Pernah tak dengar lutut berbunyi…. Asal gerak je berbunyi. Cuba cek lutut tu….ada bunyi tak? Hati-hati jangan dibiarkan. Lama kelamaan melarat plak. Masalah lutut ni bila dah rosak tak de ‘spare part’ dah. Susah nak sembuh plak tu kalau di rawat pun boleh kurang kan sakit je.

Eh nanti dulu…. Betul ke susah nak sembuh?

Tapi kan ada seorang nenek ni. Usia pun dah cecah 70 tahun. Dulu memang ada masalah lutut tapi sekarang dia dah OK…. Dah boleh solat berdiri. Kalau tak dulu punya lah seksa nak solat… Kesian kan

Nak tau tak apa rahsia nenek ni? Kenalah baca sampai habis 😃

Sengsara tau sakit lutut ni, hanya yang pernah rasa je tau macamana kan? Tak kan nak bergantung selamanya dengan ubat tahan sakit je kan. Kalau yang dah kena suntik ‘minyak pelincir’ kat sendi lutut plak kos suntikan bukan murah dalam RM600 juga sekali suntikan. Mahal kan ?

Hah! Kalau yang dah ada air bisa kat sendi lutut tu plak kena sedut keluar dari lutut tu dulu…ngeri….ngilu…semua ada wey..

Ni lagi satu kalau dah kronik sangat ibarat ‘totally lost’ juga la lutut tu. Sah-sah kena buat pembedahan ganti lutut besi. Pembedahan biasanya separa sedar, bius akan dilakukan di bahagian tulang belakang sebelum di bedah. Huishh…pembedahan plak bukannya murah sebelah lutut je boleh mencecah RM8,000 tu hospital kerajaan. Kalau di hospital swasta anggaran hampir RM30,000-RM40,000 lagi mahal kan ?

Selepas pembedahan kena pula melalui proses fisioterapi untuk pastikan dapat berjalan seperti biasa. Bayangkan lah seksanya untuk membiasakan diri membengkok lutut terutama ada part fisioterapi yang mengayuh basikal dan sebagainya.

Sakit lutut

Sendi kita ni terdiri dari gabungan

✅ Tulang Rawan – ibarat kusyen yang melindungi sendi. Tulang rawan ni sangat penting untuk elak geseran sesama tulang. Biasanya ia berada di hujung tulang sendi lutut.

Jaga-jaga yer tulang rawan kita ni mudah haus atau alami penipisan atas pelbagai faktor

Tak mustahil tau, lama kelamaan ia akan rosak secara perlahan-lahan. Jika permukaan sendi rosak ia akan bertukar menjadi radang pula. Kalau tak di rawat ia akan menjadi lebih buruk.

✅ Bendalir sinovia – berfungsi sebagai pelincir dalam sendi. Pelincir ini sangat penting untuk tulang rawan

✅ Ligamen – struktur yang seakan berserat di mana ia menghubungkan tulang dengan tulang yang lain

✅ Tendon – struktur yang berserat yang menghubungkan otot dengan tulang

Siapa yang berisiko

1. Golongan Wanita – tanda-tanda sakit lutut ni boleh dikesan seawal usia 45 tahun. Jadi hati-hati  yang berusia 45 tahun ke atas tu, risiko awal di serang sakit lutut memang tinggi untuk golongan wanita berbanding lelaki. Ia disebabkan perubahan hormon terutama bagi wanita yang ssudah putus haid.
2. Obesiti – berat badan berlebihan akan menambah beban kepada sendi lutut dan mengakibatkan geseren pada sendi – sendi jadi mudah seseorang mendapat sakit lutut

3. Aktif bersukan lasak di usia muda – bila usia meningkat risiko mendapat sakit lutut awal aadalah sangat tinggi

4. Warga tua – golongan ini risiko adalah sangat tinggi seiring dengan pertambahan usia. Ini kerana pelincir di lutut semakin berkurangan atau mudah kering. Rata- rata apabila sakit lutut mereka tidak mampu membengkokkan lutut terutama sewaktu menunaikan solat. Mungkin juga pergerakan mereka agak terbatas. Apatah lagi nak berdiri lama tanpa bantuan

Punca Masalah Sakit Lutut

1. Peningkatan usia

2. Hormon pada wanita berkurangan kerana menopaus ( putus haid ) ia menyebabkan tulang menjadi lembut dan cepat haus

3. Otot-otot dan sendi  yang makin lemah

4. Peningkatan usia

5. Kurang aktiviti sukan

Tanda – tanda atau Simptom Awal

1. Sukar untuk berdiri

2. Bengkak dan terasa panas di bahagian lutut

3. Cedera dan sakit kerana putusnya urat ‘cruciate’

Langkah pencegahan

1. Kurangkan berat badan

2. Lebihkan keperluan kalsium (1,000 -1,500mg) sehari

3. Makan makanan seimbang

4. Kurangkankan aktiviti lasak yang boleh mencederakan lutut dan sendi

Komplikasi Sakit Lutut

1. Aktiviti harian terjejas kerana lutut sakit dan semakin lemah

2. Apabila lutut cedera ia menyebabkan lutut semakin haus. Sekiranya ia dibiarkan tanpa rawatan pergerakan seseorang akan terganggu seperti sukar untuk berjalan jauh dan memerlukan sokongan seperti tongkat dan sebagainya

3. Kesan sampingan selepas pembedahan sebelah lutut pun ada iaitu selepas setahun risiko sangat tinggi pada lutut yang tak dibedah akan turut sakit kerana menerima tekanan yang kuat semasa berjalan dan akan cepat haus atau kekurangan lendiran

4. Kesan dari pembedahan agak sukar untuk membengkokkan lutut sepenuhnya terutama solat ketika duduk antara dua sujud.

Sebaiknya ambil langkah berjaga-jaga elak sebelum kena terutama usia sudah 40 tahun ke atas. Siapa suka dibedahkan. Kena tanggung sakit lagi dan kos pembedahan pun mahal. Lebih baik ambil suplemen untuk pelaburan kesihatan sendi dan sakit lutut.

Jangan lupa tonton perkongsian dalam video ni tau dan semoga ia bermanfaat. Enjoy!!

 

Nutrisi Shaklee untuk masalah lutut

Suplemen Utama : 

Vivix – Vivix mengandungi adunan fitonutrien proprietari yang memanfaatkan kuasa anggur mascadine dan mengandungi antioksidan tertinggi dan mampu mengawal selia sistem imun badan ke tahap optimum. Antara yang terdapat di dalam ramuan Vivix ini ialah ia menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel ke tahap paling jauh iaitu DNA kita.

image

Suplemen Tambahan : 

COLLAGEN POWDER – penting untuk kesihatan tulang rawan dan bantu ketumpatan tulang serta kekuatan sendi

OMEGAGUARD – sebagai pelincir untuk sendi bergerak bebas kerana omegaguard tinggi dengan sumber Omega 3 yang bersifat anti-radang

OSTEMATRIX – sumber kalsium yang mengandungi magnesium untuk proses penyerapan kalsium yang lebih efisien untuk atasi masalah sakit lutut

Pengalaman Pengguna Shaklee : 

image

 

image

 

image

 

Sakit lutut

image

 

Sakit lutut

image

 

Di samping pengambilan suplemen yang baik, ubah cara hidup yang lebih sihat juga sangat perlu dan penting untuk kekal sihat.

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

kenyataan 

5 Penyebab Sakit Lutut Naik Tangga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge