Air kencing dikerumuni semut, betul ke?Jaga-jaga! Manisnya hanya di bibir saja. Hakikatnya ia amat pahit untuk ditanggung. Penyakit ini tidak mengenal usia dan jantina. Jadi, kita harus berhati-hati dengan makanan manis dalam diet harian kita ye! Pelbagai petua mengawal kencing manis boleh kita jadikan panduan supaya penyakit kencing manis ini terkawal atau dapat dijauhi terus dari penyakit ini.

Apakah Kencing Manis ?

Kencing manis dikenali juga sebagai ‘Diabetis Mellitus’. Penyakit ini berlaku apabila paras glukosa dalam darah meningkat secara luarbiasa. Ia juga mengambil masa yang lama dan perlahan untuk dikesan. Pada peringkat awal ia tidak menunjukkan sebarang gejala . Bagi pengidap penyakit kencing manis, gula di dalam darah yang sepatutnya ditukar kepada tenaga tidak diproses dengan sempurna di dalam badan. Oleh itu, gula berlebihan akan tinggal terapung di dalam darah . Gula yang berada di dalam darah ini akan disingkirkan melalui air kencing.

Bagaimana Kencing Manis berlaku ?

Terdapat sejenis bahan dalam badan kita yang mengawal paras gula di dalam darah iaitu insulin. Dalam keadaan normal, paras gula di dalam darah adalah tetap, tetapi bagi pengidap kencing manis mereka tidak dapat mengawal paras gula di dalam darah.

Insulin ialah sejenis hormon yang berfungsi mengekalkan paras gula dalam darah pada tahap normal dan ia terdiri daripada protein dan dihasilkan oleh organ seperti pankreas atau limpa. Pankreas adalah organ terpenting di dalam badan, ia terletak di bahagian tengah abdomen manusia. Jika pankreas rosak ia boleh mengganggu penghasilan insulin seperti insulin yang dihasilkan tidak mencukupi untuk keperluan badan. Insulin membantu glukosa memasuki sel dan digunakan sebagai bahan bakar oleh badan.

Bagi pesakit kencing manis, insulin dibekalkan melalui suntikan. Hanya doktor sahaja yang dapat menentukan jenis insulin yang sesuai untuk seseorang pesakit.

Kencing manis terbahagi kepada dua peringkat umur :

  1. Berlaku pada usia muda iaitu semasa kanak-kanak dan remaja. Kebiasaan golongan ini tidak mempunyai insulin yang cukup dan bergantung kepada suntikan insulin untuk hidup seperti biasa.
  2. Berlaku di usia dewasa. Masalah berat badan berlebihan menjadi faktor utama. Bagi pesakit jenis ini, pengawalan dari segi pemakanan pesakit amatlah penting.

Jenis – Jenis Kencing Manis

  • IDDM – kencing manis yang bergantung kepada insulin
  • NIDDM – kencing manis tanpa bergantung pada insulin
  • IDDM – kebiasaannya berlaku di usia bawah 30 tahun. Sel-sel di dalam badan yang mengeluarkan insulin telah musnah dan badan tidak mendapat mengeluarkan insulin dengan secukupnya
  • NIDDM – kebiasaanya berlaku di kalangan umur 40 tahun ke atas.

Punca-Punca Kencing Manis

  • Sejarah keluarga
  • Pemakanan
  • Umur
  • Kegemukan
  • Kurang aktiviti fizikal

Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis

Peringkat Awal :

Diabetes seringkali berkembang tanpa disedari kerana gejalanya kelihatan seperti normal saja. Gejala awal diabetes termasuklah

  • Sentiasa merasa haus / dahaga berlebihan
  • Berat badan menurun walaupun berselera makan
  • Kerap membuang air kecil
  • Sentiasa merasa lapar berlebihan
  • Letih tidak menentu
  • Pandangan mata yang kabur
  • Mudah mendapat penyakit kulit
  • Mudah merasa penat dan sakit kaki
  • Merasa gatal pada kaki dan tangan
  • Mudah meradang

Peringkat Serius :

  • Hilang selera makan
  • Muntah-muntah
  • Pengsan dan tidak sedar diri

Orang Yang Berisiko Di Jangkiti Kencing Manis

  • Individu yang sudah berusia 45 tahun ke atas
  • Mengidap stroke atau hipertensi
  • Mengalami obesiti
  • Mengidap diabetes dalam keluarganya
  • Wanita yang pernah melahirkan bayi dengan berat 4 kg ke atas
  • Ada sejarah Tuberculosis (TB atau batuk kering)

Komplikasi Diabetes

  • Kabur penglihatan sehingga membawa kepada kebutaan. Paras gula yang tinggi boleh merosakkan saluran darah retina mata. Jika kurang aliran darah dan bekalan oksigen sampai ke urat saraf ( peredaran mikro) ia faktor kerosakan saraf.
  • Tekanan darah tinggi (hypertension) cenderung terjadi lebih tinggi kepada pengidap diabetes termasuk pengerasan arteri ( aterosklerosis ).
  • Strok atau angin ahmar.
  • Hilang deria rasa pada kaki dan tangan kerana kekebasan yang disebabkan oleh kerosakan saraf dan aliran darah yang rendah ke urat saraf terutama paha dan kaki. Pengidap diabetes perlu memberi lebih perhatian untuk penjagaan kaki kerana jika fungsi saraf hilang ia boleh membawa kepada pemotongan anggota. Borok kaki yang tak sembuh antara faktor kaki di potong bagi pengidap diabetes.
  • Jangkitan yang tidak dirawat segera akan menyebabkan gangren (tisu di bahagian luka mati).
  • Koma akibat ‘hipoglesenia’ atau ‘hypergresemia’.
  • Kerosakan saraf – Neuropati akibat diabetes adalah gangguan saraf akibat ketidaknormalan seperti glukosa darah yang tinggi. Neuropati boleh mengganggu sistem saraf seluruh badan akibat masalah peredaran darah misalnya kekebasan, kadangkala rasa sakit dan kelemahan pada tangan, lengan, kaki dan paha serta masalah yang berkaitan dengan saluran penghadaman dan organ seks
  • Serangan jantung. Pengidap diabetes adalah dua hingga empat kali lebih berisiko untuk serangan jantung berbanding mereka yang tiada diabetes.
  • Kegagalan buah pinggang. Lama-kelamaan paras gula dalam darah tinggi boleh merosakkan buah pinggang seperti membawa penyakit buah pinggang (nefropati diabetes) serta kegagalan buah pinggang. Buah pinggang rosak tidak dapat membersihkan darah dengan baik menyebabkan sisa buangan dan cecair akan terkumpul dalam darah. Sebab tu lah pesakit diabetes perlu menjalani rawatan dialisis atau menerima pemindahan buah pinggang. Jadi sayangi buah pinggang kita sebelum terlambat.

petua mengawal kencing manis

Petua Mengawal Kencing Manis

  • Sentiasa menjaga pemakanan dengan teliti dan mengikut saranan doktor.
  • Sentiasa bersenam untuk perbaiki peredaran darah
  • Berehat secukupnya
  • Jauhi tekanan (stress)
  • Menjaga kebersihan diri dan elak dari kecederaan seperti luka kerana proses untuk sembuh adalah lambat terutama penjagaan kaki. Mereka yang menderita neuropati perlu periksa kaki setiap hari untuk mengesan sebarang luka yang boleh meningkatkan risiko jangkitan kudis
  • Makan makanan berkhasiat, elak makanan bergula/berlemak. Pengawalan gula darah yang baik membantu melambatkan risiko masalah selanjutnya. Jadi penurunan paras glukosa darah ke julat normal adalah penting.
  • Berhenti merokok kerana menghisap rokok dengan ketara akan meningkatkan risiko masalah kaki dan elak kaki kena potong.

Ujian Saringan

  • Lakukan pemeriksaan paras glukosa di klinik/hospital
  • Lakukan pemeriksaan mata setahun sekali
  • Segera mendapatkan rawatan jika terdapat tanda-tanda seperti di atas.

Terdapat banyak petua mengawal kencing manis yang boleh dicuba oleh pesakit diabetes. Sesetengah pengidap kencing manis telah memilih untuk mencuba rawatan alternatif.

Antara rawatan alternatif yang dipilih pesakit kencing manis ialah dengan mengambil suplemen nutrisi Shaklee untuk kesihatan mereka. Produk yang terbaik dari Shaklee ialah Vivix

Suplemen Utama :

Vivix : melindungi dan memperbaiki sellular DNA, menggalakkan biogenesis mitochondria, mengawal genetik dan melambatkan pembentukan protein AGE yang penting untuk memastikan keutuhan sel dan kawal gula dalam darah untuk mencegah kerosakan pada organ lain.

Suplemen Tambahan :

Omegaguard : Membantu menstabilkan paras tekanan darah, merendahkan trigliseride dan membantu gejala diabetes

ESP : Membantu membina sel baru yang lebih sihat akibat gejala diabetes

Vitamin C : Meningkatkan sistem imun badan pesakit kencing manis

Garlic Complex – meningkatkan pengeluaran insulin, merangsang hati untuk mengawal paras gula dalam darah.

petua mengawal kencing manis

Pengalaman Pengguna Shaklee

Diabetes

 

petua mengawal kencing manis

Cara-Atasi-Kencing-manis

 

Cara-Atasi-kencing-manis

 

Cara-Atasi-diabetes

Untuk kesan yang terbaik, sebaiknya pengambilan suplemen dan ubat-ubatan dari hospital yang di sarankan oleh Doktor perlu dijarakkan tempoh pengambilannya. Jika diambil pada waktu yang sama, ubat-ubatan tadi boleh mengganggu penyerapan nutrien yang ada pada suplemen dan manfaat nutrien akan kurang. Jadi rugi lah jika kita tidak dapat nutrien yang optimum dari suplemen tadi.

Boleh baca untuk tahu lebih lanjut tentang keistimewaan Vivix dan manfaatnya yang sangat banyak dalam artikel Apa Yang Best Vivix Shaklee ?

Tapi ada cara untuk dapatkan Vivix dengan harga jauh lebih murah dan lebih jimat 

Hubungi saya melalui Whatsapp di 012-3398734 untuk mendapatkan konsultasi paling tepat dengan pilihan suplemen terbaik berkaitan masalah dan bajet anda.

 

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat” 

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

nutrisi untuk talasemia

6 Petua Mengawal Kencing Manis Elak Suntikan Insulin

4 thoughts on “6 Petua Mengawal Kencing Manis Elak Suntikan Insulin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge