Kalau ibu yang bekerja tengok stok EBM semakin menyusut pasti gelisah kan ? Saya la tu satu tika dulu… Niat nak menyusu hingga 2 tahun tu semacam samar je. Dah la ibu menyusu ni tak boleh stress sangat. Nanti susu pun turut merudum

Nak tahu punca susu ibu semakin kurang ? Suspen pula kan…

Pengalaman sendiri dengan set penyusuan ni bermula sejak menyusukan anak ketiga. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan

Sedikit terkilan juga masa anak pertama tu disebabkan kurang pengalaman dan ilmu tentang penyusuan, 6 bulan pertama tu dah diperkenalkan dengan susu formula. Masa ni belum berkenalan lagi dengan set penyusuan terbaik ni. Rasa ralat sangat.

Anak kedua pula lebih bernasib baik kerana dapat menyusu badan sepenuhnya sehingga usianya 7 bulan. Tapi susu pula drop teruk lepas saya tinggalkannya untuk beberapa hari ke Jakarta. Balik dari sana susu saya totally memang drop. Macam-macam ikhtiar dan petua saya cuba untuk kembali kan susu badan. Tapi tak berhasil. Akhirnya pasrah bagi juga susu formula.

Anak ketiga memang berazam tau, nak sangat lengkapkan tempoh penyusuannya sehingga usianya 2 tahun. Alhamdulillah menjadi realiti sejak berkenalan dengan set penyusuan terbaik ni.

PUNCA-PUNCA SUSU IBU MERUDUM

Berikut adalah antara punca utama mengapa produktiviti susu ibu merudum:

#1. Stress

Semua orang ada stress atau tekanan cuma yang membezakan setiap orang adalah cara penerimaan dan cara untuk mengawalnya. Jangan stress memanjang nanti nampak tua..huhu

#2. Tidak mengambil air secukupnya

Ibu menyusu kerap haus. Kalau ibu culas minum air memang akan mengganggu pengeluaran susu badan. Pastikan cukup 8 gelas sehari. Seeloknya ambil setiap kali selepas penyusuan.

#3. Penat

Bila ada anak kecil kena bijak asingkan kerja mana yang lebih utama dan buat yang penting dulu. Part ni masa awal-awal dulu memang saya tunggang langgang. Terfikir juga macamana mak yang anak ramai boleh uruskan masa dengan baik sedangkan saya masa tu anak seorang pun dah rasa macam tak cukup masa…hehe. Kadangkala sangat meletihkan.

#4. Pengambilan Kafien

Suka minum kafein ? Haa jika berlebihan memang akan mengganggu pengeluaran susu tau. Jadi berpada-pada memilih minuman ini.

#5. Kurang Pam Susu

Penting ada gajet penyusuan ni. Serius memang membantu perjalanan penyusuan menjadi lebih lancar. Penting juga kita tahu dan amalkan konsep supply vs demand.

#6. Pengambilan Pil Perancang

Seeloknya berbincang dengan doktor sekiranya pil perancang tersebut boleh mengganggu pengeluaran susu. Ada sesetengah pil yang ada estrogen. Hormon ini boleh memberi kesan kepada penghasilan susu ibu.

Ni paling penting apa yang ibu makan banyak mempengaruhi sepanjang tempoh penyusuan. Nutrisi yang lengkap sangat membantu penghasilan susu badan yang meriah.

Ramai tau di kalangan ibu atau wanita yang mengalami anemia. Di mana zat besi ini tidak mencukupi. Kekurangan mineral penting ini juga akan mengurangkan penghasilan susu ibu. Selain cepat penat, wajah juga kehilangan seri dan nampak kurang bermaya serta kulit kelihatan pucat.

Selain saya, ramai lagi ibu-ibu diluar sana yang turut merasai manfaat dari set penyusuan terbaik ini.

Boleh baca sini : Apakah rahsia ibu ni berjaya atasi kekurangan susu apabila usia anak masuk 1 tahun lebih.

Next >> Atasi Masalah Kekurangan Susu Badan

 

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN SET PENYUSUAN TERBAIK NI ?

 

Hubungi saya melalui Whatsapp di 012-3398734

 

Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

kenyataan

6 Punca Susu Badan Ibu Semakin Kurang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge