Fenomena El Nino dan gelombang haba kebiasaannya berlaku 2 kali setahun dan tahun ni ia dijangka berterusan sehingga awal bulan April. Tapi hari ni alhamdulillah, dari pagi cuaca mendung dan hujan. Sejuk sikit kalau tak bahangnya memang terasa walaupun berada dalam rumah. Jom ketahui 7 cara bahaya serangan stroke haba ini kepada sistem badan kita.

bahaya serangan stroke haba

Stroke haba terjadi apabila berlaku kombinasi di antara peningkatan suhu badan yang mendadak dan kekurangan air dalam badan (dehidrasi). Pendedahan yang lama pada suhu yang tinggi perlu dielakkan. Ia sangat bahaya dan boleh membawa kepada masalah kesihatan yang teruk dan boleh juga membawa maut.

Dalam keadaan suhu yang panas sekarang, sebaiknya kita perlu lebih berwaspada jika berada di luar terutama di dalam kereta, sila pastikan aircond di dalam kereta berada di dalam keadaan yang baik untuk mengelak terjadinya stroke haba. Menurut kajian suhu dalam kereta boleh mendadak naik dengan cepat jika kenderaan berada di bawah cahaya matahari terik. Ia boleh mencecah 10-20 darjah celsius dalam masa 20 minit sahaja. Ia sangat bahaya kepada suhu dalaman badan terutama bayi, kanak-kanak atau warga tua kerana tahap kepanasan melampau boleh mencecah sehingga 41 darjah celsius.

Tanda-tanda awal yang boleh di ambil perhatian

  • Suhu badan naik mendadak
  • Denyutan nadi sangat cepat
  • Tekanan darah rendah
  • Muntah dan loya
  • Kepenatan melampau
  • Sakit kepala
  • Kekeliruan dan pengsan
  • Badan tidak berpeluh
  • Lidah membengkak

Kesan Daripada Stroke Haba

  • Masalah kulit seperti ruam panas
  • Kelesuan
  • Lemah otot dan sendi
  • Kekurangan kandungan air di dalam badan (dehidrasi)
  • Sawan dan pitam
  • Kerosakan organ dalaman
  • Kerosakan otak
  • Kematian mengejut

Golongan Yang Berisiko

  • Bayi
  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Kanak-kanak yang berumur kurang 5 tahun
  • Warga emas yang berumur lebih 65 tahun
  • Pesakit lemah jantung
  • Pesakit buah pinggang
  • Penyakit kulit seperti alahan kulit, ekzema, psoriasis, dll
  • Pesakit yang berkaitan dengan pernafasan seperti asthma
  • Golongan yang mengalami penyakit kronik.

Cara Atasi Bahaya Serangan Stroke Haba

  • Berwaspada dengan tanda-tanda awal
  • Banyak minum air elak dehidrasi seeloknya setiap 15-20 minit
  • Sentiasa lap badan dengan tuala basah
  • Kerap mandi seeloknya dengan air suam dan gunakan kipas atau penghawa dingin untuk turunkan suhu badan
  • Elak meninggalkan bayi, kanak-kanak atau warga tua di dalam kereta tanpa penghawa dingin dalam tempoh yang lama di bawah sinar matahari
  • Kurangkan aktiviti luar yang terdedah kepada sinar matahari
  • Mengambil vaksinasi terutama untuk bayi dan warga emas untuk elak risiko dijangkiti penyakit seperti influenza dan pneumokokal

Amalan Semasa Cuaca Panas

  • Pakai losyen pelindung sinar matahari (SPF30 keatas) atau guna payung
  • Kurang pengambilan air yang berkafein tinggi, gula tinggi dan beralkohol
  • Pakai kacamata hitam untuk melindungi kesihatan mata
  • Elak anak kecil bermain di bawah panas terik teutama pada waktu 11 pagi hingga 3petang
  • Minum minuman air isotonik untuk menggantikan garam dan mineral yang hilang
  • Memilih pakaian yang mudah menyerap peluh

stroke haba

 

Nutrisi Shaklee

Performance Drink – menggantikan bendalir penting yang hilang di dalam badan seperti sodium, chloride, magnesium, kalsium dan potasium supaya tidak kekeringan (dehidrasi) akibat cuaca panas yang kuat. Sangat baik juga untuk sistem neuromotor (tindakbalas saraf dan otot) kita berfungsi dengan lebih baik.

Herbal Blend – melembapkan kulit secara semulajadi. Elak kulit kering mengelupas semasa cuaca panas terik.

Hati-hati ye. Jom jaga kesihatan. Elak diri kita dan keluarga kita mengunjungi hospital dengan kerap. Kecuali dah teruk sangat memang wajib lah ke sana ye. Hospital pun sentiasa penuh, tak penah tak ramai orang dan macam-macam kes plak tu. Kalau pergi hospital, rasa insaf sekejap. Bersyukur sangat-sangat atas nikmat sihat yang Allah bagi ni. Alhamdulillah 🙂

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat” 

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

nutrisi untuk talasemia

 

 

7 Cara Atasi Bahaya Serangan Stroke Haba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge