Rutin selepas melahirkan, jururawat akan dapat melawat ke rumah untuk melakukan pemeriksaan kesihatan ibu dan bayi. Antara yang dititikberatkan adalah pemeriksaan luka jahitan. Ada sesetengah ibu yang kurang bernasib baik luka jahitan sedikit terbuka dan terpaksa dijahit kembali. Ini adalah perkara yang paling saya takut apabila luka jahitan bersalin lambat kering.

Sama ada menjalani kelahiran normal dengan episiotomi atau caesarean, jahitan terbuka adalah salah satu komplikasi jika tidak dijaga dengan baik. Luka jahitan bersalin lambat kering memang senang terbuka.

Luka bersalin secara semulajadi berbeza dengan luka episiotomi atau luka caesarean. Tapi tidak semua ibu bersalin perlu melakukan episiotomi. Episiotomi adalah luka akibat digunting oleh doktor, risiko luka menjadi besar adalah tinggi jika jahitan tidak dilakukan oleh doktor berpengalaman serta ibu kurang menitikberatkan kebersihan ditempat luka jahitan.

Luka caesarean pula luka akibat pembedahan di mana ia terdapat dua cara sama ada jenis menegak atau melintang. Umumnya jenis melintang lebih banyak dilakukan kerana jenis ini kurang sakit dan luka lebih cepat sembuh.

Teknik menjahit yang tidak ketat akan menyebabkan simpulan benang tidak elok dan akhirnya mudah terbuka. Benang pula ada tahap kelembutan dan kekuatannya yang tersendiri bergantung kepada harga benang tersebut. Kebiasaan benang untuk episiotomi adalah jenis yang mudah serap dengan sendiri dan tak perlu dibuka jahitannya seperti benang catgut dan vicryl atau polyglatin.

Punca Luka Jahitan Bersalin Lambat Kering

  • Jangkitan Kuman – bahagian jahitan perlu dipastikan tidak terkena jangkitan kuman. Jika ada jangkitan, jahitan tak dapat melekat dengan baik dan lambat kering dengan sempurna.
  • Komplikasi sewaktu pembedahan seperti ‘prolong labour’ yang menyebabkan kulit mudah merekah.
  • Kurang zat makanan memang memberi kesan kepada jahitan lambat kering kerana sistem imuniti rendah terutama pengidap kencing manis. Mereka perlu pastikan tahap gula dalam darah terkawal untuk proses penyembuhan cepat. Vitamin C sangat penting untuk luka cepat kering dan digalakkan mengambil multivitamin selepas bersalin.
  • Kulit perut tebal menyebabkan peluh berkumpul dan kuman membiak terutaman di tempat yang dibedah berlipat.
  • Hilang banyak darah semasa proses bersalin. Tubuh mudah dijangkiti kuman dan luka jahitan bersalin lambat kering kerana turut hilang sel darah merah bersama sel darah putih. Sel darah putih penting untuk melawan jangkitan.
  • Kebersihan diri sangat penting, sikap takut mencuci luka dengan membiarkan kuman membiak perlu dielakkan.
  • Benang yang digunakan cepat menyerap dan kulit belum bercantum dengan baik
  • Jenis tisu di kawasan luka – sesetengah orang tisunya jenis nipis dan sangat sensitif serta mudah terkoyak.
  • Doktor yang kurang pengalaman dengan teknik jahitan menyebabkan simpulan tidak elok. Biasanya parut atau keloid terjadi disebabkan reaksi tubuh pada luka. Vitamin E dan pure protein yang saya amalkan sangat membantu untuk masalah parut keloid.

Langkah Berjaga-jaga Supaya Luka Jahitan Bersalin Cepat Kering

#1. Pemakanan Sihat – Pastikan tidak kekurangan zat makanan, baik sama ada sebelum atau selepas pembedahan. Sumber protein yang cukup dapat membantu menyembuhkan luka jahitan dengan cepat.

#2. Tingkatkan Imuniti – Bagi yang gemarkan jus tanpa gula adalah sangat bagus untuk mendapatkan vitamin daripada buah-buahan terutama vitamin C yang penting untuk meningkatkan imun sistem. Sesetengah doktor akan membekalkan multivitamin bagi menggalakkan tubuh meningkatkan imunitinya sendiri.

#3. Jaga Kebersihan – Jangan lupa selepas mandi keringkan kawasan luka supaya sentiasa kering untuk mengelak masalah kepada jahitan. Begitu juga jika berpeluh, lembapan yang terkumpul akan menyebabkan masalah kepada jahitan.

#4. Elak Sembelit – Apabila sembelit mengukarkan untuk membuang air besar akibat najis yang keras ia memberi tekanan dari dalam yang menyebabkan jahitan senang terbuka. Amalkan pemakanan yang tinggi serat dan air yang mencukupi.

#5. Batuk – Kerap batuk akan menyebabkan tekanan dari dalam sehingga membolehkan jahitan terbuka jika lambat kering.

#6. Jangan tungku dan urut – bagi yang menjalani caesarean, anda tidak boleh bertungku atau mengurut bahagian yang dijahit melainkan mendapat kebenaran doktor. Tindakan tersebut boleh menggalakkan jahitan yang belum kering mudah terbuka.

#7. Rawatan segera – sekiranya anda menyedari ada masalah pada jahitan luka segeralah berjumpa doktor. Kesedaran awal dapat mencegah perkara yang tidak diingini.

Tanda – Tanda Yang Boleh Dijadikan Panduan

  • kulit kemerah-merahan
  • bengkak
  • berair
  • gatal
  • sakit dibahagian jahitan
  • sakit seluruh badan

Tips Penjagaan Luka Bersalin 

  • Pastikan kawasan luka perineum bersih dan kering.
  • Jaga pergerakan jangan terlalu lasak bergerak, alas bantal yang selesa terutama waktu tidur
  • Guna ice-pack pada kain lembut dan bersih untuk melegakan kawasan luka
  • Lakukan senaman kegel untuk menguatkan otot lantai pelvik supaya peredaran darah berjalan dengan lancar dan cepatkan proses penyembuhan luka. Selain itu untuk mengelak peranakan jatuh.
  • Suplemen seperti Set Lengkap Berpantang Shaklee membantu penyembuhan luka dengan cepat.

Bagaimana Produk Shaklee Boleh Membantu Ibu Dalam Pantang

Ibu berpantang disarankan mengambil set berpantang lengkap untuk proses penyembuhan secara optimum bagi membantu ibu mengembalikan tenaga dan proses pemulihan dengan cepat termasuk elak luka jahitan lambat kering.

luka jahitan bersalin lambat kering

 

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN PRODUK TERBAIK NI ?

Hubungi saya melalui Whatsapp di 012-3398734 untuk mendapatkan konsultasi paling tepat dengan pilihan suplemen terbaik berkaitan masalah dan bajet anda.

Saya adalah pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Istimewanya anda jika pembelian melalui saya anda layak mendapat konsultasi secara berterusan untuk penggunaan produk Shaklee secara tepat dan berkesan.

 

 

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

 

Luka Jahitan Bersalin Lambat Kering. Anda Perlukan Bantuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge