Tekanan darah tinggi (hipertensi) semasa hamil merupakan masalah yang sering berlaku kerana kecenderungan tekanan darah wanita menurun daripada aras 120/70 mmHg menjadi 110/55 mmHg.

Perubahan ini paling ketara terutamanya pada kehamilan empat bulan ke atas. Ketahui cara mengawal tekanan darah tinggi semasa hamil agar tidak mengundang pelbagai komplikasi yang lebih buruk jika tidak dipantau.

Seseorang ibu yang hamil dikatakan mengalami darah tinggi apabila bacaan tekanan darahnya sama atau melebihi 140/90mmHG.

  • Tekanan darah wanita hamil 110/55mmHg
  • Tekanan darah wanita normal 120/70mmHg

Darah tinggi terjadi semasa hamil kerana proses perkembangan uri di mana di dalam uri terdapat banyak saluran darah. Tekanan darah wujud apabila darah tidak dapat mengalir dengan sempurna berpunca dari salur darah dalam uri tidak berkembang secara normal.

Jenis-Jenis Darah Tinggi Ibu Hamil

Terdapat dua jenis darah tinggi iaitu kedua-dua jenis darah tinggi ini boleh membahayakan ibu dan janin dalam kandungan.

#1. Darah tinggi yang telah lama wujud pada wanita hamil iaitu yang berlaku sebegitu lama sebelum kehamilan.

#2. Darah tinggi yang hanya berlaku setelah atau semasa wanita tersebut hamil.

Risiko Kepada Ibu dan Bayi

#1. Risiko mendapat kematian bayi tinggi berbanding dengan wanita normal dan kemungkinan mendapat penyakit juga tinggi pada kedua-dua ibu dan bayi. Seseorang wanita yang mengalami darah tinggi sebelum dan semasa hamil juga mempunyai risiko yang tinggi mendapat praeklampsia.

Praeklampsia ialah suatu keadaan penyakit yang berlaku sewaktu hamil antaranya darah tinggi, kencing kotor yang mengandungi protein (albuminuria), bengkak kaki dan terdapat gangguan pada fungsi buah pinggang.

#2. Selain praeklampsia, darah tinggi yang muncul sebelum atau semasa hamil boleh membahayakan bayi dalam kandungan seperti  kelahiran bayi pramatang (tidak cukup bulan), pendarahan atau tumpah darah, kematian bayi dalam kandungan, serta pertumbuhan janin yang terencat.

#3. Satu lagi keadaan biasa berlaku pada wanita hamil iaitu eklampsia. Eklampsia boleh berlaku sewaktu kehamilan, semasa melahirkan anak atau selepas bersalin. Darah tinggi yang teruk boleh menyebabkan pendarahan pada otak, sawan, darah tinggi yang teruk, gangguan pembekuan darah dan gangguan fungsi buah pinggang. Tanpa rawatan yang baik keadaan ini boleh menyebabkan kematian pada ibu dan bayi yang dikandung.

Bagi ibu hamil tidak semua ubat sesuai digunakan dalam rawatan darah tinggi semasa kehamilan. Ini kerana sesetengah ubat darah tinggi seperti Captopril boleh menyebabkan kecacatan pada janin yang dikandung. Risiko berlakunya kecacatan pada janin yang dikandung adalah tinggi jika ubat tersebut di ambil sewaktu tiga bulan pertama kehamilan. Ini kerana pembentukan organ sedang berlaku ketika peringkat ini.

#4. Bagi pesakit darah tinggi kronik, ia akan terus mengalami darah tinggi selepas kelahiran bayi. Darah tinggi ini harus dirawat bagi mengawal tekanan darah supaya sentiasa dalam keadaan stabil dan tidak membahayakan nyawa pesakit. Biasanya untuk kehamilan yang berikutnya, pesakit perlu merancang dan seeloknya mendapat nasihat doktor terlebih dahulu tentang status kesihatan terkini.

#5. Bagi pesakit yang hanya mengalami darah tinggi sewaktu kehamilan pula, tekanan darah mereka akan kembali normal selepas melahirkan anak dan pesakit haruslah terus memakan ubat sehingga tekanan darah mereka kembali normal. Tetapi risiko mendapat darah tinggi pada masa akan datang adalah sama dengan pesakit biasa.

Golongan yang biasa terdedah kepada darah tinggi semasa hamil :-

#1. Pertama kali hamil

#2. Ibu hamil kembar

#3. Ibu hamil berusia lebih 40 tahun

#4. Ibu hamil berusia kurang 20 tahun

#5. Sejarah keluarga seperti ibu atau kakak yang pernah mengalami masalah darah tinggi

#6. Ibu hamil yang mempunyai masalah buah pinggang

6 Tips Mengawal Tekanan Darah Semasa Hamil

#1. Praeklampsia dan risiko komplikasinya bergantung juga  kepada bacaan tekanan darah ibu dan adakah ia berlaku di peringkat awal kehamilan.  Ibu hamil yang mengalami darah tinggi perlu mendapatkan rawatan doktor berterusan bagi memastikan janin yang dikandung ibu selamat dan membesar dengan baik. Sentiasa membuat pemeriksaan kehamilan seperti yang disarankan.

#2. Amalkan ambil sayur-sayuran seperti tomato dan ulam-ulaman segar. Selain itu, amal juga meminum jus buah-buahan, kerana ia membekalkan vitamin dan mineral yang sangat penting untuk kesihatan tubuh.

#3. Luangkan masa untuk bersenam secara santai dan lakukan senaman ringan setiap hari sekurang-kurangnya 10-20 minit. Selain itu, sangat penting juga untuk mendapatkan rehat yang cukup.

#4. Jauhi makanan yang tinggi kandungan garam dan elak makan makanan segera sepanjang tempoh kehamilan. Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat.

#5. Kurangkan tekanan terutama ditempat kerja dan usaha lakukan tugas harian dengan tenang dan mood ceria. Jauhi stress kerana ia salah satu punca kepada darah tinggi semasa hamil.

#6. Mengamalkan pengambilan suplemen seperti asid lemak omega-3 dan kalsium.

Nutrisi Shaklee untuk Tekanan Darah Tinggi Ibu Hamil

Suplemen (optional) : sangat bagus di ambil semasa berpantang

Vivix Vivix mengandungi adunan fitonutrien proprietari Anthocyanins iaitu antioksidan tertinggi dan mampu meningkatkan sistem imun badan ke tahap optimum. Antara yang terdapat di dalam ramuan Vivix ini ialah ia menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel ke tahap paling jauh iaitu DNA kita.

Suplemen Utama :

OmegaGuard – mengawal tekanan darah pada paras normal dan  kolestrol. Mencegah risiko strok dan melancarkan perjalanan darah yang sihat dan elak pembentukan darah beku

Ostematrix – memelihara denyutan jantung dan mengawal pengecutan salur darah serta mengelakkan salur darah menjadi sempit.

B-Complex – mengurangkan stress dan depresi penyebab kepada tekanan darah tinggi, membantu menukarkan lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan membantu pembentukan sel darah merah yang sihat.

Garlic Complex – merendahkan tekanan darah dan menurunkan kolestrol serta melindungi kesihatan jantung dan elak penyakit koronari dan strok.

Di samping pengambilan suplemen yang baik, ubah cara hidup juga sangat perlu dan penting untuk kekal sihat dan cergas. Jom bersenam dan amalkan cara hidup sihat.

 

Disclaimer : Vivix adalah vitamin., bukan ubat. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulih penyakit kritikal. 

Pengalaman Pengguna Shaklee

testimoni hamil darah tinggi 1

testimoni hamil darah tinggi 2

 

testimoni hamil darah tinggi 3

 

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN SET TERBAIK NI ?

Hubungi saya melalui Whatsapp di 012-3398734 untuk mendapatkan konsultasi paling tepat dengan pilihan suplemen terbaik berkaitan masalah dan bajet anda.

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

nutrisi untuk talasemia

6 Cara Mengawal Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil

2 thoughts on “6 Cara Mengawal Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge