Sembelit di kalangan bayi berusia kurang setahun dengan kanak-kanak yang berusia lebih setahun ketara berbeza.

Anak saya pun pernah mengalami masalah yang sama dan alhamdulillah melalui pengalaman sendiri dan ibu-ibu lain saya temui cara atasi sembelit bayi dan kanak -kanak tanpa ubat ni. Berminat nak tahu ?

Tetapi di peringkat awal terutama bayi yang sembelit perlu diperiksa oleh doktor terlebih dahulu samada ia normal atau tidak.

Ini kerana di peringkat usia bayi kurang setahun ini banyak kemungkinan tanda masalah yang bakal berlaku apabila mereka kian membesar seperti masalah anatomi dibahagian rektum atau anus.

Selain itu masalah berkaitan penyakit Hirschprung iaitu masalah yang ada kaitan dengan urat saraf dalam bahagian usus yang tak berfungsi dengan baik dan menyebabkan najis tak mampu untuk ditolak keluar.

Sembelit pada bayi yang menyusu badan sepenuhnya sangat jarang berlaku berbanding bayi yang diberi minum susu formula. Kebarangkalian bayi kecil yang minum susu formula adalah tinggi untuk mengalami masalah sembelit ni

Tapi jangan risau ia adalah normal jika bayi sudah mula makan makanan pejal. Faktor dehidrasi yang teruk juga menjadi punca bayi dan kanak-kanak sembelit.

Bayi dan kanak-kanak yang sukar membuang air besar dengan baik akan selalu meragam kerana rasa tak selesa. Bukan sahaja sukar mengeluarkan najis yang keras dan banyak tetapi ada juga yang mengalami luka dan pendarahan setiap kali untuk membuang.

Kalau dah sampai tahap pendarahan dan luka tu memang kesian sangat pada si kecil, mesti fobia kan setiap kali nak membuang. Kita yang dewasa ni pun kalau sembelit tak tahan nak menanggung sakit tu pedih lagi. Ni anak kecil lagi bertambah sayu tengok kan ? Sebelum tu kita semak dulu tanda-tanda awal sembelit ni.

TANDA ANAK MENGALAMI SEMBELIT

● Najis keras dan kering

● Najis susah dan sakit untuk dikeluarkan

● Bayi atau kanak-kanak akan meneran dengan teruk dalam keadaan yang termengah-mengah

PUNCA BERLAKU SEMBELIT

Anak yang mengalami sembelit tidak mengalami masalah besar yang lain cuma usus besar mereka tak stabil dan ia mudah menjadi kembung kerana usus besar menyerap terlalu banyak air keluar daripada najis dan menjadi najis keras dan susah nak dikeluarkan.

● Bayi yang diberi susu tepung lebih tinggi untuk mengalami sembelit

● Bayi yang lahir kurang hormon thyroid (hypothyroid) selalu mengalami masalah sembelit

● kanak-kanak tidak gemar ke tandas

SIMPTOM ANAK SEMBELIT TERUK

Simptom ini boleh kira pantau sama ada anak mengalami sembelit atau tidak.

● kurang berselera

● selalu menangis setiap kali meneran untuk membuang air besar

● meragam

● sakit perut dan tidak rasa selesa di bahagian abdomen

● perut kelihatan buncit

● berat badan kurang meningkat

● boleh membawa kepada infeksi kencing kerana susah untuk membuang air kecil di mana najis yang keras dalam tali perut menekan bahagian pundi kencing

● kekuningan yang lambat reda selepas dilahirkan

● hilang selera makan dan perut mudah kembung

● membuang air besar sebanyak 3 kali dalam seminggu

PERKARA UNTUK DILAKUKAN ELAK SEMBELIT CARA SIHAT

● Untuk melembutkan najis kanak-kanak pada usia setahun dan ke atas adalah dengan bantuan makanan tambahan seperti Mealshakes iaitu sejenis multivitamin.

Tambahan vitamin lain juga sangat membantu seperti Vitalea Kids, Omegaguard dan Chewable Vitamin C. Bantuan makanan tambahan sangat-sangat membantu kanak-kanak yang ada masalah sembelit selain daripada ubat. Sangat penting nutrisi yang lengkap untuk kanak-kanak terutama untuk saraf otot dibahagian usus. Kelegaan pertama biarkan usus kembali sihat dan pembuangan lancar.

● Kekerapan pengambilan cecair bagi :

○ bayi yang menyusu badan berikan susu dengan lebih kerap

○ bayi yang minum susu formula berikan juga air kosong terutama pada cuaca panas

○ kanak-kanak yang lebih besar tawarkan jus buah-buahan yang digemari seperti jus buah seperti prun, tembikai atau sebagainya dalam kadar yang bersesuaian

○ berikan buah-buahan segar sebagai snek seperti betik, pir dan lain-lain

● untuk bayi sediakan makanan separuh pejal yang lembut dan mudah dihadam

● buat gerakan seperti mengayuh basikal dalam posisi baring. Kaedah ini boleh membantu najis bergerak di dalam usus.

● tukar jenama susu formula jika perlu

 

PENGALAMAN IBU YANG MENGALAMI ANAK SEMBELIT TERUK

Jom tonton video ni sampai habis. Ketahui apa rahsia beliau hilangkan masalah sembelit anak dalam masa 2 hari sahaja. 

Kini ia bukan rahsia lagi kerana kini ramai ibu-ibu yang boleh tersenyum manis apabilan masalah sembelit anak-anak mereka ini selesai.

 

Ketahui juga perkongsian pengalaman dari ibu-ibu lain dengan Mealshakes

#Testimoni 01

#Testimoni 02

KENAPA MESTI PILIH MEALSHAKES ?

Jika anda masih buntu dan dah cuba macam-macam cara tapi kurang berhasil apa kata cuba Mealshakes pula untuk atasi masalah sembelit anak anda. Mealshakes membantu melancarkan pembuangan najis dan bantu untuk perkembangan usus yang sihat.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN SET TERBAIK NI ?

Hubungi saya melalui Whatsapp di 012-3398734 untuk mendapatkan konsultasi paling tepat dengan pilihan suplemen terbaik berkaitan masalah dan bajet anda.

Jangan berlengah lagi untuk dapatkan sekarang. Klik ya!

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

6 Cara Atasi Sembelit Bayi Dan Kanak-Kanak Tanpa Ubat

7 thoughts on “6 Cara Atasi Sembelit Bayi Dan Kanak-Kanak Tanpa Ubat

  • December 14, 2016 at 6:14 pm
    Permalink

    Nice sharing… memang kesian bila anak-anak kena sembelit. Saya dulu kerapkan anak minum air suam. InsyaAllah senang nak membuang.

    Reply
    • December 22, 2016 at 5:15 pm
      Permalink

      air yang cukup juga penting untuk anak sembelit

      Reply
    • February 9, 2017 at 4:05 pm
      Permalink

      moga bermanfaat.. setuju air kosong yang cukup memang bantu elak sembelit

      Reply
    • February 9, 2017 at 4:07 pm
      Permalink

      alhamdulillah senang membuang. kesian kalau budak kena sembelit ni..

      Reply
      • May 26, 2017 at 6:13 am
        Permalink

        ank sy ambik bnda ni tp xmembuang jgk..mcmna ye dh hari ke 4

        Reply
        • May 27, 2017 at 1:10 am
          Permalink

          Hi Ms Nora
          Wassap 0123398734 untuk saya bantu 🙂

          Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge