Dulu saya pelik juga kenapa setiap kali datang period je,anak saya macam meragam tak puas menyusu. Rupanya susu merudum ketika period. Gelabah juga la kan sebab fully breastfeed asyik nak melekat je kerjanya. Bila anak asyik meragam je, mestilah dia nak perhatian lebih dari kita. Jadi badan kita pun mudah sangat letih dan lesu. Emosi jangan cakap lah kadang ada fasa turun naiknya juga ditambah pula masa period.

Dulu bila setiap kali dekat nak datang period je risau. Takut susu merudum tambah pula dengan rasa kejang pada perut sebab pengecutan rahim, ngilu pada payudara dan sengal-sengal pinggang. Rupanya masa period ni tahap kalsium dalam darah sangat rendah, ia memberi kesan kepada saya. Jika ada ibu-ibu yang tak mengalaminya, anda memang dalam kategori sangat bertuah.

Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600mg kalsium setiap hari. Bayangkan setiap bulan kehilangan kalsium semasa haid adalah tinggi berbanding hari biasa dan kalau tak diganti apa akan jadi pada kita terutama ibu menyusu, banyak risiko yang menanti. Purata badan perlukan 1,000mg kalsium setiap hari.

Kebanyakan warga tua khususnya wanita kehilangan jisim tulang adalah tinggi berbanding lelaki. Ini disebabkan wanita mengalami haid setiap bulan, proses mengandung, menyusu dan fasa menopaus. Dah berumur nanti tak nak la kan sakit-sakit lutut atau tulang mudah rapuh. Uishhh takut kalau difikirkan.

Tapi tu adalah realiti risiko yang kita akan hadapi jika badan kekurangan kalsium. Tu baru kalsium belum lagi mineral mineral penting lain yang badan sangat perlukan untuk berfungsi dengan baik. Pengambilan kalsium bukan untuk mengubat tapi mencegah sebelum terlambat.

Berbalik kepada susu merudum ketika period, setiap wanita mempunyai tindakbalas berbeza-beza. Ada sebilangannya tak rasa pun perubahan susu merudum ketika period, rupanya mereka ada rahsia yang saya tidak tahu yang mana dalam diet harian mereka sepanjang period , mereka mengamalkan pemakanan yang tinggi sumber kalsium antaranya seperti pengambilan suplemen kalsium bersama magnesium dan mineral penting yang lain.

Bila saya sendiri mencubanya, ia memang terbukti berkesan. Alhamdulillah banyak perubahan yang saya sendiri rasa, yang best masalah sukar membuang satu tika dulu dah kembali normal. Anak pun dah kurang meragam waktu period macam dia dapat rasa perbezaan rasa yang mungkin berubah pada susu ibu kerana perubahan hormon kita ketika period.

Tips Elak Susu Merudum Ketika Period

  1. Amalkan pemakanan yang tinggi sumber kalsium dan magnesium, untuk pastikan penghasilan susu pada waktu period tidak terjejas.
  2. Jangan skip waktu mengepam. Kerap kosongkan payudara setiap kali penyusuan. Waktu ni penghasilan susu mungkin merosot dan bayi cepat lapar.
  3.  Minum air secukupnya
  4.  Jangan skip makan terutama pada waktu pagi, tengahari dan malam. Amalkan makan dalam amaun yang kecil tetapi kerap.
  5. Simpan susu perahan atau frozen breastmilk. Jika bayi masih lapar kaedah ini sangat membantu ketika waktu period.
  6. Selain pemakanan yang tinggi kalsium. Sumber protein yang mencukupi sangat membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Pastikan sumber protein ibu cukup ye. Pengalaman saya sejak amalkan pure soya seperti ESP bayi memang kenyang lebih lama terutama masa tengah period. Kalau si kecil ni tak kenyang. Masalah lain pula yang timbul. Jom semak apa pula masalah tu ?

 

Masalah Yang Sering Dikaitkan Apabila Menyusu Di Waktu Period

  • Bayi akan meragam daripada biasa jadi badan ibu mudah letih dan emosi pun kurang stabil
  • Puting payudara sensitif dan mudah terluka
  • Perubahan rasa pada susu ibu
  • Bayi kurang nak menyusu

 

Kalsium yang baik bukan sekadar mengandungi kalsium semata. Tetapi kalsium yang bagus adalah kalsium yang mengandungi bersamanya mineral -mineral lain untuk penyerapan yang lebih optimum seperti magnesium, vitamin D, boron dan sebagainya.

Di usia 20an hingga 30-an tubuh kita membina tulang baru dengan pantas tetapi apabila umur semakin bertambah kehilangan tulang adalah lebih banyak berbanding tulang yang dibina.

Susu merudum ketika period

Hakikatnya inilah betapa pentingnya untuk kita membekalkan tulang kita dengan nutrien pembina tulang yang berkualiti. Tubuh kita memang memerlukan lebih daripada kalsium untuk tulang yang kuat. Saya pilih Ostematrix untuk kesihatan tulang.

Istimewanya Ostematrix Shaklee ialah :

Diformulasikan khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk ;

  • Kalsium – bahan asas untuk membina tulang
  • Magnesium – membantu menghantar kalsium kepada tulang
  • Boron – Membantu metabolisme tulang
  • Vitamin D – merangsang penyerapan kalsium
  • Kuprum, Zink dan Mangan – mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang.

Yang paling saya suka ia bersaiz kecil dan mudah ditelan.

Susu merudum ketika period

Walaupun ia adalah pilihan sekarang tapi sangat penting untuk pelaburan jangka masa panjang. Ya, untuk faedah diri sendiri juga nanti. Merosotnya paras kalsium dalam darah menyebabkan susu merudum ketika period adalah masalah jangka pendek. Apa yang lebih dibimbangi adalah risiko jangka panjang pasti kita tak sanggup ada masalah tulang dikemudian hari disebabkan kekurangan kalsium dalam badan.

Ada sesetengah yang mengatakan walaupun ibu tak cukup nutrisi, ibu itu mampu menghasilkan susu malah tak menjejaskan kemampuan ibu untuk menghasilkan susu. Ye betul susu ibu adalah yang terbaik Allah kurniakan. Tapi untuk jangkamasa panjang kebajikan diri si ibu juga perlu diambilkira.

Biasanya masalah sakit belakang, mudah sakit kepala atau gangguan dari segi emosi banyak bergantung kepada corak pemakanan si ibu. Bayangkan jika waktu makan pun dah tak tentu masa. Apa jadi kepada badan ibu lama kelamaan badan cepat penat, kulit muka pun mula nampak kusam. dah tak berseri.

Ya, masalah ni saya alami sendiri. Sebelum kenal set penyusuan eksklusif ni. Sekarang alhamdulillah lebih berseri dari dulu. Hehe.. Pada saya suplemen sangat membantu untuk penjagaan diri dan kesihatan ibu menyusu. Ye la tugas ibu bukan semata nak menyusu bayi 24 jam, kerja-kerja rumah dan tugas-tugas lain pun tak boleh diabaikan. Jadi badan ibu memang kena cergas dan sihat. Selain sokongan luaran dan dalaman. Tak boleh asyik stress je nanti susu lagi teruk merudum.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN PRODUK TERBAIK NI ?

Hubungi saya melalui Whatsapp di 012-3398734 untuk mendapatkan konsultasi paling tepat dengan pilihan suplemen terbaik berkaitan masalah dan bajet anda.

Saya adalah pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Istimewanya anda jika pembelian melalui saya anda layak mendapat konsultasi secara berterusan untuk penggunaan produk Shaklee secara tepat dan berkesan.

 

 

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

Susu merudum ketika period. Usah Risau Saya Ada Penyelesaian Untuk Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge