Tanggal 18hb Februari 2017. Pengalaman pertama untuk saya. Meremang bulu roma bila jejakkan kaki ke dewan besar SPCC ni. Alhamdulillah teruja sangat tau sebab dapat jemputan khas ke Business Leader Conference 2017.

Awal pagi lagi dah bersiap. Punya la excited nak ke Sunway Pyramid Convention Center (SPCC) ni. Haha..Terus capai kunci kereta tetiba suspen. Kereta tak boleh start. Waaaaa.

Terdiam sekejap. Jam dah 8.30 pagi. Terdetik di hati, silap-silap memang tak dapat pergi ni. Tetiba suami cakap jom abam hantar. Masa tu blur lagi, nak hantar dengan apa. Hah motor. Lupa ada motor. Apalagi terus merempit la dengan abam. Hehe. Lama dah tak merempit ni. Sekarang membonceng pun dah rasa kecil je hati ni. Semangatku yang hilang….

Sampai je terus cari kaunter pendaftaran. Apa-apa pun daftar dulu. Siap je daftar terus hadap sarapan pagi yang pihak Shaklee sediakan. Best sangat tau bab makan ni. Semua sedap-sedap. 3 kali makan kami hari ni. Kenyang :)) Makan pagi, makan tengahari dan makan petang. Teringat pula dim sum yang juicy dengan cendawan yang fresh tu. Sedap!  :)))

Selain tu banyak juga kejutan-kejutan yang sangat ohsem dari pihak Shaklee. Tadaa.. Pinjam tangan model comel 🙂

 

 

Bangga pun ada dapat jumpa leader-leader hebat dalam keluarga besar Shaklee family terutamanya adik beradik dalam FJMfamilies. Sayang korang ketat-ketat. Alhamdulillah pengalaman yang tak dapat dilupakan 🙂

Pengalaman pertama juga dapat tengok dan dengar sendiri secara live ucapan dari pemilik Shaklee Corporation iaitu Mr. Roger Barnett yang diterbangkan khas untuk kami hari ni. Teringat kata-kata beliau, Shaklee adalah bisnes yang mampu membina generasi masa depan. Ia adalah satu bisnes yang boleh diwariskan. Yes, semestinya untuk pewaris saya satu hari nanti.

Turut teruja juga dapat ikuti slot yang sangat informatif dari Ketua Saintis Shaklee, Dr. Bruce Daggy dan 2 panel jemputan khas. Tapi kan saya sangat lah jeles dengan kulit Dr. Daggy ni, sangat tegang macam baby. Padahal usia sudah mencecah 60-an. Ketara dengan ai yang 30-an ni tau :)))). Tapi tak pe sebab dah tahu rahsia kulit tegang beliau. Nak tau juga ke ? Semestinya dari rangkaian suplemen Shaklee. Di samping amalan cara hidup yang sihat.

Berkenalan pula dengan salah seorang orang kuat Shaklee Corporation iaitu Mr. Les Wong ( Vice President, Health Sciences & Global Regulatory Affairs). 35 tahun makan vitamin Shaklee tau. Umur dah masuk 63 tapi badan sangat la fit dan energetik. Memang kagum dengan beliau sebab kesemua kandungan bahan yang ada dalam produk Shaklee beliau tahu. Hebat!

Pengalaman berharga dan manis untuk dikenang. Doakan saya dapat melayakkan diri pula ke persidangan antarabangsa nanti ye.. doakan Aamiin.

Sebelum tu jom layan video ni…

Shaklee Business Leader National Conference 2017

Shaklee Business Leader Conference 2017Walaupun dah seminggu, auranya masih terasa. Hanya leaders terpilih yang layak menghadirinya. iReach Leaders? Sudah semestinya.Antara perkongsian yg bikin sesiapa pun jatuh cinta:❤ Matlamat Shaklee "DIJAMIN SELAMAT, BERKESAN & SEMULAJADI" dibuktikan secara klinikal melalui Landmark Study. Jadi, tak payah risau atau "second guess" produk yg anda guna.❤ Shaklee satu-satunya Syarikat Vitamin yang dibuktikan dengan kajian klinikal Landmark Study. Sebab, Shaklee saja yg ada pengguna setia sampai 40+ tahun ni.❤ Sebab barisan produk yg tiada tolok tandingnya, mengusahakan perniagaan Shaklee juga secara automatik dah jadi "no-brainer". Peniaga bijak pasti memilihnya.Sesuai "BUILD TO LAST" dijadikan tema. Dengan Shaklee, setiap usaha yg dicurahkan hari ini akan terkumpul menjadi ganjaran lumayan hari esok, lusa, bulan depan, tahun depan & sampai bila-bila!Di iReach Family? Kami memang dah Build to Last by Design sejak dulu lagi.#WhyiShaklee #iReachLeaders #iReachShaklee #iReachFamily

Posted by iReach on lunes, 27 de febrero de 2017

Pengalaman Ke Jemputan Khas Business Leader National Conference 2017

One thought on “Pengalaman Ke Jemputan Khas Business Leader National Conference 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge