“ Mengikut Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia 1 daripada 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen Talasemia. “

Apakah Talasemia ?

Talasemia merupakan penyakit keturunan (genetik) diwarisi daripada ibubapa yang membawa gen talasemia. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi abnormal.

Masalah utama pesakit talasemia adalah mereka tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang cukup dan mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Jangka hayat sel darah merah pengidap talasemia sangat terhad dan jika ia musnah dalam jumlah yang besar, masalah anemia pula akan muncul. Jadi nutrisi untuk talasemia sangat membantu meningkatkan imun badan pesakit.

Adakah Talasemia Berjangkit?

Jangan risau ye! Penyakit Talasemia bukan penyakit berjangkit dan ia tidak merebak. Ia tidak dapat dijangkiti melalui sentuhan fizikal, udara, air atau melalui pemindahan darah.

Terdapat dua jenis talasemia:

  1. Talasemia minor – pembawa yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia.
  2. Talasemia major – pengidap yang mempunyai kecacatan gen talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Peratusan Risiko Pembawa Talasemia (Setiap Kehamilan)

Ibu atau bapa adalah pembawa :

  • 50% kemungkinan pembawa
  • 50% kemungkinan normal
  • Bebas mengidap Talasemia major

Peratusan Risiko Pesakit Talasemia

Kedua ibu bapa adalah pembawa .

  • 25% kemungkinan anak mengidap Talasemia
  • 50% kemungkinan anak adalah pembawa
  • 25% kemungkinan anak normal

Tanda dan gejala penyakit talasemia termasuk:

  • Kanak-kanak dilahirkan sebagai pembawa talasemia adalah normal ketika lahir, tetapi mereka akan mengalami masalah anemia yang teruk pada tahun pertama kehidupan di antara 13 -18 bulan.
  • Anemia yang teruk boleh menyebabkan kulit pucat, sesak nafas dan bengkak perut akibat pembesaran limpa dan hati
  • Mudah mendapat jangkitan kerana sistem imun badan sangat rendah
  • Kecacatan tulang terutama di kawasan muka,pipi dan rahang.
  • Keletihan disebabkan kekurangan sel darah merah yang membekalkan oksigen
  • Pertumbuhan terbantut kerana tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik.
  • Kulit kuning (jaundis)akibat kekurangan sel darah merah yang normal
  • Talasemia yang paling teruk boleh menjadi punca utama kelahiran mati (kematian dalam kandungan semasa kelahiran atau peringkat akhir kehamilan).

Rawatan Penyakit Talasemia

  • Talasemia dalam kategori sederhana tidak memerlukan rawatan.
  • Hanya kes yang teruk sahaja memerlukan pemindahan darah sepanjang hayat.
  • Transfusi darah berterusan menyebabkan pesakit mempunyai lebihan zat besi.
  • Terdapat dua cara penyahan zat besi (iron chelation) yang berlebihan iaitu menggunakan mesin pam infusi dan ubat agen penyahan zat besi secara makan ( oral chelation agent) yang dibawa keluar bersama air kencing.
  • Pembedahan untuk pemindahan tulang sum-sum, membuang limpa atau pundi hempedu

Pentingkah Saringan Talasemia ?

  • Saringan talasemia seperti ujian darah perlu jika ada sejarah keluarga mengidap Talasemia
  • Bagi pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga, ujian darah perlu dilakukan untuk mengetahui status kesihatan masing-masing. Ini penting sekiranya kedua-dua pembawa gen talasemia anak yang bakal dilahirkan adalah pesakit talasemia major. Risiko kematian anak yang bakal lahir juga tinggi.

Jika saudara-mara, rakan-rakan atau anda sendiri sedang mencari nutrisi bagi pesakit talasemia untuk elak pemindahan darah yang kerap, sekaranglah masanya!

Ketahanan badan pesakit semakin lemah kerana kekerapan pengambilan bahan kimia dan ketahanan melawan jangkitan juga semakin rendah.  Pengambilan nutrisi yang sesuai sangatlah penting untuk membantu menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Jangan lupa amalkan diet yang betul ye!

Tahukah anda, produk rangkaian Shaklee ada menawarkan satu formulasi yang unggul dimana ia boleh membantu pengidap Talasemia mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Ramai yang telah berpuashati dengan tahap kesihatan mereka. Jom ikhtiar dengan ViVix!

Saranan Nutrisi Shaklee

Nutrisi untuk talasemia

Saranan Suplemen Utama : Vivix

Saranan Suplemen Tambahan : ESP , Vita-E Complex, B-Complex dan Ostematrix.

Nutrisi untuk talasemia

Pengalaman Pengguna Shaklee

nutrisi untuk talasemia

 ” Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat” 

Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang “

 

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

nutrisi untuk talasemia

Nutrisi Untuk Talasemia Bantu Tingkatkan Imun Badan

3 thoughts on “Nutrisi Untuk Talasemia Bantu Tingkatkan Imun Badan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge