Perasan tak kenapa ibu menyusu cepat lapar. Menurut kajian, ibu menyusu perlu makan 1800-2100 kalori sehari untuk menampung keperluan anak yang menyusu badan. Tak mustahil kenapa ibu menyusu cepat lapar. Pengambilan kalori yang tidak mencukupi juga boleh mengganggu penghasilan susu badan.

Saya sendiri ada pengalaman yang sama. Boleh dikatakan tengah-tengah malam tu sanggup makan sebab perut lapar. Siang hari pun sama. Jangan risau ia sebenarnya perkara normal.

Tapi risau juga kan berat badan naik mendadak sebab asyik nak makan je. Misi nak slim selepas bersalin pun takut tak tercapai target. Nak tahu tips macamana nak kawal masalah ibu menyusu cepat lapar ni ? Jom!

Tips Untuk Ibu Menyusu Cepat Lapar

#1. Jangan skip waktu makan, kadang ibu terlupa sampai terlepas waktu makan terutama sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam

#2. Makan dalam amaun yang kecil tetapi kerap dan hidangan yang membantu melonjakkan paras tenaga. Cara ini dapat menghilangkan rasa lapar dan badan dapat tenaga yang cukup

#3. Tidur dan rehat yang cukup. Bila badan letih selera makan boleh terganggu dan keinginan untuk makan makanan manis juga tinggi. Terlalu banyak mengambil makanan manis boleh mengganggu metabolisma badan

#4. Minum air secukupnya terutama sebelum dan selepas menyusu. Bila tak cukup air badan akan menghantar isyarat lapar ke otak. Ambil sedikit tetapi kerap. Lebih mudah jika anda sediakan 3 bekas air dengan kapasiti 1 liter setiap satu. Senang untuk pantau berapa liter air sudah anda minum setiap hari.

#5. Kawal minuman berkafein dan berais seeloknya ambil jus buah-buahan yang kaya dengan nutrisi

#6. Kawal stress. Emosi tak stabil boleh mengganggu proses penyusuan

#7. Ambil makanan yang seimbang. Makan la apabila lapar dan minum apabila dahaga. Menurut kajian ramai ibu menyusu terlebih berat badan disebabkan zat penting tidak mencukupi termasuk lah zat penting seperti protein dan vitamin B6.

10 Langkah Untuk Mencapai Pemakanan Yang Seimbang Ketika Menyusu

  • Cuba capai kuota lima hidangan sayuran dan dua hidangan buah-buahan setiap hari
  • Nikmati pelbagai pilihan makanan berkhasiat sepanjang hari
  • Pilih makanan yang kurang garam dan kurangkan garam dalam masakan
  • Ambil gula secara sederhana
  • Minum dua liter air sehari
  • Kekalkan berat badan yang sihat dengan mengimbangi aktiviti fizikal dengan pengambilan makanan. (cuba senaman ringan 15-20 minit sehari)
  • Makan banyak bijirin penuh dan roti
  • Masukkan makanan yang tinggi kandungan asid lemak omega-3
  • Ambil juga makanan yang tinggi kalsium setiap hari
  • Makan makanan yang tinggi zat besi setiap besi setiap hari

Pilhan Set Penyusuan Eksklusif Bayi

#1. Set Premium : terdiri daripada Vitalea Iron Formula, B-Complex, Vitamin C, Ostematrix, ESP dan Alfalfa

#2. Set Asas : terdiri daripada Vitalea Iron Formula, B-Complex, Vitamin C, Ostematrix

Testimoni Pengguna

Kenapa Ibu Menyusu Cepat lapar

 

Kenapa Ibu Menyusu Cepat lapar

 

Kenapa Ibu Menyusu Cepat lapar

 BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN SET TERBAIK NI ?

Hubungi saya melalui Whatsapp di 012-3398734 untuk mendapatkan konsultasi paling tepat dengan pilihan suplemen terbaik berkaitan masalah dan bajet anda.

Saya adalah pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Istimewanya anda jika pembelian melalui saya anda layak mendapat konsultasi secara berterusan untuk penggunaan produk Shaklee secara tepat dan berkesan.

 

 

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

Kenapa Ibu Menyusu Cepat Lapar. Bagaimana Mahu Atasi Agar Berat Tidak Naik Mendadak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge