Pernah tak alami situasi dalam pengangkutan awam atau pun di dalam lif, dengan suasana berhimpit-himpit atau berada di dalam ruang yang terhad tetiba terbau aroma yang menjelikkan pada deria bau kita. Ouhhh! Mana tahan, rasa macam saat tu juga nak menghilangkan diri.

 

Bau badan adalah isu yang sangat sensitif yang tak mengira jantina. Ia juga melambangkan keperibadian seseorang. Wanita pula seakan sinonim dengan kecantikan dan kebersihan. Tapi ada juga segelintir wanita yang mempunyai masalah bau badan yang meloyakan sehingga ramai teman-teman menjauh dek kerana bau badan ni.

 

Bau badan terhasil daripada peluh yang berasal dari darah di mana ia mengandungi air dan natrium klorida. Secara saintifik, badan yang merembes peluh adalah satu tindakbalas normal kepada badan. Air peluh adalah bahan kumuh dan toksik yang dikeluarkan oleh badan.

 

Peluh yang sihat dan normal adalah apabila peluh itu keluar dengan kadar yang sederhana dari badan semasa cuaca panas atau aktiviti bersuka.

 

Kategori Perpeluhan

Perpeluhan terbahagi kepada dua :-

• Perpeluhan tidak sedar – peluh sentiasa terhasil, tetapi pada masa rehat peluh dengan sendiri disejat dengan cepat

• Perpeluhan nyata – peluh yang terhasil secara berlebihan

 

Berpeluh sangat penting untuk :-

• Mengekalkan tubuh kita dalam keadaan sejuk.
• Membantu mengawal suhu badan
• Mengimbangi air dan eletrolit dalam tubuh

Tetapi jika kadar peluh yang banyak pula akan mengundang kepada faktor lain seperti menjadi sumber makanan utama kepada bakteria yang berada pada badan dan membawa kepada masalah bau badan.

 

Penyebab Masalah Bau Badan :-

Hyperhidrosis
Di mana keadaaan peluh yang melampau berlaku di bahagian tangan, kaki dan ketiak. Apabila usia meningkat, keadaan ini menyumbangkan kepada masalah bau badan terutama golongan perempuan. Ia juga boleh dikenalpasti dari seawal usia kanak-kanak.
Wanita di usia menopause
Kebiasaan dialami wanita di fasa usia hujung 40-an atau seawal 50-an seperti sering berpeluh pada waktu malam yang menyumbang kepada masalah bau badan.
Pertumbuhan kalenjar peluh yang tidak normal.
Kalenjar tersebut banyak terdapat di bawah ketiak (axilla), kaki &tapak tangan, terutama golongan wanita kerana golongan wanita mempunyai kalenjar peluh yang banyak berbanding lelaki.
Produk Tenusu
Pengambilan produk tenusu yang tinggi akan menyebabkan bau badan yang busuk akibat tindakan balas semasa percernaan badan.
Perokok dan Penggemar Kafein
Dengan mengelak diri dan menghadkan pengambilan tersebut, secara automatiknya badan akan lebih sihat tanpa bau yang merimaskan.
Makanan Yang Diproses
Terlalu banyak badan terdedah kepada makanan yang diproses serta tinggi garam dan gula, penggunaan tepung dan minyak secara berlebihan mendorong kepada gangguan pencernaan di bahagian perut akibat tercetusnya bau busuk.
Daging Merah
Agak sukar untuk dicernakan dalam waktu yang singkat maka akan terjadi proses tindakbalas gas & asid perut yang mendorong kepada bau badan yang busuk.
Rempah Ratus
Kadar pengambilan rempah ratus secara berlebihan akan menghasilkan gas sulfur di dalam darah dan dibuang melalui pori-pori kulit. Ini antara rempah ratus yang mendorong kepada bau badan yang kuat seperti bawang putih, daun kari dan lain-lain

 

Cara Hilangkan Masalah Badan Berbau 

  • Cara terbaik lakukan pemeriksaan doktor untuk elak faktor penyakit berbahaya
  • Memakai pakaian longgar untuk menggalakkan peredaran udara & peluh cepat kering
  • Kerap menukar pakaian untuk elak bau peluh
  • Hadkan pengambilan minuman berkafein
  • Hadkan pengambilan makanan berempah
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri dan pakaian
  • Amalkan mandian air rebusan herba seperti serai wangi, daun jambu, lengkuas,daun sirih
  •  Elak memakai topi khususnya lelaki, haba yang dilepaskan melalui kepala elak pelepasan haba tidak sempurna dan boleh menyebabkan peluh berlebihan
  • Bagi wanita, pemilihan pakaian dalaman yang sesuai memberi peranan besar agar pengeluaran peluh dapat mudah menyerap kelembapan ketika berpelih terutamam du bahaifan kelekang wanita atau bahagian pelipat.
  •  Mandi kerap sekurang-kurangnya 3 kali sehari
  • Guna sabun antiseptik dan deodorant yang mengandungi antiperspirant atau penyembur wangian
  • Awasi apa yang kita makan. Amalkan makan makanan berserat dan pengambilan air kosong yang mencukupi untuk membantu metabolisma badan dan sistem perkumuhan.

 

Pilihan Untuk  Hilangkan Badan Berbau dengan Nutrisi Shaklee

Herbalax – membersihkan usus

Peppermint Ginger Plus – berkesan membunuh bakteria

Alfalfa Complex – menyegarkan nafas & detoksifikasi bau

Garlic Complex – antibiotik semulajadi, memusnahkan bakteria

Sustained Released Vita-C Plus – menyembuhkan penyakit gusi dan agen detoksifikasi

Hilangkan-badan-berbau

 

Adakah anda juga mengalami masalah badan berbau yang kurang menyenangkan? Atasi segera masalah tersebut agar ia tidak mengganggu rutin harian anda dan orang lain.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN SET TERBAIK NI ?

Hubungi saya melalui Whatsapp di 012-3398734 untuk mendapatkan konsultasi paling tepat dengan pilihan suplemen terbaik berkaitan masalah dan bajet anda.

 

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

Cara Hilangkan Badan Berbau Akibat Berpeluh Berlebihan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge