puasa dan hamil

Ingin berpuasa tetapi risau memikirkan kandungan terutama berpuasa di awal kehamilan yang belum mencecah usia kandungan 3 bulan lagi, boleh menjejaskan perkembangan janin ke nanti. Pernah tak alami situasi begini?

Jika ya, jangan terlalu risau. Setiap ibadat yang dianjurkan Islam kepada umatnya adalah semata-mata untuk kebaikan manusia itu sendiri. Allah maha tahu keperluan kita sebagai manusia untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Islam tidak memberatkan umatnya dan Allah menginginkan kemudahan dan tidak menginginkan kesulitan kepada kita.

“Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla meletakkan (keringanan) pada musafir (untuk mengerjakan) setengah solat dan (keringanan) bagi musafir, wanita hamil dan menyusui untuk tidak berpuasa.” (H.R Abu Dawud, Ibnu Majah dari Abdullah bin Ka’ab)

Ibu hamil boleh berpuasa jika kandungannya normal dan tidak mengalami sebarang masalah. Tetapi jika disahkan oleh doktor, janin mengalami masalah pembesaran, ibu dinasihatkan supaya tidak berpuasa. Biasanya di awal kehamilan hingga usia 3 bulan pertama, tahap ini masih berada di fasa loya dan muntah-muntah. Jadi dikhuatiri ibu akan kekurangan nutrisi dan air. Bagi ibu-ibu yang ingin berpuasa, terdapat beberapa tips yang boleh ibu amalkan. Selamat mencuba!

5 Tips Mudah Berpuasa Semasa Hamil

#1. Pastikan tiada masalah kesihatan atau masalah pada janin. Pada situasi ini, kesihatan ibu dan bayi perlu diutamakan. Berbincang dengan doktor jika anda mempunyai masalah kencing manis, anemia atau masalah kesihatan lain untuk elak sebarang komplikasi semasa berpuasa.

#2. Pastikan pergerakan janin adalah normal, sekurang-kurangnya sepuluh kali bagi setiap 8 jam.

#3. Dinasihatkan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat pada waktu sahur dan berbuka. Ambil makanan yang lambat hadam untuk elak cepat lapar seperti bijirin, gandum, wholemeal, sayur-sayuran, buah-buahan dan beras perang.

#4. Elak makanan berminyak atau banyak gula. Minum air secukupnya. Ini sangat penting kerana pengambilan cecair dan serat yang cukup dapat mengurangkan masalah sembelit semasa hamil dan berpuasa.

#5. Bersahur selewat mungkin untuk bantu mengurangkan keletihan dan lapar. Sambil tu pahala pun dapat sebab mengikut sunah Nabi Muhammad S.A.W

Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil vitamin semasa hamil. Fungsi vitamin adalah untuk membantu menampung keperluan badan terutama semasa hamil dan berpuasa. Dapatkan rehat yang cukup dan elak stress ye. Ambil makanan tambahan seperti Performance Drink, Mealshake dan ESP semasa berpuasa juga sangat membantu ibu hamil menambah tenaga dan kekal cergas sepanjang hari.

Tetapi ibu hamil dibenarkan berbuka puasa jika rasa kurang berupaya. Tetapi jangan jadikan hamil sebagai alasan untuk tidak berpuasa pula ye.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai SET BERPUASA PREMIUM boleh klik di sini.

 

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat” 

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

nutrisi untuk talasemia

5 Tips Mudah Berpuasa Semasa Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge