Ibu hamil yang mudah merasa letih, tidak boleh berdiri lama, wajah kelihatan pucat dan rasa tiba-tiba pening itu mungkin tanda awal mengalami anemia atau kurang darah. Ibu hamil memerlukan kandungan hemoglobin dalam darah yang cukup sekurang-kurangnya 11.0% mengikut kadar yang ditetapkan. Tapi jangan terlalu risau jom ketahui 5 cara paling berkesan atasi anemia ibu hamil yang ramai sudah berjaya.

atasi anemia ibu hamil

Anemia atau kurang darah bermaksud kandungan hemoglobin dalam darah kurang dari 11.0%. Sekiranya ibu hamil mempunyai kadar hemoglobin yang kurang dari itu, maka ibu hamil perlu mengambil berat kerana anemia boleh memberikan kesan kepada ibu dan bayi dalam kandungan walaupun ada yang sudah berpengalaman melahirkan anak sebelum ini.

Kekal Sihat Dengan Merancang Kesihatan

Kesihatan ibu sangat penting kerana kerana ia mempunyai kaitan dengan bayi di dalam kandungan. Jika ibu tidak sihat, kesihatan bayi juga akan terganggu sebagai contoh jika ibu yang hamil menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis atau sakit buah pinggang misalnya, kesannya akan melibatkan bayi dalam kandungan ibu. Ia boleh membawa kepada perkembangan janin yang tidak stabil atau masalah keguguran.

Tips Pemakanan Berkhasiat Untuk Ibu Hamil

#1. Ibu hamil perlu makan tiga kali sehari dan dua atau tiga selingan makanan ringan berkhasiat.

#2. Pilih makanan daripada enam kumpulan makanan untuk memastikan diet seimbang

#3. Banyak minum air seperti air kosong, susu dan jus buah

#4. Kurangkan garam dan gula

#5. Kurangkan pengambilan kafein dan minuman bergas

#6. Amalkan makanan berkhasiat daripada buah, sayuran berdaun hijau yang kaya dengan sumber zat besi, bijirin dan kacang untuk meningkatkan pengambilan serat.

Diet Seimbang Ibu Hamil

#1. Sumber protein seperti sebiji telur, 60-120g daging tanpa lemak

#2. Sumber kalsium seperti susu sebanyak 600-900ml sehari, 30g keju atau jika tidak makan barangan tenusu gantikan dengan kalsium tambahan

#3. Sayur-sayuran seperti sayuran berdaun hijau yang dimasak kurang daripada 10 minit, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu

#4. Buah-buahan seperti pisang, oren, delima atau buah-buahan segar yang digemari

 

Suplemen Sebagai ‘Pelengkap’ Diet Seimbang Ibu Hamil

Cara setiap orang mungkin tidak sama, tapi saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang kehamilan dengan suplemen tambahan ini. Setiap hari memang saya tidak mampu untuk mendapatkan makanan yang seimbang atas beberapa sebab antaranya adalah sebab kurang ilmu.

Jadi saya akan pastikan setiap hari mesti ambil suplemen ini sebagai pelengkap mana-mana nutrisi yang tidak cukup atau masih lompong. Bila nutrisi cukup memang banyak kesan yang positif untuk saya dan bayi dalam kandungan. Masalah anemia memang tak menjadi masalah sejak mengamalkan suplemen lengkap ini. Sebagai ibu sudah semestinya kita nak yang terbaik untuk si comel kita kan?  Antara produk yang saya ambil adalah :

#1. Protein ESP

Protein zat yang sangat penting untuk membina tisu-tisu dan pertumbuhan bayi, uri, dan bekalan darah banyak bergantung kepada bekalan protein yang cukup. ESP ni berasaskan tumbuhan non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik). Memang ia selamat dan terbukti berkesan. Nak kulit ibu dan bayi cantik bolehlah amalkan sepanjang kehamilan ni. Alhamdulillah kedua-dua anak saya bebas ekzema.

#2. VitaLea

Multivitamin lengkap yang tertua di dunia. Kaya dengan sumber zat besi. Sangat sesuai diambil oleh ibu hamil yang ada masalah anemia kerana zat besi penting untuk menghasilkan darah yang cukup dan pertumbuhan bayi yang normal. Zat besi adalah bahagian terpenting dalam hemoglobin yang membawa oksigen di dalam badan kita. Jika diet ibu hamil kekurangan zat besi ini ia adalah penyumbang utama kepada masalah anemia.

#3. B-Complex dengan Asid Folic

Asid folik adalah sejenis vitamin B. Asid folik dan B12  amat penting dan sangat diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah tambahan yang sihat. Dalam B-Complex ini lengkap dengan 8 jenis vitamin B yang sangat sangat diperlukan badan terutama ibu hamil. Kekurangan asid folik dan B12 ini akan menyebabkan anemia atau HB rendah pada ibu dan bayi juga sangat memerlukan untuk pertumbuhan sel-sel. Kecacatan terutama pada tulang belakang bayi (spina bifida) atau bayi yang tidak mempunyai tempurung kepala dan otak tidak normal (anencephaly) dapat dielakkan dengan pengambilan asid folik yang mencukupi.

#4. Vitamin C

Sangat disarankan diambil bersama zat besi kerana ia berfungsi menggalakkan penyerapan zat besi secara optimum. Sangat penting untuk ibu hamil yang mengalami anemia untuk menaikkan bacaan HB ke paras normal dan konsisten.

#5. OmegaGuard

Kaya dengan DHA dan AHA merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina janin. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak dan memori janin dalam kandungan ke tahap yang optimum.

#6. Ostematrix

Sumber kalsium yang sangat penting untuk ibu hamil. Bayi dalam kandungan memerlukan kalsium untuk pertumbuhan gigi dan tulang yang sihat. Ibu juga memerlukan zat galian untuk penggumpalan darah yang normal serta fungsi otot-otot dan saraf.

 

set premium ibu hamil anemia

 

Ibu hamil perlu mengekalkan sumber kalsium yang cukup terutama gigi dan tulang. Jangan ambil mudah ye, jika sumber kalsium yang diperlukan tidak dipenuhi dalam pengambilan makanan setiap hari, maka kalsium akan diambil daripada tulang ibu untuk keperluan bayi. Tu yang bila sudah berusia, ramai yang mengadu sakit lutut, tulang rapuh dan mengalami osteoporosis.

Ostematrix ni sangat sesuai untuk yang tak boleh mengambil produk tenusu sepanjang kehamilan. Selain itu ia juga banyak membantu untuk mendapatkan tidur yang lena, elak kejang kaki dan juga elak sembelit sepanjang kehamilan. Wajib cuba tau!

Pengalaman Pengguna Shaklee

Assalamualaikum w.b.t.

Nama saya Siti Aishah Binti Mohamad. Umur 24 tahun. Saya seorang surirumah sepenuh masa dan ibu kepada seorang anak perempuan berusia 5 bulan.

Saya dah amalkan Shaklee ni selama 9 bulan iaitu ketika usia kandungan saya 5 bulan. Punca saya ‘jatuh hati’ dengan Shaklee adalah disebabkan ‘hb’ saya ‘low’…. Bile ‘hb’ dah ‘low’, dengan tak lengahnye saya cari ape2 supplemen atau ubat jenis pil yang boleh bantu saya normalkan balik ‘hb’ saya tu.

Dengan bantuan Mr.Google, kebanyakan story-mory yang dipaparkan adalah kebaikan Shaklee. Haaaa nampak tak permainan Mr.Google kat situ? Die bagi saya petunjuk yang sangat tepat okeyh! Hihii..nak tahu sebab ape???

Secara kebetulan ex-teacher sains saya mase sekolah menengah dulu merupakan pengedar Shaklee. So, tak payah saya nak cari jauh2..depan mate dah ade pun..saya dapat info ni pun melalui ‘FB’ beliau.

Suatu hari tu, secara kebetulan saya nampak beliau post pasal cara mengatasi ‘hb low’ dengan mengambil supplemen Vita-Lea dari Shaklee. Dengan izin suami, tak lengah nyer saya terus order dan dapat memiliki set hamil dari Shaklee iaitu Vita-Lea, Vita C, B-Complex dan Ostematrik. Alhamdulillah, selepas 3 minggu amalkan set hamil Shaklee, ‘hb’ saya kembali normal. Cik Misi pun terkejut! Siap tanye lagi ape rahsianya. Hihihii..

Sepanjang preggy saya mengalami sakit2 badan terutamanya tulang belakang dan bahagian pinggang. Kadang2 tu tahan sakit sampai nak call tukang urut. Tapi, alhamdulillah dengan amalkan ostematrik secara konsisten hilang segala sakit2 badan. Terus tak jadi nak panggil tukang urut. Hahaa!

Saya terus amalkan Shaklee sehingga bersalin. Ketika saya dalam pantang, saya cuma tambah Zinc Complex. Haa nampak tak sebotol Shaklee boley tahan sehingga 5 atau 6 bulan. Tu yang best dan jimat. Walaupun bersalin secara normal, saya mengalami luke/koyak terlalu banyak/besar. Almaklum le baby 1st..hehee..

Sepanjang mengamalkan zinc complex dan supplemen shaklee yang lain, luka dan jahitan saya cepat sembuh. Semasa dalam pantang juga, perkara yang paling menakjubkan dan tak boleh saya lupekan malah buat semua orang terkejut apabila kepala anak saya jadi tegak je bila dukung, tak lembik atau telentok2…

Mase usia anak saya sebulan pulak, kaki anak saya jadi kuat apabila cuba didirikan. Jiran2 yang datang menziarah pun teruje melihatnya. Sampai mak mentue saya gelarnya ‘Baby Shaklee’ disebabkan telebih kalsium gaknya. Hahaa! Tu lah hakikatnya….

Ostematrik juga banyak membantu saya dalam penyusuan. Saya sentiasa amalkan ostematrik sebelum tidur. Bila tengah malam Miss B saya akan jadi bengkak sebab banyak susu. Sampai basah baju saya dibuatnya. Hihii.. Alhamdulillah rezeki anak saya untuk menikmati titisan emas ni secukupnya…

Vita C juga banyak membantu saya dari segi kulit muka. Sebelum amalkan Vita C Shaklee, kulit muka saya sangat kusam, betompok2 dengan parut jerawat dan tona kulit tak sekata…
Alhamdulillah, sejak amalkan Vita C Shaklee, kulit saya kembali sekata. Tak de dah tompok2/parut jerawat. Paling bestnya kulit semakin cerah dan jerawat pun malu2 nak keluar. Hihiii..

Itu lah pengalaman saya mengamalkan Shaklee sehingga hari ini. Tanpa Shaklee mungkin badan saya sentiasa jadi letih lesu dan tak bermaya. Terima kasih Shaklee kerana telah membuatkan saya jadi cantik secara sihat dari segi zahir dan batin.

Alhamdulillah…

sekian terima kasih Shaklee…

Supermom Shaklee Story's photo.

Jika masih lagi tercari-cari cara untuk menaikkan Hb low dengan mudah dan selamat, cepat-cepat tau jangan tunggu lama-lama . Dapatkan segera set hamil shaklee ni…  🙂

 

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat” 

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

nutrisi untuk talasemia

 

5 Cara Paling Berkesan Atasi Anemia Ibu Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge