Masalah mata kering jika tak dirawat boleh menimbulkan rasa tidak selesa yang berpanjangan. Pernahkah anda mengalami masalah mata kering ?

 “ Sindrom Mata Kering – di mana pengeluaran air mata yang tidak normal menyebabkan permukaan kornea menjadi kering seakan mata rasa berpasir, kabur dan tidak fokus. Keabnormalan ini menjadi punca mata kering”.

9 cara mengatasi mata kering

Ketahui lebih lanjut mengenai cara mengatasi mata kering elak rasa berpasir, kabur atau kurang daya fokus.

Punca Masalah Mata Kering?

Mata kering boleh disebabkan oleh berbagai-bagai faktor termasuk :

#1. Perubahan hormon menyebabkan ketidakstabilan komposisi pada air mata

#2. Peningkatan usia – pengeluaran airmata dan pengurangan minyak akan menurun boleh menyebabkan air mata cepat tersejat.

#3. Keadaan kelopak mata yang disebut penyakit kelenjar Meibomian.

#4. Penggunaan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mata kering,

#5. Membaca terlalu lama menyebabkan tekanan pada mata dan mata kurang berkedip

#6. Merokok juga boleh mengganggu kelembapan lensa mata/kornea

#7. Menonton televisyen dan penggunaan komputer dalam tempoh yang lama akan mengganggu dan mengurangkan jumlah kedipan pada mata

#8. Terdedah terlalu lama dalam persekitaran berhawa dingin (penyaman udara)

#9. Kerap memakai kanta lekap/sentuh akan menyerap air mata dan menutup kornea

#10. Kurang makanan berzat terutama untuk nutrisi mata seperti vitamin A dan minyak ikan yang mencukupi.

Tanda mata kering

  • Rasa gatal
  • Mata merah
  • Silau terutama di waktu malam
  • Mata cepat penat.
  • Mata bertahi
  • Terasa seperti berpasir
  • Penglihatan kabur
  • Mata berair

Golongan yang berisiko mengidap mata kering

  • Golongan wanita
  • Faktor usia iaitu seawal 40 tahun dan ke atas
  • Kekurangan pengambilan vitamin A
  • Pemakai kanta lekap yang terlalu lama

Cara Mengatasi Mata Kering

Perkara utama lakukan pemeriksaan dari pakar mata terlebih dahulu dan kenalpasti masalah yang utama. Seterusnya kawal dan cegah untuk mengelak kesan yang lebih teruk dengan mengamalkan nutrisi untuk kesihatan mata.

Cara untuk mengatasi mata kering ialah :

#1. Cukup tidur – Mata juga memerlukan rehat yang cukup. Pastikan kita tidur cukup untuk jaga kesihatan mata. Kekurangan tidur juga boleh mengundang masalah mata letih, kering dan merah.

#2. Kawal penggunaan kanta lekap, pakai kacamata – Waspada dengan tarikh luput kanta lekap kita kerana ia boleh mengganggu kelembapan semulajadi mata dan boleh menyebabkan mata kering dan merah. Tahap kebersihan juga perlu diutamakan terutama tangan yang memegang kanta lekap, pastikan ia betul-betul bersih untuk elak jangkitan kuman pada mata.

#3. Elakkan tabiat menggaru mata – Seringkali mata kering boleh menimbulkan rasa gatal dan tidak selesa, elakkan daripada menggaru mata kerana boleh menyebabkan tisu mata kita rosak dan mata menjadi lebih perit.

#4. Hadkan penggunaan penyaman udara – Jika kita bekerja di persekitaran yang ada penyaman udara setiap hari, risiko untuk mendapat mata kering sangat tinggi. Ini kerana kualiti udara daripada penyaman udara yang berlebihan akan menyebabkan mata kering dengan cepat.

#5. Elak menghadap komputer terlalu lama – Rehatkan mata menggunakan formula 20-20-20 iaitu setiap 20 minit rehatkan mata dan pandang jarak yang jauh seeloknya pokok yang menghijau selama 20 minit.

#6. Mengambil vitamin A yang cukup – Vitamin ini sangat penting untuk bantu kesihatan mata dan mengelakkan mata kita daripada rabun dan kering. Amalkan jus buah-buahan yang tinggi vitamin A

#7. Tingkatkan pengambilan Omega 3 yang cukup. Penting untuk kesihatan mata – Tiga unsur air mata normal iaitu air, lendir dan minyak. Kekurangan 3 unsur ini akan menyebabkan kualiti air mata terganggu. Pengambilan minyak ikan dan Omega 3 (EPA dan DHA) yang cukup boleh mengurangkan risiko mata kering. Mata kering paling banyak terjadi disebabkan kekurangan kandungan minyak di dalam air mata akibat proses penyejatan dan penguapan.

#8. Amalkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari – Air yang cukup sangat penting untuk badan kita bekerja dengan baik. Kekurangan air dalam badan antara sebab mata mudah menjadi kering dan merah.

#9. Berhenti merokok – Merokok boleh menyebabkan mata menjadi kering dan tidak selesa. Risiko mendapat katarak juga tinggi. Kesan yang lebih buruk boleh menyebabkan kebutaan secara tiba-tiba kerana membahayakan pembuluh darah retina.

cara mengatasi mata kering

Komplikasi mata kering jika tidak di rawat

  • Kekaburan mata
  • Ulser kornea
  • Jangkitan kuman
  • Parut

Suplemen Untuk Mata

Dua suplemen untuk kesihatan mata iaitu :

mata kering (2)

  • Caratomax – mengandungi 6 sumber karotenoid yang sangat penting untuk kesihatan mata. Kandungan provitamin A (karotenoid) yang berasal dari tumbuhan terpilih menjadikannya lebih selamat berbanding retinol (preform vitamin A) yang berasal dari sumber haiwan.
  • OmegaGuard – mengandungi khasiat ikan ultra-tulen bergred farmaseutikal yang sangat baik untuk membantu kesihatan mata. Tinggi kandungan EPA dan DHA dan terbukti secara klinikal dan merupakan antara yang terbaik di pasaran dari segi harga dan kandungannya.

Masalah Mata Kering Selesai

Alhamdulillah, Puan Nik Siti Mardiah telah berikhtiar dengan suplemen shaklee dan terbukti berkesan mengatasi masalah mata kering seawal 3 hari. Jika anda juga risau dan buntu dengan masalah yang sama, jangan lengahkan masa lagi, dapatkan suplemen untuk mata sekarang!

Ketahui lebih lanjut dalam artikel ini.

MASALAH KEKERINGAN DAN KETIDAKSELESAAN MATA SELESAI

.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA,

Saya Nik Siti Mardhiah Bt Abd Rahman. 15 Oktober 2014 saya baru menginjak umur 31 tahun. Allah telah beri sedikit ujian kesihatan mata pada awal Oktober 2014.

Saya mula perasan anak mata kedua-dua belah mata kering, kesat, berpasir dan tidak selesa seperti hari-hari sebelumnya. Walaupun saya rabun jauh dan bercermin mata saya belum pernah mengalami masalah seperti ini.

.

Hari berganti bulan, saya biarkan berlarutan kerana beranggapan mungkin ianya hanya sementara. Keadaan semakin teruk apabila menjelang malam selepas waktu Maghrib mata seolah-olah mengantuk, rasa sangat kesat dan berpasir.

Padahal belum mengantuk pun lagi. Saya masih buat andaian mata saya kepenatan sahaja. Sedar tak sedar saya biarkan mata kekeringan tanpa apa-apa tindakan selama hampir 8 bulan.

.

Pada masa itu, saya mula rasa khuatir dan terfikir apakah ini tanda-tanda badan saya kekurangan sesuatu nutrien penting khususnya vitamin A dan Karotena. Hasil pembacaan semula tentang kesan jangka panjang akibat kekeringan mata boleh menjejaskan tahap fungsi penglihatan dengan lebih serius.

Sebenarnya saya pengguna produk Shaklee sejak menyusu anak sulung pada tahun 2012 lagi tetapi saya tidak pernah sedar bahawa Shaklee ada satu produk emas yang sangat bagus untuk kesihatan mata.

.

Saya menghubungi semula upline saya Master Norhanita Yusof dan beliau mencadangkan cuba dahulu sebotol CAROTOMAX. Sebotol CAROTOMAX hanya mengandungi 30 biji dan minimum pengambilan hanya sebiji sehari.

Botolnya paling kecil dan comel berbanding botol produk Shaklee yang lain. Pada masa itu saya hanya bertawakal kepada Allah S.W.T.

.

Saya cuma telan sebiji CAROTOMAX pada waktu malam. Pada waktu siang saya masih meneruskan pengambilan Set Penyusuan dengan kadar sangat minimum iaitu ESP, VITA-LEA IRON FORMULA, SUSTAINED RELEASE VITA-C 500gm, B COMPLEX, ALFALFA, dan OSTEMATRIX. Saya istiqamah pengambilan sehingga malam ke-3.

Pada malam ke-4 sebelum pengambilan seterusnya, saya masih ingat sekitar jam 9 malam selepas solat Insyak terdetik rasa hairan dan aneh bebola mata saya sudah boleh digerakkan dengan lancar dan mata tidak seperti orang mengantuk!. Teruja sungguh saya pada malam itu, macam-macam perasaan hadir-syukur, lega, gembira, malah rasa ajaib. Saya baru telan 3 biji sudah rasa perubahan positif? Betul ke ni?

.

Kemudian saya teruskan pengambilan sehingga ke 20 biji. Selebihnya 10 biji di simpan di dalam peti sejuk. Saya sengaja mahu menguji lagi keberkesanan si kecik CAROTOMAX ini. Saya teruskan pengambilan Set Penyusuan tanpa CAROTOMAX sehingga hampir 60 hari.

Alangkah gembiranya hati selepas 60 hari mata saya tidak mengalami kekeringan semula seolah-olah seperti masih mengambil CAROTOMAX. Kemudian saya habiskan 10 biji yang berbaki.

.

Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t saya diberi kesempatan merasai kekeringan mata yang perit hanya selama 8 bulan sahaja. Sepanjang tempoh pengambilan CAROTOMAX syukur saya tidak mengalami sebarang ‘Healing Crisis’. Mungkin faktor umur saya yang masih muda proses pemulihannya agak cepat. Saya pastikan supaya kerap minum air bersih antara 2 liter sehingga 3 liter sehari.

Kini saya baru sahaja mengetahui bahawa rawatan bagi kes mata kering, CAROTOMAX boleh di tingkatkan pengambilannya sehingga 2 biji 2 kali sehari. Bayangkanlah jika telan 1 biji sehari selama 3 hari sudah boleh merasai perubahan positif apatah lagi jika telan 2 biji 2 kali sehari?

.

Saya jatuh hati dengan si kecik CAROTOMAX dan masih mahu meneruskan pengambilan untuk menurunkan tahap rabun jauh dan pelbagai faedah kesihatan yang lain kerana fungsi CAROTOMAX sangat banyak khasiatnya.

“Saya hanya berikhtiar, penyembuhan penyakit hanya dengan izin Allah S.W.T”

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Supermom Shaklee Story's photo.

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat” 

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

 

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

nutrisi untuk talasemia

9 Cara Mengatasi Mata Kering Elak Rasa Berpasir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge