Pernah tak rasa bedak mudah bercapuk dan berkilat apabila memakai mekap. Adoi rimas kan? Masalah ni memang sering dihadapi untuk kulit wajah yang berminyak.

Perasan tak pori-pori kulit pun senang terbuka luas dan tersumbat menjadikan tekstur kulit nampak tak cantik dan kasar. Tambah pula masalah lain seperti jerawat, blackheads dan whiteheads. Jom ketahui cara atasi kulit berminyak elak jerawat kronik.

Minyak pada kulit sebenarnya penting sebagai cairan yang menjadikan kulit kita lebih anjal dan kenyal. Selain menjadi tabir pelindung kepada debu dari terus masuk ke pori-pori kulit. Tapi awas ye jika pengeluaran minyak secara berlebihan boleh mengganggu kesihatan kesihatan kulit wajah.

Kenapa Wajah Mudah Berminyak ?

1. Hormon tidak seimbang

Wanita khususnya akan menghasilkan banyak minyak ketika haid. Hormon setiap bulan mengalami perubahan, jadi keadaan ini mungkin boleh menstimulasi kelenjar minyak. Apabila minyak berlebihan di wajah pori-pori kulit mudah tersumbat akibat cepat memerangkap debu dan mencetus kepada masalah jerawat.

2. Stress

Hormon kortisol sangat bagus untuk membantu lebih fokus dan mengurangkan stress. Tapi awas jika hormon ini dilepaskan berlebihan oleh tubuh sebagai reaksi tubuh terhadap hormon ini ia mungkin meningkatkan penghasilan minyak daripada kelenjar minyak.

3. Kosmetik

Solekan yang terlampau tebal akan menjadikan minyak di bawah kulit terperangkap dan lebih teruk boleh mengakibatkan radang pada wajah dan timbul jerawat besar dan bernanah.

4. Makanan Berlemak

Elak pengambilan makanan yang berlemak secara berlebihan. Ia juga tidak bagus kerana lemak yang tinggi boleh menimbulkan pelbagai penyakit di kemudian hari.

5. Keadaan cuaca

Cuaca panas dan lembap boleh mempengaruhi aktiviti kelenjar peluh kita. Kulit akan menjadi lebih cepat berminyak dan kurang bermaya.

Cara Atasi Kulit Berminyak

1.Pilih Pencuci Muka Yang Betul

Amalkan mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Pastikan pilih pencuci bebas dari minyak yang berasaskan gel atau foaming cleanser.

2. Scrub Semulajadi

Penting untuk mengurangkan minyak di wajah dan menanggalkan sel-sel kulit mati.

Tomato – mengandungi asid semulajadi yang bagus untuk menyerap minyak dan menegangkan kulit wajah. Sapu selama 10-15 minit dan bilas dengan bersih

Lemon – membantu kembalikan keseimbangan pH. Campurkan bersama sedikit madu dan bilas selepas 10-15 minit.

3. Toner Bebas Alkohol

Berfungsi untuk membantu membuang kotoran dan minyak pada wajah. Wajibkan diri menggunakan toner yang sesuai elak luang roma terbuka luas.

4. Pelembap 

Rutin yang perlu di pakai setiap hari. Pastikan pilih yang berasaskan air dan bebas alkohol .

5. Krim Pelindung Matahari 

Kulit berminyak pun perlu memakai krim pelindung matahari supaya kulit tidak mudah berjeragat atau pigmentasi kesan dari sinaran matahari. Pilih saya berasaskan gel untuk kulit berminyak.

6. Minum air secukupnya dan suplemen tambahan.

Air yang cukup sangat membantu mengurangkan pengeluaran minyak yang berlebihan. Amalan mengambil B-Complex, GLA Complex, Omegaguard, Vitamin E dan protein ESP sangat membantu mengawal pengeluaran minyak dari dalam.

Jom layan video ni dulu… Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa!

Dambaan setiap wanita inginkan wajah yg cantik berseri-seri. Hakikatnya, tak semuanya licin macam artis. Hanya sebab tak putus asa, kulit beliau kini…

Cara Atasi Dengan Set Penjagaan Kulit Berminyak

Langkah 1 :

Pencuci Muka : NutriWhite Gentle Deep Foaming Cleanser

Buih banyak dan kulit rasa halus selepas di cuci. Tidak meninggalkan rasa tegang bagai ditarik-tarik. 🙂

Langkah 2 :

Toner : NutriWhite Soothing Radiance Whitening Softener

Mengembalikan keseimbangan pH semulajadi kulit. Best sangat sebab tidak merengsakan kulit. Mencegah liang pori besar

Langkah 3 :

Pelembap : Enfuselle Balancing Moisturizer

Campuran 7 nutrien antioksidan yang tidak melekit. Membantu mengawal pengeluaran minyak (sebum)

Menurut kajian penggunaan selama 28 hari mampu memberikan :

146% peningkatan keanjalan kulit

268% pengurangan garis-garis halus

173% pengurangan kedutan

Optional : NutriWhite Gentle Action Makeup Remover

Walaupun jarang pakai mekap, untuk masalah kulit berminyak memang disarankan tambah makeup remover ni tau. Sebabnya kulit berminyak ni senang sangat simpan kotoran seperti debu, asap, habuk dan bedak. Jika tak buang dengan bersih lama kelamaan liang pori mudah tersumbat. Whitehead dan blackhead pun mudah sangat disingkirkan.

Jadi jangan lengahkan masa untuk atasi masalah kulit berminyak ni. Bertindak segera. Kulit sihat milik semua orang.

 

Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

kenyataan

Cara Atasi Kulit Berminyak Elak Jerawat Kronik

4 thoughts on “Cara Atasi Kulit Berminyak Elak Jerawat Kronik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge