Protein ialah salah satu zat penting yang sangat diperlukan oleh tubuh kita. Protein yang bagus ialah protein yang sihat dan lengkap dengan keperluan asid amino untuk badan berfungsi dengan baik.

Protein terdiri daripada 21 asid amino. Ia adalah asas untuk bina sel sihat. Apabila sel sihat, organ sihat, sistem badan sihat maka seluruh tubuh badan juga sihat.

Protein penting untuk menghasilkan sel baru. Tubuh sentiasa membaiki dan menggantikan sel, sel kulit hanya bertahan kira-kira 25 hari.

Sebagai contoh tubuh akan menghasilkan 2,300,000 sel darah merah yang baru setiap saat. Sel darah merah dihasilkan di dalam sumsum tulang pada bahagian tengah sesetengah tulang dan dibebaskan ke dalam darah.

8 tip pemilihan protein soya

Terdapat pelbagai jenis sumber protein daripada sumber haiwan seperti :

  1. Sumber daging contohnya seperti kambing, ayam, lembu dll
  2. Telur, tenusu, ikan dan sebagainya.

Sebenarnya protein daripada sumber haiwan ini ia adalah :

  1. Tinggi dengan kadar lemak
  2. Tinggi dengan kolestrol.
  3. Risiko mendapat penyakit jantung dan penyakit hati adalah tinggi.

Sumber protein dari sumber haiwan seperti contoh ayam. Kalau kita lihat situasi sekarang sebenarnya pelbagai jenis suntikan dan bahan kimia telah diberikan kepada ayam ini antaranya :

  1. Suntikan hormon pertumbuhan bertujuan supaya ayam itu membesar dengan cepat walaupun secara azali ayam ini belum matang lagi sebenarnya.
  2. Suntikan hormon tambah daging bertujuan supaya ayam ni cepat membesar dan daging banyak supaya permintaan yang tinggi dari pengguna dapat dipenuhi dan penjual juga dapat keuntungan dengan lebih cepat
  3. Suntikan antibiotik yang berfungsi untuk elak ayam supaya tidak mudah terkena jangkitan. Sebenarnya suntikan hormon ini sudah ada di dalam ayam yang kita makan setiap hari.

Apakah Pengganti Kepada Protein Haiwan

Pilihan yang boleh kita ambil untuk pengganti kepada protein haiwan ialah protein tumbuhan. Terdapat kriteria yang perlu kita penuhi untuk dapatkan protein daripada tumbuhan ini antaranya :

  1. Kita mesti pastikan dalam tumbuhan itu lengkap dengan keperluan amino asid untuk badan kita dan tumbuhan yang sangat bagus untuk keperluan amino asid yang lengkap ialah kacang soya.
  2. Badan kita hanya boleh menghasilkan 11 jenis amino asid dengan sendiri dan kita masih perlu ambil 9 jenis amino asid daripada keperluan diet harian untuk melengkapkan keperluan badan kita.
  3. Sebenarnya jika badan kita tidak lengkap keperluan asid amino ini, badan kita tidak dapat menghasilkan apa yang diperlukan oleh protein.

Apa Kebaikan Protein dari Kacang Soya

Tahukah Anda?

#1.  Kacang soya mengandungi 9 jenis amino asid perlu untuk keperluan badan kita. Di mana ia mempunyai kualiti yang sama dengan kualiti protein haiwan.

#2. Tetapi yang membezakan kacang soya dalam protein tumbuhan ini ia tidak ada lemak dan tiada kolestrol.

#3. Selain itu kebaikan yang terdapat dalam protein tumbuhan seperti kacang soya ini ialah Isoflavon di mana Isoflavon ini tiada dalam protein haiwan.

Apa kelebihan protein tumbuhan untuk tubuh badan kita

#1. Apabila kita mendapatkan protein yang berkhasiat, yang lengkap dengan amino asid dan protein yang sihat ia membantu kita untuk mendapatkan :-

  • Otot – Protein sangat penting untuk membantu kita membina otot yang lebih mantap terutamanya lelaki. Wanita juga akan mendapat badan yang lebih fit dan lebih sihat.
  • Rambut – Protein sangat penting untuk penghasilan rambut baru yang lebih cantik. Biasanya orang yang tak cukup protein rambut mereka akan lebih kering, bercabang, cepat rapuh dan cepat gugur. Jadi protein akan membantu untuk dapatkan rambut yang lebih sihat dan cantik.
  • Kuku yang sihat – Untuk kuku yang sihat, contoh jika kuku kita cepat patah, cepat rapuh, itu salah satu tanda menunjukkan kita tak cukup protein. Protein yang cukup akan menghasilkan kuku yang lebih kuat, lebih tebal, lebih sihat dan lebih cantik.

#2. Kulit yang cantik – kulit kita sebenarnya memerlukan protein setiap hari untuk memperbaharui balik sel-sel yang baru sebab setiap hari ada kulit kita yang akan mati. Protein yang sihat sangat perlu untuk sel-sel kulit baru yang sihat dan sel tu akan lebih cantik. Jadi untuk dapatkan kulit yang sangat cantik iaitu kulit yang gebu, kulit yang halus dan mulus. Sumber protein yang sihat sangat –sangat diperlukan.

#3. Kekalkan tenaga dan stamina sepanjang hari kerana protein soya yang berkualiti tinggi juga mampu memberi khasiat seperti vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan kita dan mampu memberikan kita otot yang lebih kuat dan bertenaga sepanjang hari.

#4. Memberi kita sejenis fitokimia semulajadi iaitu Isoflavon. Isoflavon ini berfungsi untuk mengurangkan risiko seperti risiko kanser payudara, kanser prostat dan juga mampu untuk melegakan gejala menopaus.

protein esp

*** Mengenai Isoflavons walaupun ia berfungsi untuk menghasilkan sedikit hormon estrogen tetapi ia tidak akan mengganggu fungsi estrogen yang ada dalam badan kita. Ia juga tidak berupaya untuk menjalankan aktiviti yang sama seperti hormon yang terdapat dalam badan. Cuma apa yang fito estrogen bantu ia akan mengawal keseimbangan hormon dalam badan dan mengurangkan risiko seperti kanser payudara, kanser prostat dan gejala menopaus.

#5. Banyak manfaat daripada protein soya yang kita tidak sedar di mana ia mampu memberi kepada kesihatan jantung. Ia akan menyokong kepada kesihatan jantung dengan cara menurunkan kadar LDL kolestrol dalam badan kita. Sebenarnya ia akan bantu secara keseluruhan.

protein ESP shaklee

#6. Protein soya juga mampu bantu untuk menyihatkan salur darah dan supaya risiko penyakit seperti stroke, jantung dan darah tinggi semakin berkurangan

#7. Untuk ibu yang hamil keperluan protein di dalam badan sangat penting. untuk menyokong perkembangan bayi yang sihat . Bermula dari perkembangan Embrio, fetus sehingga 40 minggu, bayi ini sangat memerlukan protein yang lengkap untuk menghasilkan organ, sel, tulang.

#8. Ibu yang selepas bersalin mereka memerlukan protein yang lengkap bagi penghasilan susu ibu yang penuh dengan nutrisi dan yang ada antibodi di mana ia bantu untuk sistem imunisasi bayi. Jadi untuk dapatkan sumber protein yang sihat, protein daripada soya yang lengkap amino asid perlu sangat membantu untuk perkembangan bayi secara normal dan lebih sihat

Kenapa kena pilih Protein ESP

#1. Pilihan sihat sebab ia sumber protein terbaik untuk tubuh badan kita. Setiap hidangan ESP memberikan 14 gram protein berkualiti tinggi yang semulajadi rendah lemak, laktosa semulajadi dan tanpa kolestrol.

*14gram untuk setiap hidangan, iaitu 3 sudu besar dan tiada gula tambahan
* Kebanyakan sumber protein soya lain hanya memberikan 5 gram atau 8 gram protein sahaja untuk setiap hidangan jadi ia sangat berbeza dengan hidangan protein ESP.

#2. Protein ESP adalah tidak diubah-suai secara genetik (non-GMO) di mana protein soya ini dihasilkan di bawah Program Pemeliharaan Identiti (IPP)

* Program Pemeliharaan Identiti (IPP) bermaksud kacang soya ini telah dipantau dan dikawal dengan sangat ketat bermula dari penanaman sampai ke peringkat pemprosesan ESP. Jadi kualiti ESP sangat-sangat terbaik.
*Soya ESP adalah soya yang organik iaitu tiada hormon tambahan untuk soya ESP ini  dan juga tiada sebarang hormon membantu percepatkan tumbesaran.
* Memang  betul-betul sumber soya yang tak diubah suai secara genetik. Biologi lengkap di mana protein ESP adalah lengkap dengan 9 jenis amino asid perlu badan anda tidak hasilkannya
* Realitinya hampir 80% soya di seluruh dunia telah di ubahsuai secara genetik, untuk mendapatkan kacang soya non-gmo sebenarnya sangatlah susah dan jumlah yang betul-betul non gmo adalah sedikit.  Jadi kita disarankan untuk mendapatkan protein yang tiada hormon tambahan di dalamnya. Pengambilan protein soya ESP adalah yang terbaik untuk keperluan protein yang sihat untuk badan kita.

#3. Shaklee ESP lengkap dengan kesemua 9 jenis amino asid perlu untuk badan kita yang mana amino asid ini  tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, ia hanya boleh diperolehi dari sumber makanaan sahaja. Protein ESP adalah  sangat baik kerana mempunyai biologi yang lengkap untuk badan kita dan dapat menghasilkan sel-sel yang sihat dari segi kulit, rambut, kuku, hormon, jantung dan  sebagainya.

#4. Protein ESP sangat berkualiti tinggi dan ESP juga mendapat skor 1.0 iaitu markah penuh dan kedudukan yang paling tertinggi untuk PDCAAS ( Skor Penghadam Protein Kepada Amino Asid). 

* Skor ini adalah salah satu cara untuk mengukur  kualiti protein dan manfaat yang diiberikan adalah sama seperti protein dari sumber haiwan. 
* Tidak semua protein tumbuhan memberikan 9 jenis amino asid seperti soya. Soya boleh menghasilkan sama seperti protein haiwan iaitu 9 jenis amino asid yang lengkap.

#5. Protein dari ESP juga dapat mengekalkan Isoflavon soya yang terdapat dalam tumbuhan ini. Cara pemprosesan protein ESP adalah dengan menggunakan air untuk membasuh kacang soya dan berbeza dengan soya yang ada di pasaran, kebanyakan mereka menggunakan alkohol  untuk membasuh jadi bila protein ESP menggunakan air, kualiti dapat dikekalkan dan keaslian isoflavon yang terdapat dalam kacang soya seperti genistein dan daidzein tidak musnah.

#6. Shaklee ESP mempunyai Glisemiks Indeks yang rendah. Ini bermaksud protein ESP akan bagi kita tenaga dalam jangkamasa yang panjang tanpa meningkat gula dalam darah kita.

protein ESP

* ESP terbukti dapat membekalkan tenaga secara konsisten tanpa meningkatkan gula darah jadi risiko seperti diabetes, kencing manis adalah rendah.  Badan juga kurang rasa letih dan mengantuk berbanding jika kita ambil karbohidrat seperti nasi di mana badan kita akan cepat mengantuk selepas makan dan rasa cepat lapar.

Apakah Kesan Jika Badan Kita Tidak Cukup Dengan Amino Asid Perlu Dalam Badan

Badan kita secara semulajadi boleh menghasilkan protein atau kulit yang baru tetapi :-

  • kulit baru kita akan lebih kusam, tak cantik dan tak bermaya sebab amino asid di dalam badan kita tidak lengkap
  • Sebagai contoh rambut baru kita, rambut boleh tumbuh tetapi rambut baru kita akan mudah rapuh, sangat nipis, dan bercabang. Ini adalah contoh kesan kalau badan kita tidak cukup amoni asid yang lengkap dalam badan kita.

 

8 Tips Memilih Protein Sihat Dan Terbaik Untuk Kesihatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge