Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis adalah sejenis penyakit berjangkit bawaan haiwan kepada manusia yang berpunca dari sejenis bakteria Leptospira. Haiwan yang berpotensi yang merupakan hos utama menyebarkan penyakit ini adalah tikus dan mondok. Manakala haiwan seperti tupai, kucing, kuda, kambing, anjing, kelawar atau babi merupakan hos kedua.

Kuman leptospirosis boleh hidup di air tawar, tanah lembap, tanaman dan lumpur dalam tempoh yang lama. Masa pengeraman anggaran 10 hari atau di antara 2 sehingga 26 hari

Jangkitan kuman leptospirosis dari air kencing tikus ini lebih mudah memasuki tubuh manusia melalui makanan, minuman atau masuk melalui luka di sekitar kulit atau kudis terutama kaki dan tangan semasa hujan dan kejadian banjir. Kuman ini juga boleh memasuki mata, hidung atau mulut (terminum air) yang dijangkiti kuman leptospirosis.

Gejala Awal Penyakit Kencing Tikus

  • sakit kepala
  • demam tinggi
  • rasa menggigil dan sakit anggota badan
  • tak selesa di bahagian perut
  • bengkak di saluran kelenjar
  • sakit sendi, sakit tulang dan sakit tekak, kekerasan otot
  • loya, muntah
  • mengalami ruam
  • cirit birit
  • radang selaput mata
  • batuk tidak berkahak
  • air kencing berwarna gelap dan berkurangan
  • perubahan bunyi pada paru-paru
  • kulit kekuningan

Komplikasi Penyakit Kencing Tikus

  • lebih parah jika jangkitan kuman tidak dirawat dengan segera boleh menyebabkan gangguan pernafasan dan kematian, pembesaran limpa atau kegagalan fungsi hati, kerosakan ginjal dan buah pinggang dan jangkitan kuman di otak atau meningitis.

Siapa Yang Berpotensi Di Jangkiti Penyakit Kencing Tikus

  • Persekitaran kotor seperti tempat simpanan barang makanan atau minuman contoh minuman tin dan sebagainya.
  • Pengunjung tempat rekreasi atau berkelah di sungai, tasik atau hutan
  • Peserta aktiviti lasak
  • Pekerja premis makanan yang tidak menitikberatkan kebersihan
  • Pekerja penyelenggaraan pembetungan atau perparitan
  • Petani atau peladang
  • Pesawah atau penternak
  • Pekerja veterinar atau pemburu

Langkah Pencegahan

  • mencuci tangan, kaki serta anggota badan lain menggunakan sabun dengan bersih selepas membersihkan kawasan rumah terutama selepas hujan atau banjir
  • mencuci tangan dengan air dan sabun sebelum menyediakan makanan
  • makan dengan tangan yang dicuci bersih
  • menjaga kebersihan di persekitaran rumah
  • jaga kebersihan kawasan tempat rekreasi atau tempat berkelah
  • elak mengunjungi premis makanan yang kotor
  • elak minum air sungai atau kolam yang tidak dimasak
  • basuh anggota badan dengan air serta sabun selepas aktiviti rekreasi air
  • elak melakukan aktiviti rekreasi air ketika dan selepas hujan atau selepas banjir
  • elak bermain atau mandi di sungai jika ada kudis atau luka

Bagaimana Jika Disahkan Telah Dijangkiti

Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan segera untuk mencegah bakteria merebak dengan cepat kerana ia hanya mengambil masa sangat singkat untuk menjadi semakin teruk yang mana boleh menyebabkan komplikasi yang lebih kronik seperti kegagalan fungsi organ dalaman dan kematian.

Jangan ambil mudah dengan semua tanda di atas walaupun demam kerana virus ini sangat berbahaya jika tidak dirawat dengan segera. Simptomnya pun seakan demam denggi tetapi untuk mendapatkan pengesahan secara terperinci hanyalah melalui ujian darah.

Kita semua berisiko tinggi untuk terdedah kepada penyakit kencing tikus ini jika kita terdedah dengan persekitaran seperti diatas dan sistem imun tubuh badan kita juga lemah.

[ INFOGRAFIK – PENYAKIT KENCING TIKUS ]

Cara-Atasi-penyakit-kencing-tikus

Bagaimana Untuk Meningkatkan Sistem Imun Badan Dengan Nutrisi Shaklee.

Vivix – Membantu membaikpulih sel yang rosak akibat serangan bakteria dan radikal bebas serta memelihara DNA tubuh supaya dapat berfungsi dengan baik. Kaya dengan resveratrol dan polifenol yang sangat tinggi antioksidan. Membantu meningkatkan imun sistem badan

Nutriferon – merupakan immune booster yang sangat berkesan dan hebat dalam mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan menggerakkan pertahanan semulajadi dalam badan kita iaitu pasukan cari dan musnah dengan lebih cekap.

Vitamin C – membantu menguatkan antibodi untuk melawan bakteria dan melancarkan peredaran darah.

Pengalaman Pengguna Dengan Nutrisi Shaklee

Penyakit-kencing-tikus

Jika anda atau saudara mara anda mengalami gejala seperti penyakit kencing tikus hubungi segera untuk bantu mereka meningkatkan sistem imun pada tahap optimum dengan nutrisi Shaklee yang terbukti berkesan dan selamat.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN SET TERBAIK NI ?

Hubungi saya melalui Whatsapp di 012-3398734 untuk mendapatkan konsultasi paling tepat dengan pilihan suplemen terbaik berkaitan masalah dan bajet anda.

 

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

Ketahui Cara Atasi Penyakit Kencing Tikus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge