Pernah tak anda terfikir, adakah kayap boleh berjangkit atau tidak?

Tahukah anda?

” Sesiapa sahaja yang pernah menghidap cacar air berisiko menghidap kayap, dan risiko ini meningkat apabila umur meningkat. Kira-kira 50% daripada mereka yang mencapai usia 85 tahun pernah atau akan menghidap kayap pada sesuatu masa dalam hidup nya – Datuk Dr. Christopher Lee”. 

jangkitan-kayap

Ouch! Memang sakit kayap ni, hanya yang penah dijangkiti je yang tahu seksanya. Sebut kayap pun dah meremang bulu roma teringat pengalaman sendiri di usia kanak-kanak.

Kehadiran penyakit kayap ini boleh menjejaskan kualiti hidup tau, walaupun tidak serius seperti penyakit lain. Tambahan pula di usia kanak-kanak, terbaring je menahan sakit. Seingat saya, pada waktu tu, adik-adik saya di jangkiti cacar air (chicken pox). Hanya saya seorang saja yang dijangkiti penyakit kayap di bahagian pinggang.

Banyak yang menjadi kemusykilan saya sebenarnya. Kayap ini akan timbul di sekitar mana ye? Persoalannya adakah kayap boleh berjangkit atau tidak? Adakah risiko penyakit kayap ini akan berulang ? Ayuh, sama-sama kita fahami dan semoga bermanfaat!.

Apakah Penyakit Kayap (Shingles) ?

Penyakit kayap di kenali sebagai ‘herpes zoster’ yang disebabkan oleh ‘virus varicella zoster’ (VZV) iaitu virus yang membawa penyakit chicken pox.

Jenis-jenis penyakit

  1. Herpes simplex I ( di bahagian kulit muka )
  2. Herpes simplex II ( di sekitar kulit kemaluan )
  3. Human herpes type 6

Siapakah Yang Berisiko Dijangkiti Penyakit Kayap.

Kebiasaan penyakit kayap melibatkan kelemahan sistem imun (pertahanan badan) antaranya :

  • Mereka yang berumur ( lebih daripada 50 tahun), dimana sistem imun semakin rendah
  • Remaja /Kanak-kanak
  • Pengidap kanser
  • Menjalani rawatan kemoterapi
  • Pesakit HIV
  • Pesakit TB
  • Pengidap Chicken Pox
  • Pesakit yang menjalani pemindahan sum-sum tulang

Bagaimana Tanda-tanda Penyakit Kayap?

Tanda-tanda awal seperti badan akan rasa sengal-sengal, sakit kepala, demam, letih, rasa sakit dan panas di bahagian urat saraf yang mengalami keradangan seperti keluar tompok-tompok merah.

Selepas 1-2 hari, timbul pula gelembung air kekuningan. Pada peringkat ini, tahap yang sangat tidak selesa dan sangat sakit.

Selepas beberapa hari, gelembung air tersebut akan kering dan kulit kering akan tertanggal sendiri dalam 1-2 minggu. Tempoh serangan penyakit ini berbeza-beza mengikut individu, bergantung juga kepada status emosi dan fizikal pesakit.

Apakah Punca-punca Penyakit Kayap?

  • Penyakit kayap berpunca daripada pengaktifan ‘ virus varicella zoster’. Virus ini berada di dalam tubuh melalui penyakit cacar air (chicken pox).

Adakah Kayap Boleh Berjangkit Atau Tidak?

Ya, risiko dijangkiti kayap sangat tinggi jika sistem imun badannya juga rendah dan tidak pernah mengalami cacar air (chicken pox). Seeloknya elakkan diri dari berhubung secara terus dengan inidividu yang di jangkiti untuk sementara waktu.

Adakah Risiko Penyakit Kayap Ini Akan Berulang?

Ya, virus ini akan aktif semula jika sistem imun berada di tahap rendah dan menjadi lemah.Kebiasaan virus ini akan menyerang di sepanjang saraf hingga ke pangkal saraf dan akan berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion) kita.

Jika terdapat simpton penyakit kayap, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Atasi Penyakit Kayap Secara Nutrisi

Sekiranya pernah dijangkiti penyakit kayap dan risau penyakit kayap berulang. Jom tingkatkan sistem imun badan kita dengan rangkaian nutrisi Shaklee.

Bagaimana nutrisi Shaklee boleh membantu meningkatkan sistem imun pengidap penyakit kayap ini. Jom ketahui cara atasi kayap elak berulang di masa hadapan.

Testimoni Pengguna Shaklee

Alhamdulillah, berkat kuat semangat nak sembuh & tak henti consume ubat & supplemen Shaklee, kayap-kayap tersebut bertempiaran lari meninggalkan muka“.

Siti Norhayati

 

kayap-boleh-berjangkit-atau-tidak

Untuk ketahui lebih lanjut kisah menarik disebalik testimoni ini, baca selanjutnya di sini

– Siti Norhayati Abdul Halim –

Ingat lagi Ramadhan 2011, tragedi diserang penyakit kayap. Kene tang muka plak tu. Habis separuh muke seblah kanan melepuh2. Masuk wad 5 hari sebab effect pada mata jugak. Makan ubat Acyclovir 5x sehari. So, mmg tak boleh menunaikan ibadah puasa langsung!

Lepas kena discharge, selain teruskan makan Acyclovir dan sapu dalam mata, Along Hadhatina Mkb bagi makan NUTRIFERON

NUTRIFERON ni untuk boost balik sistem imunisasi yang dah jatuh/lemah. Alhamdulillah, berkat kuat semangat nak sembuh dan tak henti consume ubat & suplement Shaklee dari Along, kayap-kayap tersebut bertempiaran lari meninggalkan muke…

LECITHIN pun consume jugak lepas tu sebab kayap ni tinggalkan parut hitam kat kawasan yang di’jajah’ kayap tu. Memang jadi “two face” bile daftar masuk LLB di UiTM. Belajar tetap Belajar. Ubat makan jugak. Dalam 5 bulan berturut-turut makan LECITHIN dan jua B-COMPLEX, warna kulit muka dah sekata balik. Dah takde ‘two face’.

Thanks to Emak Hajjah Nur Huda yang tak henti-henti menjaga kakak time berkayap tu, Along- sebab buat research pasal kayap and bagi supplement SHAKLEE NUTRIFERON, LECITHIN & B-COMPLEX TU… serta adik beradik laien yang menggembirekan hati dengan menggelar kakak si KAYAPA Kikikikiki~

Bila sakit jangan risau, YAKIN PADA ALLAH. Sebab setiap sesuatu tu datang dari Allah. Bila dah cukup time, Allah akan ambil yang didatangkan tu. Kayap ni dia bagi, then bila dah usaha dan YAKIN PADA DIA akan sembuhkan, dia ambil balik kayap tu. FAITH IS EVERYTHING!

Suplemen Untuk Penyakit Kayap

 

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN SET TERBAIK NI ?

Hubungi saya melalui Whatsapp di 012-3398734 untuk mendapatkan konsultasi paling tepat dengan pilihan suplemen terbaik berkaitan masalah dan bajet anda.

Segera bertindak jika ada di antara saudara-mara, kawan-kawan atau anda sendiri yang diserang ‘virus kayap’ dan ingin mencuba set lengkap tingkatkan sistem imun badan dari rangkaian produk Shaklee. Hubungi saya untuk konsultasi eksklusif.

 

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

Adakah Kayap Boleh Berjangkit Atau Tidak?

2 thoughts on “Adakah Kayap Boleh Berjangkit Atau Tidak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge