Sebagai ibubapa apabila anak kecil terutama di usia bayi menunjukkan tanda sakit, perasaan risau dan bimbang sangat mengganggu emosi terutama emosi si ibu. Tapi tahukah anda, sebenarnya kita boleh belajar melalui bahasa isyarat badan atau tanda bayi sakit melalui beberapa tips mudah dan jika terdapat sebarang tanda bayi sakit yang luarbiasa maka segeralah menghubungi doktor untuk tindakan selanjutnya. Jangan biarkan lama-lama.

” Secara umumnya, bayi yang sihat dapat dikenalpasti melalui kelakuan seperti sentiasa aktif bergerak, menyusu dan makan dengan baik. Tapi jika sebaliknya terutama bayi di usia 3 bulan yang pertama mudah dijangkiti penyakit kerana sistem imun yang masih rendah. Jika tidak dikawal boleh merbahayakan nyawa si kecil. “

Semoga tips- tips yang di kongsikan akan membantu terutama ibubapa baru yang pertama kali bersama si comel. Jom semak senarai di bawah.

1. Demam

Demam biasanya dikaitkan dengan penyakit yang disebabkan oleh virus. Berwaspada jika suhu badan a

nak anda melebihi 37 C. Ini kerana risiko untuk mendapat kekejangan adalah tinggi.

  • Solusi :
  1. Sentiasa membuat pantauan suhu badan anak
  2. Galakkan anak supaya kerap minum air/cecair
  3. Letak tuala lembap pada dahi
  4. Lapkan seluruh badan dengan tuala lembap sekitar 20min – 30 min dan pantau suhu badannya.
  5. Jika badan anak terlalu panas, hubungi doktor dengan segera.

2. Batuk

Batuk adalah signal tubuh terhadap bendasing yang merangsang tekak dan saluran udara. Jika batuk yang mengeluarkan kahak dan lendir biasanya disertai dengan selsema, ini menyukarkan anak untuk bernafas dengan baik. Batuk yang berlarutan akan mengundang risiko di jangkiti pneumonia dan bronkitis sangat tinggi. Batuk yang bahaya ialah batuk kokok, ia sering menyerang bayi di bawah usia 12 bulan. Jika batuk semakin teruk, segera ke klinik berhampiran.

  • Solusi :
  1. Galakkan minum dengan kuantiti yang mencukupi seperti susu, air dan jus buah-buahan.
  2. Pastikan persekitaran tidak terlalu sejuk, jika batuk di waktu malam pastikan udara dari kipas atau alat penghawa dingin tidak terlalu sejuk. Ini dapat mengelak daripada batuk menjadi lebih teruk.
  3. Sentiasa membuat pantauan suhu badan dari masa ke semasa. Pastikan suhu badan tidak terlalu tinggi.
  4. Elakkan makanan yang berminyak atau bergoreng untuk sementara waktu, seeloknya makanan disediakan dengan cara kukus.

3. Muntah

Kebiasaan tanda bayi sakit ialah muntah setiap kali selepas menyusu kerana terlalu banyak minum dan terdapat angin yang terperangkap di dalam perut bayi. Tetapi jika muntah semakin kerap, segeralah berhubung dengan doktor untuk mengelak kehilangan air yang banyak dalam badan dan mungkin mengalami infeksi.

  • Solusi :
  1. Segera bersihkan badan atau tukar pakaian bersih jika terkena muntah.
  2. Berikan air minum untuk menghilangkan rasa loya akibat bau susu yang dimuntahkan.
  3. Baringkan di atas katil dan pastikan rehat mencukupi.
  4. Sentiasa membuat pantauan suhu badan untuk memastikan anak demam atau tidak.

4. Cirit Birit

Menunjukkan terdapat gangguan pada usus seperti infeksi usus dan jangkitan bakteria. Selain itu, ada juga yang berkaitan dengan susu, di mana pemilihan susu tidak sesuai dengan perut bayi. Jika berlarutan ia boleh mengundang bayi dalam bahaya kerana kekurangan air dalam badan atau dehidrasi.

  • Solusi :
  1. Seeloknya berikan bayi jus buah-buahan untuk menggantikan cecair yang hilang dari badan.
  2. Elakkan sementara susu dan makanan yang boleh menyebabkan cirit-birit bertambah teruk.
  3. Pantauan dari segi suhu badan, sekiranya cirit birit melebihi 6 jam maka segera ke hospital/klinik berhampiran.

5. Hilang Selera Makan

Perubahan dari segi selera makan anak yang sangat ketara. Di mana apabila diberi susu atau makan (jika bayi sudah berusia 6 bulan ke atas) dia akan menolak untuk menyusu atau makan. Jika makan pun hanya beberapa suap sahaja.

  • Solusi :
  1. Pastikan pengambilan air minum sentiasa mencukupi untuk mengelak dihidrasi.
  2. Sentiasa membuat pantauan suhu badan, jika suhu tinggi segeralah ke klinik berhampiran.
  3. Menyediakan hidangan berasaskan sup seperti sup ayam, sup sayur dan lain-lain.
  4. Pengambilan vitamin untuk menambah selera makan anak terutama anak-anak yang suka memilih makanan sangat membantu.

6. Menangis

Jika anak menangis tanpa henti dengan nada kuat setelah pelbagai cara telah dilakukan seperti tukar lampin, menyusu dan sebagainya.  Ini menunjukkan bayi menghadapi tanda sakit yang membuatkan dia tidak selesa dengan situasi tersebut. Jika bayi menangis dalam masa yang agak lama, kemungkinan dia mengalami kolik atau mengalami perut kembung atau lapar. Jika terdapat tanda sakit lain yang mencurigakan segeralah ke klinik berhampiran untuk pemeriksaan.

  • Solusi :
  1. Tenangkan bayi dengan memeluk erat dan usap dengan lembut.
  2. Periksa suhu badannya
  3. Tanggalkan pakaiannya untuk melihat tanda sakit lain seperti gigitan serangga atau persekitaran cuaca panas

 

Semoga perkongsian tips-tips ini bermanfaat untuk semua 🙂

 

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

Ketahui 6 Tips Tanda Bayi Sakit Dan Belajar Isyarat Sebelum Melarat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge