Mesti pernah  terfikirkan, rasa nya makan dah banyak tapi berat badan tak naik-naik juga. Mana yang silap ni. Pernah alami masalah begini? Jangan risau, jom semak faktor utama berat badan susah nak bertambah.

Indeks jisim tubuh (IJT) yang kurang daripada 18.5 termasuk dalam kategori kurang berat badan.

IJT = Berat (kg) ÷ [ tinggi (m) x tinggi (m) ]

Jangan lengahkan masa untuk dapatkan berat badan ideal. Jom semak!

Sebab Utama Susah Nak Tambah Berat Badan

#1 – Kurang Makan

Punca utama yang paling senang untuk dikenapasti mengapa berat badan susah nak naik ialah kurang makan. Situasi sebegini boleh disebabkan oleh masalah tiada selera makan, salah tanggapan terhadap makanan atau sememangnya anda kurang sumber makanan.

Atasi masalah kesihatan anda segera yang menjurus kepada punca tiada atau kurang selera makan seperti hyperthyroidism, kencing manis atau masalah sistem penghadaman.

Kesedaran terhadap kepentingan nutrisi penting dan jumlah pengambilan kalori harian boleh mengatasi masalah fobia kepada makanan. Jika anda kekurangan sumber makanan, ia agak mustahil kerana Malaysia adalah negara yang terkenal sebagai syurga makanan. 

#2 – Gangguan Metabolisma

Agak sukar berat badan untuk bertambah jika terdapat gangguan pada metabolisma badan kita, di mana makanan yang dimakan terlalu cepat ditukar kepada tenaga. Selain itu terdapat juga gangguan pencernaan di bahagian usus menyebabkan badan tidak dapat manfaat nutrisi yang mencukupi. Ini salah satu punca berat badan susah nak bertambah.

#3 – Stress

Sukar untuk mengelak diri daripada stress? Cuba elakkan diri daripada stress yang  berpanjangan. Ini kerana ia boleh menyumbang kepada gangguan pertambahan berat badan kita bila emosi terganggu. Ada orang bila stress je tak lalu nak makan atau sebaliknya. Haaa bahaya tu.

#4 – Faktor Genetik

Genetik datang dari salahsilah hubungan keluarga. Jika dalam sejarah keluarga kita mungkin ramai diantaranya ada mengalami masalah susah nak naik berat badan.

Ia adalah salah satu punca kenapa susah nak tambah berat badan juga, tetapi tiada kajian saintifik yang lebih jelas. Tapi jangan risau, setiap masalah ada penyelesaiannya.

#5 – Toksin tinggi dalam badan

Mungkin selama ini badan kita tak pernah melakukan detoks. Detoks ni bagus untuk membuang segala toksin yang musuh utama pada penyerapan nutrisi di dalam badan menyebabkan kita sukar untuk menambah berat badan. Sangat  disarankan untuk membuat detoks sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk membuang segala toksin yang terkumpul di dalam badan. Pasti selepas detoks badan akan lebih ringan dan segar. Penyerapan nutrisi yang baik juga akan lebih lancar. Apa tunggu lagi, nak saya bantu buat detoks pun boleh.

usus sihat

Sistem pencernaan memainkan peranan utama untuk tambah berat badan. Usus yang tidak sihat akan menyerap nutrisi makanan yang masuk sangat sedikit ini menyukarkan badan untuk capai berat badan ideal.

Tahu tak usus kita ni ada beberapa parasit yang tinggal kat dalam tu antaranya seperti cacing tapeworm. Biasanya ia akan memakan makanan yang di makan oleh kita. Tu la salah satu punca badan tak naik-naik sebab kita berkongsi dengan si parasit ni. Jom matikan parasit ni dengan set detoks parasit. Bukan setakat parasit je kena halau tapi dengan telur-telur nya sekali kita musnahkan. Jangan kasi can gitu…

Tips Menambah Berat Badan Yang Sihat Dan Praktikal :

  • Rancang hidangan makanan yang lebih daripada makanan normal
  • Makan makanan snek secara bijak. Pilih snek yang mengandungi kalori tambahan, vitamin dan mineral
  • Elak melangkau waktu makan utama seperti sarapan, makan tengahari dan makan malam. Pengambilan snek sihat di antara waktu makan adalah digalakkan.

Bagaimana Untuk Bermula ?

  • Pilih makanan berkalori tinggi dalam setiap kumpulan makanan berdasarkan piramid makanan
  • Lemak, minyak dan gula dalam kadar yang sederhana

Nak tahu bagaimana tips bersihkan usus dan buang kotoran dalam masa 3 hari atau nak tahu lebih lanjut tentang detoks parasit, saya boleh bantu. Ramai yang dah berpuashati setelah buat detoks ni. Banyak masalah dapat diselesaikan. Selamat mencuba.

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat” 

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

nutrisi untuk talasemia

5 Sebab Utama Kenapa Susah Nak Tambah Berat Badan

One thought on “5 Sebab Utama Kenapa Susah Nak Tambah Berat Badan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge