Gejala jaundis dianggarkan 60% -70% terjadi pada bayi yang baru lahir. Pigmen kuning pada bayi terjadi secara semulajadi yang berlaku perlahan-lahan. Di mana tubuh bayi membuang sel darah lama semasa dalam kandungan ibu untuk digantikan dengan sel darah merah yang baru. Proses ini adalah proses semulajadi.

Biasanya apabila usia bayi masuk hari kedua kuning mula kelihatan dan beransur pulih selepas 7 hari atau 14 hari. Ada juga yang hampir sebulan tau. Jom ketahui tips atasi bayi jaundis elak ulang alik ambil darah.

Kesian kat baby comel biasanya kaki cute tu la yang jadi salah satu port ambil darah kan ?

Macamana nak kenalpasti ?

Tips nak tengok gejala kuning ni tak susah. Biasanya kuning ni boleh dilihat pada mata bayi. Untuk bayi berkulit cerah tekan jari kita ke kulit, sekitar hidung, dada atau dahi bayi. Jika ada tanda kuning semasa tekanan dilepaskan, segera dapatkan nasihat doktor berhampiran. Bagi bayi berkulit gelap periksa pada mata putih atau gusinya.

Kuning bukan lah sejenis penyakit yang luar biasa jika ia terkawal tapi jika sebaliknya ia boleh mengundang maut kepada bayi. Jangan berlengah untuk rujuk kepada Doktor atau klinik berdekatan ye jika ada tanda yang mencurigakan pada bayi.

Bayi yang baru lahir organ hatinya masih belum matang sepenuhnya. Ia tak mampu memproses peningkatan bilirubin di dalam darah maka terjadilah kuning pada bayi. Bilirubin ni akan sampai ke organ hati serta diproses sebelum dikeluarkan melalui air kencing atau najis.

Tahap kuning biasanya dipantau melalui bacaan bilirubin yang ada dalam tubuh bayi. Biasanya jika bacaan bilirubin di dalam darah bayi melebihi 21mg/dL rawatan seperti fototerapi atau tidur di bawah lampu akan disarankan oleh pihak doktor.

Alhamdulillah anak keempat bebas dari masalah kuning atau jaundis jadi tiada lah episod temujanji untuk ambil darah. Kesian sebenarnya kerap kena suntik ambil darah. Feeling mak sangat kan…huhu

Adakah Jaundis Bahaya ?

Jika selepas rawatan fototerapi bacaan bilirubin masih melebihi 25 mg/dL bayi akan diminta kebenaran dari ibubapa untuk rawatan pemindahan darah.

Tahap bilirubin daripada sel darah merah yang terlalu tinggi adalah toksik kepada sel otak yang merupakan pusat kawalan seluruh badan.

Gejala kuning boleh jadi bahaya jika tidak terkawal untuk jangkamasa panjang. Menurut kajian pendengaran akan terjejas jika bacaan bilirubin melebihi tahap tertentu. Pada tahap kritikal pula ia boleh menyebabkan kerosakan otak (kernicterus).

Punca Lain Terjadinya Jaundis

  1. Bayi pra-matang di mana organ hatinya belum sempurna (sebelum 28 minggu)
  2. Bayi kurang mendapat susu selepas dilahirkan
  3. Bayi yang mempunyai kelainan rhesus antara ibu dan bayi
  4. Bayi yang kekurangan enzim G6PD di dalam darah
  5. Jangkitan dalam kandungan
  6. Kurang hormon tiriod dalam badan (hypothyroidism)
  7. Breast milk jaundice ia disebabkan oleh susu ibu yang berlaku secara genetik
  8. Jangkitan kuman dalam darah (sepsis)
  9. Mempunyai kesan lebam ketika lahir akibat penggunaan oxytocin ( ubat bantu cepat kelahiran )
  10. Ibu berdarah O mempunyai risiko tinggi anak jaundis
  11. Adakalanya ibu mengambil jamu atau herba secara berlebihan
  12. Sejarah adik-beradik yang pernah mengalami kuning
  13. Kepekatan darah yang tinggi (polycythaemia)

Bagaimana Merawat Jaundis ?

#1. Menyusu dengan kerap

Jika ibu memberi susu badan lakukan penyusuan dengan kerap supaya keluar melalui air kencing atau najis. Kebiasaan bayi yang mengalami jaundis akan tidur lebih lama, jadi ibu perlu mengejutkan bayi untuk menyusukannya setiap 2 jam.

Tubuh ibu juga memerlukan rehat yang cukup dan nutrisi yang lengkap untuk penghasilan susu yang banyak dan badan yang lebih segar.

#2. Ibu menyusu boleh amalkan minum susu kambing, madu dan kurma. Khasiatnya boleh disalurkan terus dari susu ibu. Elak memberi bayi cecair lain termasuk susu kambing yang belum diproses kerana ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang bayi.

#3. Buka tingkap biarkan cahaya matahari pagi masuk. Biasanya sebelum mandi pagi antara pukul 8.00 pagi sehingga 8.30 pagi saya akan biarkan cahaya masuk melalui tingkap tu kena pada bayi dalam 10 – 15 minit sahaja.

#4. Rebus beberapa batang pokok dukung anak dan mandikan pagi dan petang sehingga jaundis hilang.

#5. Elak mengambil jamu semasa bayi jaundis kerana ia bersifat panas

Semua ni hanyalah ikhtiar yang boleh ibu amalkan. Jadi ibu jangan stress-stress ye nanti susu badan pula merudum.

Bila bayi jaundis susu badan sangat penting untuk membantu proses bacaan kuning turun ke paras normal.

Suplemen Shaklee

Pilih set berpantang yang mesra bayi seperti set berpantang Shaklee. Ia sangat membantu kecergasan ibu dan bayi yang ada masalah jaundis.

Saya pernah beli set berpantang selain Shaklee sebelum ni, last-last apa jadi tau…jadi tukun je kat bilik. Tak boleh ambik bila bayi ada jaundis. Rugi pula rasanya.

Jadi pilih yang boleh selamatkan nilai duit kita..hehe. Tak de lah membazir je kan.

Jom tengok video ni…

Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

kenyataan

5 Tips Atasi Bayi Jaundis Elak Ulang Alik Ambil Darah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge