Penjagaan mulut dan gigi adalah sama penting dengan penjagaan wajah dan badan. Keyakinan akan lebih terserlah jika mempunyai senyuman dan penampilan menawan. Ketahui tips hilangkan mulut berbau dan atasinya secepat mungkin sebelum terlewat.

Tips-Hilangkan-Mulut-Berbau

Sebelum itu, ketahui dulu apa punca terjadinya masalah mulut berbau ini :

1.Bakteria 

Bakteria di dalam mulut kita hidup dan membiak dengan memakan sisa protein makanan di celah gigi dan gusi. Bakteria ini merembeskan asid dan sulfur yang menjadi punca bau mulut. Sendawa dengan bau yang busuk adalah berpunca daripada bakteria jahat ini. Makanan yang kaya dengan probiotik sangat sesuai untuk singkirkan bakteria jahat terutama di dalam usus kita.

2. Penyakit Resdung 

Radang di bahagian hidung yang disebabkan oleh jangkitan virus dan bakteria boleh menghasilkan bau busuk apabila menarik nafas akibat kehadiran mukus atau nanah. Tonsil bengkak juga menyebabkan kepada masalah bau mulut.

3. Air liur

Air liur kurang boleh menyebabkan mulut kita kering. Kekurangan air liur penyebab kepada masalah mulut berbau sebagai contoh semasa kita tidur penghasilan air liur menjadi kurang dan apabila bangun pagi, mulut akan berbau busuk. Air liur kita mengandungi protein yang dipanggil amilase, berfungsi menukarkan gula kompleks ke dalam bentuk yang mudah. Walaupun gula kompleks tidak rasa manis, amilase akan menukarkannya menjadi gabungan rasa pada lidah.

 

Ayuh, kita lihat beberapa tip yang dapat dilakukan untuk memelihara kesihatan mulut dan gigi untuk hilangkan mulut berbau.

1. Gosok gigi sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sehari

  • Luangkan masa seketika untuk gosok gigi setiap kali selepas kita mandi. Biasanya, kita akan mandi dua kali sehari, iaitu pagi dan malam.
  • Gosok gigi dengan cara yang betul dan tidak terlalu kuat untuk elak pecahan enamel gigi. Jangan lupa gosok gigi dan membersihkan lidah ya!

2. Berkumur-kumur selepas makan

  • Biasakan diri kita untuk berkumur selepas makan atau minum supaya sisa makanan atau minuman tidak melekatkan di celah-celah  gigi.
  • Digalakkan juga menggosok gigi setiap kali selepas makan dan sebelum tidur.

3. Biasakan menggunakan flos dan cecair kumur berflorida.

  • Lakukan flos sekurang-kurangnya sehari sekali terutama sebelum tidur. Gunakan cecair kumur yang mengandungi florida seeloknya elak yang mengandungi alkohol supaya kita dapat mencegah karies gigi pada bahagian gigi yang sukar dicapai oleh berus gigi.

4. Gigi hanya untuk mengunyah makanan

  • Elak menggunakan gigi kita sebagai alat membuka bungkusan makanan ringan atau botol. Gigi hanya dikhaskan untuk mengunyah makanan. Aktiviti mengunyah seperti mengunyah gula-gula getah boleh membantu elak nafas berbau. Sudah semestinya kita mahu senyum dengan yakin tanpa gigi pecah, bukan

5. Mengawal apa yang kita makan.

  • Kurangkan pengambilan makanan manis bagi memelihara kesihatan gigi dan kurangkan makanan penyebab nafas berbau seperti durian, bawang putih atau bawang merah.
  • Makanan masam juga patut kita elakkan kerana makanan masam mengandungi pH yang rendah, yang membuat gigi kita mudah rapuh dan menjadi ‘lembut’.
  • Amalkan pengambilan yogurt , sayuran berwarna hijau gelap yang kaya dengan kalsium.  Kalsium akan menguatkan gigi kita dan risiko kerosakan gigi yang menyebabkan mulut berbau dapat di kurangkan.

6. Buat pemeriksaan dengan Doktor gigi

  • Orang dewasa digalakkan membuat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Manakala kanak-kanak bermula usia dua tahun boleh diperkenalkan dengan rutin pemeriksaan gigi. Pendedahan penjagaan gigi dan gusi di awal usia adalah lebih baik.

7. Jangan merokok

  • Merokok adalah salah satu punca mulut berbau dan gigi di bahagian dalam warna menjadi kehitaman jika tidak dirawat. Selain mengundang pelbagai masalah kesihatan lain seperti barah mulut, jangkitan paru-paru atau masalah berkaitan jantung.

 

Selain daripada tips-tips seperti di atas, masalah bau mulut dan nafas berbau boleh juga kita atasi dengan rangkaian set lengkap nutrisi Shaklee.  Dengan mengikut saranan dan cara makan yang betul dan pada masa yang sama turut mengamalkan pemakanan yang sihat, In syaa allah.  Jom ketahui cara yang pasti selamat untuk kesihatan kita kerana ia berasaskan dari sumber semulajadi dan terbukti selamat.

 

SET LENGKAP TERDIRI DARIPADA :

Herbalax – membersihkan usus

Peppermint Ginger Plus – berkesan membunuh bakteria

Alfalfa complex – menyegarkan nafas & detoksifikasi bau

Garlic complex – antibiotik semulajadi, memusnahkan bakteria

Sustained Released Vita-C Plus – menyembuhkan penyakit gusi dan agen detoksifikasi

Hilangkan-Bau-Mulut

Pengalaman Pengguna Shaklee

Bangun pagi tadi (sebelum gosok gigi) baru perasan yang nafas mulut saya bau harum. Saya dah amalkan alfalfa selama 3 bulan. Rasanya memang sebab Alfalfa jadi gini…suka sangat! kadang2 mulut kita ni berbau sebab banyak toksin dan kesihatan usus yang lemah, jadi terbukti la alfalfa ni memang membuang toksin dalam badan.

Hafidah Bt Khaja Mohaideen

 

Saya rasa bau nafas berpunca dari gusi yang tidak sihat..sehinggakan kedudukan gigi bergerak-gerak dan membuatkan diri tidak selesa dan rasa rendah diri kerana bau nafas. Selepas pengambilan vitamin C untuk masalah gusi bengkak, vitamin B dan ostematrix untuk lemah-lemah anggota badan. Setelah seminggu, gusi bengkak menyusut dengan banyaknya.. dan setelah sebulan, gusi bengkak, berdarah, dan juga bau nafas telah tiada lagi. Alhamdulillah sudah selesai masalah itu.

Nor Ramli

 

Cubalah hari ini!

Hilangkan segera mulut berbau.

Jika anda mengalami masalah mulut berbau dan ingin memcuba set lengkap dari rangkaian Shaklee. Hubungi saya untuk konsultasi eksklusif dan maklumat lanjut.

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

 

 

`

7 Tips Hilangkan Mulut Berbau Elak Penyakit Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge