Masalah sembelit ketika hamil seringkali dialami oleh ibu-ibu mengandung. Bahkan ia juga turut dirasai oleh mereka yang tidak mengandung baik wanita remaja atau meningkat usia, lelaki mahupun kanak-kanak. Apakah punca sebenar masalah sembelit ini dan apakah cara untuk mengatasinya?

Mari kita kaji sedikit tentang permasalahan sembelit, punca dan kaedah mengatasinya yang akan saya kongsikan di dalam artikel ini. Cuma fokusnya kepada ibu mengandung. Selamat membaca!

Atasi-sembelit-ketika-hamil

Bagaimana Pengalaman Sembelit Ketika Hamil Anda?

Fasa kehamilan adalah satu tempoh masa yang amat mengujakan bagi ibu-ibu mengandung. Terutama sekali bagi ibu yang pertama kali disahkan hamil. Tentu seronok kan!?. Syukur atas kurniaan rezeki zuriat dari ilahi.

Namun, disebalik semangat keterujaan itu, ibu hamil juga secara tidak langsung akan mengalami perubahan fisiologi tubuh yang ketara, perubahan emosi dan perasaan serta pelbagai lagi perubahan lain yang hanya dirasai oleh mereka. Disepanjang perubahan itu, Ibu hamil juga tidak dapat lari dari menghadapi pelbagai masalah seperti yang akan kita kongsikan di sini berkenaan masalah sembelit ketika hamil.

Bayangkan (bagi yang belum hamil) atau ingat semula (bagi ibu yang pernah hamil), ketika kita sedang bersusah payah untuk ke tandas untuk menunaikan hajat besar. Dengan saiz perut dan bebanan yang semakin membesar, segalanya perlu dilakukan berhati-hati, setiap langkah dijaga supaya tidak berlaku apa sahaja yang tidak diingini. Itu sudah satu hal yang normal.

Tambah pulak jika ada masalah sepanjang tempoh membuang; terkena sembelit!. Wahh…Memang sakit rasanya dan terpaksa tunggu lama. Kalau tak jalan juga, habis berketar lutut dan kebas punggung. Kadang-kadang boleh sakit belakang juga. Itu belum kira penggunaan tandas duduk atau tandas cangkung. Masing-masing ada keterbatasan sendiri dan ikut pengalaman masing-masing.

Adakah Masalah Sembelit Ibu Hamil Itu Normal?

Itu apa yang saya rasa suatu masa dulu, anda bagaimana?. Apabila kita hamil, badan kita akan menghasilkan satu hormon yang melambatkan proses sistem percernaan. Maka konstipasi ataupun sembelit berkemungkinan besar akan terjadi.

Secara peratusannya, hampir 30 hingga 40% ibu hamil akan mengalami masalah sembelit. Jadi, tidak hairanlah jika kita termasuk di dalam kumpulan ini. Dan kita tidak perlu risau, kerana ia adalah perkara normal juga bagi ibu-ibu hamil yang lain.

Sembelit boleh menyebabkan kesakitan, pendarahan pada rektum dan rasa tidak puas semasa membuang air besar. Jika terlalu ekstrem, mungkin boleh menyebabkan masalah buasir. Dalam kes yang lebih serius, ia mampu menyebabkan masalah semasa proses melahirkan bayi.

Walaupun ia normal, namun langkah penjagaan diri, persediaan dan berusaha untuk mengatasinya adalah tetap penting. Bagaimana caranya?.

Punca Masalah Sembelit

Antara punca utama berlakunya sembelit adalah pertamanya datang dari faktor pemakanan kita sendiri. Kekurangan zat-zat penting seperti kalsium dan serat (fiber) adalah antara punca mengapa sembelit boleh berlaku. Kurang prihatin terhadap pemakanan seimbang seperti pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan adalah contohnya.

Keduanya adalah disebabkan kurangnya air dalam badan. Keperluan air amat penting bagi tubuh. Bagi ibu hamil, keperluannya bertambah berbanding tubuh manusia normal. Penghasilan cecair amniotik, tumbesaran janin, sistem perkumuhan dan pelbagai lagi proses keseimbangan tubuh amat memerlukan air sebagai medium utamanya. Jika keperluan ini tidak diambil berat, komplikasi utama yang berlaku antaranya ialah masalah sembelit.

Ketiga, berkaitan faktor gaya hidup ibu hamil. Tidak terurus, sering berasa stress, keletihan, meminimakan pergerakan-pergerakan ringan, serta menahan diri dari membuang air besar adalah contoh yang boleh menyebabkan permasalahan sembelit ketika hamil.

Tiga faktor ini mungkin  yang utama. Boleh juga ada faktor punca lain yang boleh kita ketahui dari pelbagai sumber. Jangan berhenti mengkaji hanya dengan artikel ini ya!.

Risiko Sembelit Ketika Hamil

Masalah sembelit tidak boleh dipandang remeh oleh ibu hamil. Ia akan menjadi masalah yang semakin berat selari dengan perkembangan usia kandungan. Antara risiko yang kita tidak boleh jangkakan mungkin mengenai komplikasi berikut:

  • Kulit jadi kering, berbintik, hilang keanjalan atau semakin kusam
  • Kembung perut
  • Halitosis – Selaput yang tumbuh pada lidah dan rekahan pada bibir
  • Sakit badan – Seperti sakit bahu, belakang badan dan sendi lutut.
  • Ketidakstabilan emosi – Perasaan bimbang dan cemas
  • Masalah Buasir
  • Obesiti – Najis yang tersekat di dalam usus akan menghalang penyerapan nutrien. Boleh menyebabkan rasa lambat kenyang apabila makan serta cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak.
  • Ulser Usus – Najis yang keras memberikan tekanan di sekitar usus lalu menghalang proses peristalsis. Kroniknya boleh menyebabkan kerosakan dinding usus seperti ulser.

Cara Atasi Sembelit Bagi Ibu hamil

Setelah kita ketahui serba sedikit tentang apa itu sembelit, faktor punca dan risikonya; jom kita lihat apakah caranya yang boleh kita amalkan untuk atasi masalah sembelit ketika hamil:

  1. Makan lebih banyak sayuran dan buah-buahan – Selain kaya dengan sumber zat nutrien, dua sumber ini juga kaya dengan serat. Serat/pelawas ini berupaya menyerap air dan menjadikan najis menjadi lembut dan mudah disalurkan secara peristalsis keluar melalui rektum.
  2. Tambah Kalsium – Pengambilan susu atau sumber tenusu (yogurt, kacang soya, pisang, brokoli dsb.) juga baik untuk mengurangkan masalah sembelit. Fungsinya lebih kurang sama seperti serat untuk membantu masalah sembelit.
  3. Ambil banyak air – Ibu mengandung disarankan mengambil banyak air yang termampu.  Sebaiknya 2 hingga 3 liter sehari. Selain untuk keperluan penting tubuh, ia juga membantu memudahkan proses perkumuhan serta pembuangan najis secara efektif.
  4. Amal aktiviti aktif – Fasa kehamilan bukan lesen untuk menghadkan pergerakan. Pergerakan sangat membantu proses peredaran darah dan kitaran sistem dalaman tubuh. Emm maksudnya pergerakan ringan seperti berjalan-jalan, bersenaman secara santai, menaiki tangga dan sebagainya yang mungkin juga adalah rutin harian. Ia juga amat membantu proses peristalsis dalam usus besar.
  5. Sentiasa tenang dan gembira – Perubahan hormon bagi tubuh ibu hamil memang tidak boleh dielakkan. Ia juga melibatkan perubahan emosi. Atasi ketegangan, stress, khuatir dan cemas sebaik mungkin kerana ia akan menyebabkan tindakan yang tidak baik kepada tubuh. Seperti tidak mahu makan atau minum atau pun sebaliknya terlebih makan. Awas kehadiran sumber makanan serta kandungan bahan kimia yang boleh merencat sistem pencernaaan tubuh punca kepada sembelit.
  6. Kerap buang air besar jika berkesempatan – Jangan lengah-lengahkan atau kerap tahan nak buang air besar. Najis yang terkumpul akan menjadi padat dan menyebabkan sembelit. Sebaiknya jika rasa ingin membuang mahupun kadar yang kecil, baik ditunaikan segera.
  7. Ambil nutrisi suplemen – Bukan nak jadi orang malas, cuma lebih bijak. Komplikasi ibu hamil kadang-kadang alergi terhadap makanan tertentu terutamanya rasa dan bau. Masalah jika ia adalah sumber makanan yang penting seperti yang dinyatakan di atas. Pernah dengarkan orang mengandung tiba-tiba tak suka makan taugeh, telur, ikan, susu atau apa sahaja yang tidak disukainya?. Ia adalah tanda penolakan akibat perubahan hormon dalam badan. Selain itu, suplemen berupaya memberi kualiti nutrien yang lebih baik berbanding makanan sedia proses atau terlebih masak.

Suplemen Untuk Masalah Sembelit

OsteMatrix Shaklee adalah suplemen yang sangat sesuai untuk mengatasi masalah sembelit. Ia kaya dengan sumber kalsium dan beberapa mineral lain seperti magnesium. Magnesium amat membantu keberkesanan penyerapan kalsium di dalam sistem penernaan tubuh.

OsteMatrik memberi manfaat berkaitan sembelit seperti:

  • Membantu kekuatan dan kelegaan otot usus untuk melakukan peristalsis dalam proses pergerakan najis supaya lebih efektif.
  • Kandungan kalsium yang membantu penyerapan air dalam usus besar bagi melembutkan najis dan memudahkan pergerakannya keluar dari rektum.

testimoni sembelit ibu hamil

testimoni sembelit ibu hamil

testimoni sembelit ibu hamil

 Hanya 4 tablet Ostematrix  sehari, ia mampu bukan sahaja memberi tubuh kekuatan tulang dan sendi kerana sumber kalsiumnya, bahkan sangat membantu meringankan masalah sembelit bagi ibu hamil.

 Katakan tiada sembelit dengan OsteMatrik. Cubalah hari ini!

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

Atasi Sembelit Ketika Hamil: Lupakan Kisah Pahit Sepanjang Kehamilan Lalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge