Sesetengah ibu mengandung bukan sahaja mengalami bengkak di bahagian kaki malah ada juga yang bengkak di bahagian lain seperti tangan dan wajah. Sesetengah orang menyatakan hal ini adalah normal kerana perubahan hormon ketika hamil. Tetapi perlu waspada juga mungkin ada kaitan dengan penyakit lain terutama jika ia melibatkan otot disekitar kaki menonjol.

Kebiasaan kaki bengkak semasa mengandung terjadi di hujung kehamilan atau seawal kandungan memasuki di usia 20 minggu. Bengkak kaki juga dikenali sebagai edema.

Apakah Punca Kaki Bengkak Semasa Mengandung

  • Peningkatan isipadu darah
  • Pertambahan tekanan dari pertumbuhan bayi
  • Lebihan cairan
  • Kurang aktiviti bergerak menyebabkan darah dari pembuluh darah kurang lancar terutama di bahagian kaki

Bahaya Kaki Bengkak Semasa Mengandung

  • Tekanan darah tinggi atau pre-eklampsia

6 Tips Elak Kaki Bengkak Semasa Mengandung

#1. Elak berdiri statik terlalu lama terutama pada hujung trimester kehamilan

Jangan malas untuk bergerak ye, ini penting untuk mengelak pengumpulan darah pada kaki agar peredaran darah lebih lancar

#2. Buat aktiviti regangan ringan terutama ketika duduk lama

Regangan ringan ini penting untuk memperbaiki aliran darah dan meningkatkan fleksibiliti otot – otot terutama di sekitar betis hingga kaki.

#3. Pilih kasut yang sesuai dengan saiz kaki. Pilih yang longgar dan selesa.

Penting sangat pemilihan kasut yang selesa terutama ibu mengandung yang suka window shopping. Aktiviti berjalan yang lama boleh memberi tekanan kepada kaki.

#4. Letak kaki lebih tinggi semasa duduk atau baring

Ia sangat membantu peredaran darah yang lebih lancar terutama kebas kaki. Tabiat suka menyilang kaki juga boleh menyebabkan kaki mudah terasa kejang.

#5. Pakai stokin khas

Pilih stokin yang lembut atau stokin khas seperti compression stocking untuk bantu pengaliran darah pada kaki terutama pada waktu malam, lantai bersimen atau waktu musim hujan.

#6. Amalkan pemakanan sihat

Amalan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran sangat bagus untuk mendapatkan sumber vitamin secara semulajadi seperti vitamin C, zat besi, asid folik, kalsium dan mineral-mineral lain. Makanan yang kurang nutrisi perlu dielakkan terutama makanan segera kerana ia mengandungi lebih lemak dan kalori yang menyebabkan berat bertambah dan lebih teruk sembelit. Ibu mengandung sangat memerlukan makanan yang sihat untuk perkembangan bayi yang sempurna. Pengambilan makanan tambahan berasaskan suplemen sangat penting untuk menyokong keperluan nutrisi yang lompong dalam diet harian semasa hamil seperti zat besi, vitamin C, vitamin B dan kalsium.

Testimoni :  Pengalaman Peribadi Kaki Bengkak Semasa Mengandung

Tempoh mengandung memberi saya pengalaman dan menyedarkan saya tentang menjaga pemakanan sihat. Di usia 24 tahun, ketika mengandung anak pertama, saya mengalami bengkak kaki dari awal kehamilan walaupun ia tidak ketara. Selepas memasuki trimester ke 2, kaki semakin bengkak dan sering pening dan pitam.

Di awal kehamilan, saya juga mengalami muntah-muntah dan loya teruk hingga dehidrasi. Lebih malang lagi, ketika itu adalah di bulan puasa dan masih gigih berusaha untuk berpuasa. Saya layankan saja morning sickness, pitam dan paras hemoglobin rendah ketika mengandung tanpa ambil apa-apa tindakan kerana tidak mempunyai kesedaran mengenai makanan tambahan.

Akibatnya, saya selalu mengalami kekejangan kaki, bengkak kaki, pitam, dan paling malang lagi saya bersalinkan Adam Isyraf ketika saya mengandung 35 minggu. Adam Isyraf dilahirkan pra matang dan ditahan di wad selama seminggu untuk memastikan dia bebas kuman dan diberi ubat untuk kuatkan paru-paru.

Berbeza dengan pengalaman mengandungkan Alyah Insyirah setahun kemudian. Ketika mengandungkan Alyah, saya memang sedang ambil suplemen Shaklee sejak bersalinkan Adam kerana bertujuan untuk penyusuan eksklusif. Namun apa yang saya sendiri rasakan, ketika mengandung Alyah, saya langsung tidak mengalami sindrom seperti mengandung Adam. Tidak lagi kejang kaki, pitam dan muntah-muntah.Kaki juga tidak terlalu bengkak kerana ketika 34 minggu baru kelihatan kaki membengkak. Saya juga bersalinkan Alyah ketika 39 minggu dan tidak mempunyai apa-apa komplikasi.

Yang lebih mengujakan, sepanjang tempoh kehamilan ke 2, buku rekod kesihatan mengandung saya langsung tidak ada ditulis dengan pen merah walaupun pada asalnya saya dimarah nurse akibat mengandung lagi selepas Adam berusia 8 bulan. Paras Hemoglobin (Hb) sentiasa di paras normal. Alhamdulillah..Syukur saya mengenali Shaklee dan berkenalan dengan Set Hamil, Set Bersalin dan Set Menyusu Shaklee.

– Anisah Abdullah

 

Suplemen Terbaik Untuk Ibu Mengandung

bengkak kaki semasa mengandung

#1. Protein ESP

Protein zat yang sangat penting untuk membina tisu-tisu dan pertumbuhan bayi, uri, dan bekalan darah banyak bergantung kepada bekalan protein yang cukup. ESP ni berasaskan tumbuhan non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik). Memang ia selamat dan terbukti berkesan. Nak kulit ibu dan bayi cantik bolehlah amalkan sepanjang kehamilan ni. Alhamdulillah kedua-dua anak saya bebas ekzema.

#2. VitaLea

Multivitamin lengkap yang tertua di dunia. Kaya dengan sumber zat besi. Sangat sesuai diambil oleh ibu hamil yang ada masalah anemia kerana zat besi penting untuk menghasilkan darah yang cukup dan pertumbuhan bayi yang normal. Zat besi adalah bahagian terpenting dalam hemoglobin yang membawa oksigen di dalam badan kita. Jika diet ibu hamil kekurangan zat besi ini ia adalah penyumbang utama kepada masalah anemia.

#3. B-Complex dengan Asid Folic

Asid folik adalah sejenis vitamin B. Asid folik dan B12 amat penting dan sangat diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah tambahan yang sihat. Dalam B-Complex ini lengkap dengan 8 jenis vitamin B yang sangat sangat diperlukan badan terutama ibu hamil. Kekurangan asid folik dan B12 ini akan menyebabkan anemia atau HB rendah pada ibu dan bayi juga sangat memerlukan untuk pertumbuhan sel-sel. Kecacatan terutama pada tulang belakang bayi (spina bifida) atau bayi yang tidak mempunyai tempurung kepala dan otak tidak normal (anencephaly) dapat dielakkan dengan pengambilan asid folik yang mencukupi.

#4. Vitamin C

Sangat disarankan diambil bersama zat besi kerana ia berfungsi menggalakkan penyerapan zat besi secara optimum. Sangat penting untuk ibu hamil yang mengalami anemia untuk menaikkan bacaan HB ke paras normal dan konsisten.

#5. OmegaGuard

Kaya dengan DHA dan AHA merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina janin. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak dan memori janin dalam kandungan ke tahap yang optimum.

#6. Ostematrix

Sumber kalsium yang sangat penting untuk ibu hamil. Bayi dalam kandungan memerlukan kalsium untuk pertumbuhan gigi dan tulang yang sihat. Ibu juga memerlukan zat galian untuk penggumpalan darah yang normal serta fungsi otot-otot dan saraf.

 

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN SET TERBAIK NI ?

Hubungi saya melalui Whatsapp di 012-3398734 untuk mendapatkan konsultasi paling tepat dengan pilihan suplemen terbaik berkaitan masalah dan bajet anda.

Saya adalah pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Istimewanya anda jika pembelian melalui saya anda layak mendapat konsultasi secara berterusan untuk penggunaan produk Shaklee secara tepat dan berkesan.

 

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

Kaki Bengkak Semasa Mengandung : Biasa Atau Bahaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge