Hujung minggu atau hari cuti kalau tak ada kemana-mana tu. Program jom masak kat dapur la kita. Hari ni nak masak resepi baru daging goreng sambal kicap mudah.

Ni sebenarnya resepi dari suami. Siap bagi resepi melalui wassap lagi hahaaha.. Kalau tak masak juga faham-faham la

Sebelum resipi ni hilang elokla kita kongsikan kat blog kesayangan kita ni. Senang kalau cik abang sayang tiba-tiba nak rasa lagi daging goreng sambal kicap air tangan isterinya yang cantik manis ni hihii oppss…boleh sepantas kilat cari resepi ni balik.

Kita pula suka letak resepi merata-rata. Bila nak cari tu mula la susah nak jumpa balik.

DAGING GORENG SAMBAL KICAP MUDAH

BAHAN – BAHAN

  • 1/2kg daging batang pinang
  • 8 sudu besar kicap manis (Enaq)
  • 5 sudu besar cili sos
  • 1/2 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak

 

BAHAN DIKISAR

  • 5 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 2-3cm halia
  • 6 biji cili kering
  • 1 barang serai
  • Daun kari

 

CARA -CARA MASAK :

  1. Potong kecil daging yang siap dibersihkan. Gaul bersama garam dan kunyit.
  2. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga masak lebih kurang 15-20 minit. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging yang digoreng tadi, kicap, sos cili dan garam
  5. Ratakan semua bahan, masukkan air dan kacau.
  6. Bila daging empuk dan kuah pekat boleh dipadamkan api
  7. Siap untuk dihidangkan

Kalau tiba-tiba buntu tak ada idea nak masak apa tu. Boleh la cuba resipi daging goreng sambal kicap ni tau… masa makan tadi suami ada puji tau, kiranya kalau dapat pujian tu…. sedap la kan? Hihi

Paling semangat nak masak bila anak-anak bertambah-tambah makan. Rayyan anak bujang ni kalau bab makan nasi memang susah nak habiskan. Kali ni dia pula yang paling laju makan. Bila lauk dah tinggal sikit nampak kecewa di wajah tu..hikhik.

Jangan lupa cuba resepi mudah ni tau. Bahan-bahan pun simple je. Paling penting rasa memang tak mengecewakan.

Selamat Mencuba!

Daging Goreng Sambal Kicap Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge