Abang Pandir: Andeh..Ooo Andeh..Mana kunci kereta kat dalam rumah ni? Biasa sangkut kat Key Box ni kan, alih-alih takde pulak hari ni, mesti ada orang simpan kat tempat lain ni…

Sayang Andeh: Sapa laa ada kat rumah ni bang Andir oii..kita berdua je nye pun..

Abang Pandir: Ye la, nak lekas ni. Mail Usin ajak keluar minum, emergency katanya. Cepat la Andeh tolong cari…

Sayang Andeh: Aiikk nak ngeteh pun ada emergency? Haa yang tu kat tangan tu kunci apa?

Abang Pandir: Mashaa Allah..penat aku cari kau merata, dah pegang siap rupanya. Tuanya aku cepat lupa…Sorry ye Ayang Andeh, kacau tengah mandikan baby kucing…

Sayang Andeh: Haa tu laa..banyak makan semut…Kan dah cepat bebenor pelupanya!

Begitu lah kisahnya kalau orang mudah sangat jadi pelupa. Alah, kat kita sendiri pun biasa jadi kan. Kalau sekali sekala berlaku mungkin masalah biasa. Tapi kalau kerap sangat berlaku, masalah besar tu. Apa perlu buat?

Otak adalah anugerah Allah SWT kepada kita untuk berfikir dan berkomunikasi dengan orang lain yang merupakan mesin ajaib dan pusat kawalan yang mengawal seluruh rutin kehidupan seharian kita. Semua saraf dikawal oleh otak antaranya seperti saraf pergerakan, perubahan emosi, pemikiran dan sebagainya.

Selain itu otak juga merembes hormon penting untuk semua aktiviti sel-sel tubuh. Ketahui 7 cara mengatasi sifat lupa dan hindari terus supaya otak kita sentiasa aktif.

Neurotransmitter ada pelbagai fungsi dan salah satunya adalah bertindak terhadap daya kreativiti dan memori yang dikawal oleh otak. Ia juga mencetus rangsangan untuk berehat, makan, bernafas, tidur, memahami bahasa dan banyak lagi. Selain itu otak bertindak mengawal dengan menghasilkan impuls elektrik yang bersambung daripada sistem saraf ke bahagian yang lain.

Cara Atasi Sifat Mudah Lupa

Penting untuk kita memiliki otak yang cergas dan sihat. Apa ye makanan yang penting untuk otak? Salah satunya adalah magnesium. Magnesium ialah zat yang penting kerana ia merangsang neurotransmitter bekerja dan merupakan mineral kecergasan utama dalam otak. Banyak fungsi enzim dalam tubuh kita memerlukan kehadiran ion magnesium ni. Kekurangan magnesium selalunya mencetus kepada kekejangan otot dan biasa dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, diabetes dan osteoporosis.

Seperti kebanyakan nutrien lain keperluan magnesium seharian tak dapat dicapai melalui satu jenis makanan sahaja kerana magnesium dalam kebanyakan makanan wujud dalam jumlah yang sedikit. Sumber magnesium perlu di ambil dalam beraneka jenis makanan seperti lima sajian buah-buahan dan sayuran setiap hari dan juga bijian untuk memastikan keperluan magnesium mencukupi.

7 Petua Elak Sel Otak Menjadi Tua

Melatih otak dengan cara di bawah dapat mengoptimumkan fungsi otak semaksimum mungkin dan juga melindungi dari gejala demensia. Ayuh amalkan!

#1. Membaca

Meluangkan masa untuk membaca dapat membantu memberi rangsangan kepada otak. Apabila sel-sel otak iaitu neurons dapat berfungsi dengan baik maka akan wujud sambungan synapse dan jalur maklumat kepada otak. Ia juga sangat membantu untuk meningkatkan daya ingatan.

#2. Menikmati muzik

Dengan cara mengaktifkan pancaindera melalui mendengar muzik dan belajar bermain instrumen muzik banyak membantu meningkatkan memori kepada sel-sel otak.

#3. Lakukan senaman

Sel-sel tubuh yang diaktifkan melalui senaman akan menghantar zat-zat molekul yang mencetus saraf-saraf baru dalam jaringan otak sehingga membuatkan seseorang memiliki kemampuan perkembangan kreativiti yang lebih baik

#4. Belajar Bahasa Asing

Mempelajari kemahiran bahasa atau penggunaan beberapa bahasa dapat meningkatkan saliran darah ke bahagian otak dan kesihatan koneksi saraf juga akan lebih baik. Salah satu cara adalah rajin membaca Al-Quran serta cuba menghafal beberapa ayat setiap hari boleh membantu otak menjadi lebih peka dan kuat melalui rangsangan otak

#5. Ubah Rutin

Dengan mencipta rutin baru juga dapat membantu mengaktifkan fungsi otak yang sebelum ni tak aktif. Amalan mencatit dalam buku nota kecil setiap hari dalam bentuk ringkas dapat meningkatkan daya ingatan dan elak masalah sering lupa

#6. Mencari Hobi Baru

Latih otak untuk lakukan hobi yang mungkin sebelum ni kita tak berkesempatan untuk lakukan. Jadi lakukan sekarang! Cari hobi yang menarik untuk menjaga otak kekal aktif

#7. Mengamal cara hidup sihat

Ini penting untuk menjaga kesihatan otak. Salah satunya amalan tidur yang cukup kerana tidur menguatkan sambungan saraf synapses kita. Kajian pernah dilakukan keatas kanak-kanak yang tidur siang ketajaman otak mereka meningkat berbanding kanak-kanak yang kurang tidur siang. Power nap seperti tidur sekejap sebelum waktu zohor juga dapat meningkatkan daya kekuatan otak kita. Satu lagi jauhi membuat dua kerja serentak dalam satu masa kerana ia mencetus kepada sifat mudah lupa. Situasi ni sering juga terjadi kepada saya terutama ketika menjawab telefon dan pada masa yang sama tangan menyusun barang. Bila nak cari balik barang tu… dah lupa! hehe… jangan amalkan selalu ye tak elok 🙂

atasi sifat lupa

Apa yang akan berlaku ye, jika sel otak menjadi tua sebelum waktu? Sebenarnya jika sel otak kita ni menjadi tua ia tak mampu lagi mengeluarkan banyak neurotransmitter dan hormon penting untuk aktiviti sel-sel badan. Penting tau untuk kita mendapat nutrisi yang mencukupi kerana pembentukan neuron-neuron sangat memerlukan tenaga yang banyak. Jika badan kita kekurangan nutrisi ia sangat mempengaruhi fungsi sel otak dan menyebabkan otak kita akan mudah lesu dan lembap. Untuk membantu kesihatan otak dan melambatkan mekanisma utama penuaan selular boleh tahu disini Rahsia lebih muda 25 tahun dari usia sebenar.

 

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat” 

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

nutrisi untuk talasemia

 

7 Cara Mengatasi Sifat Mudah Lupa Petanda Otak Mudah Cepat Tua

3 thoughts on “7 Cara Mengatasi Sifat Mudah Lupa Petanda Otak Mudah Cepat Tua

  • September 6, 2016 at 1:00 pm
    Permalink

    salah satu punca manusia malas gunakan otak ; sistem parking – tangkap gambar – takut lupa.. hee~ bila benda benda senang pon malas nak ingat / fikir.. secara otometik mengajar otak jadik malas bekerja..

    Reply
  • November 10, 2016 at 3:25 am
    Permalink

    Betul, semua perkara tidak boleh disertakan dgn jalan ringkas. Semua hidup kita perlukan ‘manual’. Kalau tak ada ‘manual’ maka hidup kita tidak menghasilkan produktif dan terus lumpuh. Nak dapat ‘manual’ perlukan pengalaman dan ‘trial n error’.
    Ummar Farouk recently posted…Buang Sampah Sembarangan Sudah Menjadi Tabiat!My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge