Pengalaman saya melihat sendiri penjagaan bayi pramatang ni sangatlah rumit. Baik ibu mahu pun bayi itu sendiri. Emosi dan fizikal perlu sama-sama kuat selain sokongan ahli keluarga terdekat.

Kategori bayi pramatang ni biasanya lahir antara minggu ke 24 hingga minggu ke 36 usia kehamilan. Biasanya berat badan bayi pramatang ni kurang daripada 2.0kg. Tubuhnya pula sangat kecil dan organ dalaman mereka juga belum berfungsi dengan sempurna berbanding bayi yang dilahirkan cukup bulan.

Lagi kurang usia kandungan lagi tinggi risiko kesihatan bayi pramatang ini. Jadi sememangnya bayi pramatang ini sangat memerlukan pantauan dari pihak hospital sepenuhnya sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Perasaan seronok dan teruja tak boleh nak gambarkan bila bayi kita dah dibenarkan balik ke rumah. Sudah pasti ramai yang tertunggu-tunggu kehadiran si kecil comel ni kan. Nak pula kalau ada kakak atau abang mesti lagi meriah suasana tu.

Panduan penjagaan bayi pramatang di rumah amat jarang dikongsi. Rata-rata hanya di kalangan ibu ayah yang ada pengalaman bayi pramatang sahaja.

Moga perkongsian informasi tentang panduan penjagaan bayi pramatang di rumah ini membantu ibu-ibu diluar sana yang mungkin ada pengalaman yang sama. Moga bermanfaat 🙂

1.Sediakan tempat khas untuk bayi tidur

Tidur yang berkualiti dan cukup sangat penting pada bayi pramatang. Waktu tidur adalah waktu bayi membesar dengan perkembangan yang optimum terutama untuk perkembangan sel-sel otak dan juga hormon pertumbuhan. Lampu yang malap memainkan peranan untuk bayi tidur dengan baik.

2.Lakukan stimulasi

Penting belaian dan suara untuk bayi pramatang membesar dengan baik. Fitrah bayi yang sukakan suara ibunya. Sentuhan dan percakapan yang jarak antara 20cm-30cm membantu merangsang deria penglihatan bayi pramatang ini. Antara sentuhan yang saya suka apabila letak jari telunjuk dalam genggamannya. Allah nikmatnya saat-saat tu 🙂

3. Pegang Bayi

Bayi pramatang memang kita tahu fizikalnya agak kecil berbanding bayi yang lahir cukup bulan. Berhati-hati setiap kali mengangkatnya, pastikan leher dan punggungnya di ampu atau menahan di bawah leher dan punggung dengan telapak tangan dengan kemas dan peluk erat. Salah satu cara yang digalakkan adalah Kangaroo care.

4. Posisi tidur

Bayi pramatang sangat selesa tidur seperti posisi di dalam rahim. Bayi lebih rasa tenang dan seakan dirinya dipeluk setiap masa. Sifatnya juga sangat mudah terperanjat dan seakan-akan gayat terutama pada waktu mandi. Elak tidur meniarap dikhuatiri bayi pramatang terdedah kepada risiko kematian dalam tidur secara tiba-tiba.

5. Susu Ibu

Sebaiknya ikhtiarlah untuk memberi susu ibu sepenuhnya kepada bayi pramatang ini kerana susu ibu mengandungi antibodi semulajadi yang sangat penting untuk daya ketahanan tubuh bayi dan mempunyai nutrien yang tinggi dan lengkap untuk perkembangan tumbesaran bayi. Boleh juga baca rahsia bagaimana susu yang sebelum ni macam segan nak keluar bertukar menjadi meriah setelah amalkan set berpantang dan menyusu ini.

6. Amalkan kebersihan

Jika memilih untuk menggunakan botol, pastikan botol dan alatan menyusu disteril sebelum digunakan. Tangan juga perlu sentiasa dalam keadaan bersih sebelum menyentuh bayi. Kebersihan ini perlu diberi perhatian kerana sistem ketahanan badan bayi pramatang adalah sangat rendah dan risiko mudah dijangkiti penyakit juga sangat tinggi terutama demam.

Jom ikuti kisah dan perkongsian dari ibu muda ini. Menyusu anak pramatang memang sangat mencabar. Apa yang perlu buat ? Jom tonton.

 

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

kenyataan

Panduan Penjagaan Bayi Pramatang Di Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge