam telinga
  • keradangan dalam telinga dalam disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria
  • tumor
  • pengurangan aliran darah ke pangkal otak
  • kecederaan leher
  • sakit kepala migrain
  • kecederaan kepala akibat kemalangan atau selepas pembedahan kepala yang mengganggu sistem vestibular
  • komplikasi diabetes

Apakah Simptom Vertigo ?

Gejala vertigo termasuk :-

  • Wajah menjadi pucat
  • Gerakan yang mungkin disertai dengan loya atau muntah
  • Berpeluh secara tiba-tiba
  • Pergerakan mata yang tidak normal
  • Gayat mungkin termasuk kehilangan pendengaran, sensasi deringan dalam telinga
  • Gangguan penglihatan
  • Lemah
  • Gagap yang kronik
  • Kesukaran untuk berjalan

Bila Perlu Berjumpa Doktor ?

Tanda-tanda gejala vertigo perlu dinilai oleh doktor. Kebanyakan kes vertigo adalah tidak berbahaya. Walaupun vertigo boleh mengganggu aktiviti harian, kebanyakan ia mudah di rawat.

Jika terdapat tanda-tanda yang luarbiasa atau yang boleh mengancam nyawa, mungkin punca utama bukan berkaitan dengan telinga atau sistem vestibular dan ia mungkin berkaitan dengan penyakit lain yang lebih serius. Sangat penting setiap tindakan hendaklah sentiasa di bawah pengawasan doktor terlebih dahulu.

Tanda-tanda gejala vertigo tertentu mungkin memerlukan penilaian dari Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) seperti :

  • Penglihatan nampak berganda dan kurang jelas
  • Sakit kepala yang teruk
  • Lemah untuk penyelarasan lengan dan kaki
  • Sukar bergerak atau berjalan
  • Sukar untuk bertutur
  • Demam yang tinggi
  • Abnormal pada mata
  • Muntah tanpa henti
  • Pitam, kebas atau sakit dada

image

Cara Mudah Atasi Vertigo

Terdapat beberapa rawatan untuk mencegah vertigo termasuk :-

  • Meletakkan kepala lebih tinggi dari badan ketika sedang duduk atau berbaring. Elak menunduk atau posisi kepala dan badan sejajar
  • Menggerakkan kepala secara perlahan, sebaiknya sebelum berdiri dari tempat tidur seeloknya duduk terlebih dahulu supaya pergerakan yang dilakukan oleh badan tidak terlalu drastik.
  • Pengambilan ubat-ubatan atas nasihat doktor
  • Terapi fizikal seperti senaman yoga, tai chi, senaman dengan pergerakan kepala yang mudah. Ia juga bergantung kepada kemampuan fizikal individu.
  • Pengambilan nutrisi yang cukup untuk kesihatan yang optimum.

Saranan Nutrisi Shaklee

Sistem saraf yang sihat dan cukup nutrisi sangat penting untuk menjalankan fungsi di dalam badan secara optimum. Dengan rangkaian nutrisi Shaklee ia dapat membantu mengekalkan sistem saraf daripada gangguan radikal bebas yang merosakkan sel tubuh.

Vivix – Penemuan saintifik yang hebat dari Shaklee dengan ramuan semulajadi yang mengandungi antioksidan yang teramat tinggi dan lebih kukuh. Menggalakkan pembentukan baru Mitochondria yang sangat penting untuk pemulihan sistem saraf akibat Vertigo. Apabila mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menurun fungsi sel turut menurun. Vivix juga meningkatkan fungsi imun badan untuk melawan jangkitan virus dan bakteria, membantu pengaliran darah yang lancar untuk sistem saraf yang sihat, merendahkan tekanan darah, merendahkan kolestrol, memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular, jantung termasuk strok. Melambatkan pembentukan protin AGE (advanced glycation end product) yang boleh mengganggu keutuhan sel.

B-Complex – mengandungi kesemua 8 vitamin penting yang sangat diperlukan oleh badan. B6 yang ada di dalam B-Complex sangat penting untuk memastikan kesihatan fungsi sistem saraf pusat, membantu peredaran darah yang lebih lancar sekali gus meredakan sakit kepala, pening, loya dan muntah akibat gangguan vertigo.

Vita-Lea – Mengimbangi vitamin & mineral dan elemen penting dalam pada sistem saraf. Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma badan dan pelengkap nutrisi dimana mengandungi 30 nutrisi lengkap, 12 vitamin dan 7 penting.

Peppermint Ginger Plus – Membantu melegakan kepala yang berpusing seperti vertigo, membekalkan lebih oksigen ke otak untuk pesakit vertigo merasa lebih tenang, melegakan ketidakselesaan kepala dan loya.

Vita C – Mempertingkatkan peredaran darah dan membina sel darah yang lebih sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik. Sangat penting untuk pesakit vertigo mempertingkatkan kualiti tidur dan menghalang keresahan atau kekeliruan yang teruk.

Lecithin – diperlukan dalam fungsi saraf dan fungsi otak dengan membekalkan kolin untuk saraf penghubung bagi mempertingkatkan sistem saraf yang lemah. Mempertingkatkan proses pertuturan dan membaiki daya ingatan pesakit vertigo.

Ostematrix – mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini penting untuk membantu pesakit vertigo yang mempunyai masalah cecair terkumpul di telinga tengah dan membantu peredaran darah ke jantung dengan lebih baik.

 ” Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat” 

Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang “

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

cara mengatasi gout artritis

5 Cara Mudah Atasi Vertigo Dengan Cepat Dan Selamat

One thought on “5 Cara Mudah Atasi Vertigo Dengan Cepat Dan Selamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge