Teringat masa mengandung anak sulung dulu, teruja sangat nak menyusukan dia sebaik lepas bersalin. Naluri ibu mesti nak beri yang terbaik untuk anak kan. Seawal dari alam kandungan lagi dah berangan tu :))) Siap awal-awal lagi dah cari cara simpan susu ibu bila nak masuk kerja. Punya la teruja.

Bila lahir anak pertama status pun automatik bertukar. Alhamdulillah dah bergelar seorang ibu. Macam tak percaya pun ada bila pertama kali dapat peluk dan cium. Sebelum ni dapat rasa pergerakannya dalam perut je 🙂

Hari pertama dan kedua tu saya stress sebab susu tak keluar. Keluar pun sikit sangat. Kemain dalam kepala ingatkan susu badan mencurah-curah dapat penuh satu botol hari pertama tu.

Rupanya ia adalah perkara biasa. Sememangnya pengeluaran susu ibu memang sedikit pada hari pertama dan kedua. Tiada siapa yang bagitau saya pada waktu tu. Serius saya ingatkan hari pertama susu memang mencurah-curah 3-4oz.. Adui.

Susu awal ibu atau kolustrum sangat bagus untuk antibodi bayi. Masa ni perut bayi pun sangat kecil ibarat sebesar biji buah ceri. Logik la kan hari pertama dan kedua tu susu pun sikit.

Bila bagi susu formula banyak pula timbul masalah lain. Anak tak serasi dengan susu. Macam-macam brand susu kami beli. Dari yang mahal sampai yang murah.

Salah satunya masalah kahak ni. Bila kahak banyak anak pun susah nak bernafas, malam-malam asyik menangis je tak boleh tidur. Klinik tu dah jadi rumah kedua pula pergi sedup gas cairkan kahak.

Bila kahak banyak, suhu badan pun tak stabil. Asyik turun naik disebabkan kahak yang on off.  Hilang sekejap lepas tu ada balik. Macam-macam hal masa tu…Bila anak tak sihat kita pun risau. Kerap juga la ambil cuti. Kadang ambil cuti separuh hari gilir-gilir jaga dengan suami sebab kami tiada pembantu rumah. Pengalaman.

Kadang-kadang sembelit, kesian setiap kali tengok bila nak meneran tu. Merah muka menahan sakit pedih bila najis keras susah nak keluar. Biasa port nak meneran tu belakang langsir la.

Berbeza dengan anak ketiga selepas berkenalan dengan Set Lengkap Berpantang dan Menyusu Shaklee. Masuk hari ketiga susu dah meriah. Tapi perlu konsisten stimulate seawal hari pertama lagi.

Kebaikan menyusukan bayi ni banyak antaranya dapat membantu mengelakkan tumpah darah selepas bersalin.

Bayi secara firtahnya mempunyai naluri hisapan yang kuat. Jadi sekaligus sangat membantu pengecutan rahim dengan cepat selepas proses kelahiran.

Susu pertama yang mengandungi kolostrum menjadi imunisasi pertama untuk bayi. Sebaiknya susukan bayi dalam masa satu jam pertama selepas bersalin.

Kolostrum adalah susu istimewa yang pekat yang mengandungi lebih protein dan dihasilkan pada beberapa hari pertama kelahiran, berwarna kekuningan atau jernih.

Kandungan nutrien dalam susu ibu lengkap untuk pertumbuhan bayi sejak lahir sehingga enam bulan. Dalam tempoh ini juga bayi dapat menyerap zat besi yang optimum daripada susu ibu.

Ibu yang menyusukan anak pada bila-bila masa ada kelebihan yang tersendiri. Antaranya dapat merangsang pengeluaran susu secara semulajadi apabila dapat menyusu dengan kerap.

Selain dapat mengurangkan bengkak payudara dan kurangkan risiko jangkitan pada bayi. Ibu juga tidak perlu mengikut jadual menyusu terutama pada waktu malam.

Cuma ibu kena pastikan bayi mendapat susu yang cukup dan dapat menghisap susu dengan selesa dan lancar. Posisi yang selesa juga penting untuk mengelakkan puting luka merekah dan payudara bengkak.

Seeloknya elak pengambilan bahan makanan lain selain susu ibu untuk tempoh enam bulan pertama ini kerana ia boleh mengurangkan penyerapan nutrien dalam susu ibu seperti zat besi.

Enzim-enzim penghadaman yang terlibat belum bersedia sepenuhnya. Risiko bayi mudah mendapat cirit birit atau sembelit adalah tinggi sekiranya makanan pelengkap diperkenalkan lebih awal menggantikan susu ibu.

Tanda-Tanda Bayi Lapar Susu

  • Menangis
  • Menghisap jari atau kain
  • Menggerakkan mata
  • Membuka mulut
  • Mengeluarkan lidah
  • Memusingkan kepala mencari payudara

Jom lihat video ni….

Kekurangan Jika Bayi Menyusu Susu Formula

  • Mudah tercemar
  • Mudah mendapat cirit birit
  • Mudah mendapat sembelit
  • Mudah mendapat kahak
  • Lebih kerap mendapat jangkitan seperti selsema, batuk dan demam
  • Kegemukan
  • Jika susu dicairkan menyebabkan kekurangan zat makanan
  • Risiko ibu mendapat kanser ovari dan payudara tinggi berbanding ibu menyusu badan

Cara Menyimpan Perahan Susu Ibu

1. Simpan perahan dalam botol (BPA free) atau pek plastik khas untuk susu

2. Pastikan bekas simpanan tidak terlalu penuh. Jangan khuatir jika susu ibu terdapat dua lapisan iaitu hindmilk dan foremilk apabila dibekukan. Goyang secara perlahan.

3. Simpan kuantiti susu yang mencukupi untuk sekali penyusuan. Biasanya bayi minum 2 ~ 4 oz ( 60 ~ 120 ml ) pada permulaan.

4. Letak tarikh dan labelkan masa setiap perahan. Guna EBM terawal hingga terkini mengikut turutan. Jika ingin mencampurkan stok susu EBM seeloknya guna tarikh perahan yang sama.

5. Pemilihan tempat simpanan bergantung kepada tempoh penyimpanan. Jangan bekukan semula EBM yang dicairkan. EBM yang dicairkan tahan untuk 24 jam dalam peti sejuk. Pastikan susu EBM adalah suam sebelum diberikan kepada bayi.

Persediaan Ibu Bekerjaya

  1. Dua minggu selepas kelahiran berlatih memerah susu ibu
  2. Pada permulaan jumlah perahan susu adalah sedikit tetapi akan bertambah, amal konsep supply and demand sangat penting
  3. Sebelum perah basuh tangan dan alatan pam dengan air bersih. Medela freestyle masih berjasa hingga kini. Satu hari nak let go juga pam ni.
  4. Label tarikh dan masa susu diperah
  5. Simpan di dalam peti sejuk.

 

Membuat Pesanan Atau Pertanyaan

Anda juga boleh hubungi untuk saya bantu dengan pilihan suplemen terbaik berkaitan masalah dan bajet anda 🙂

 

Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

kenyataan

Cara Simpan Susu Ibu (EBM) Elak Cepat Rosak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge