Bayangkan badan kita tanpa tulang. Semestinya tubuh akan terkelepai seperti obor-obor kan ? Kesemua gabungan tulang akan membentuk rangka. Tanpa tulang yang sihat juga boleh menyebabkan tulang rapuh dan tulang patah dengan mudah jika kita terjatuh. Terutamanya yang melibatkan warga tua. Jadi jangan ambil mudah untuk menjaga kesihatan tulang di usia muda lagi.

 

Kebanyakan manusia memiliki sebanyak 206 tulang. Ia bermula dari kepala sehingga ke jari kaki  yang terdiri daripada :

  • 8 di bahagian atas tengkorak iaitu tempurung otak
  • 14 di bahagian muka
  • 26 di bahagian salur spina atau tulang belakang
  • 25 di bahagian dada iaitu 24 tulang rusuk dan 1 tulang dada
  • 32 pada setiap tangan dari bahu hingga ke hujung jari tangan ( 8 bagi setiap pergelangan tangan )
  • 6 tulang rawan telinga iaitu 3 di bahagian dalam setiap telinga
  • 1 di bahagian leher yang terpisah dan tidak bersambung dengan mana-mana tulang.
  • 31 pada setiap kaki dari pinggul ke hujung jari kaki ( 7 bagi setiap kaki )

 

Tulang mengandungi jaringan bahan yang keras dan agak kenyal dinamakan kolagen. 90% protein dalam tulang ialah kolagen. Ia mengandungi mineral keras seperti kalsium dan fosfat. Gabungan kolagen dan mineral ini membentuk tulang yang kuat dan keras. Tapi boleh terlentur dalam keadaan tekanan.

 

Tulang juga mempunyai pembuluh darah untuk membekalkan nutrien dan saraf bagi membolehkan kita merasai tekanan dan kesakitan.

 

Sebahagian tulang bersifat poros. Ia mengandungi bahan seakan jeli yang dinamakan sum-sum. Sum sum menghasilkan bahagian halus untuk darah iaitu sel darah merah dan putih.

 

Jangan tak tahu ye, proses penghasilan tisu-tisu tulang adalah seimbang dengan proses pembuangannya. Jadi sangat penting untuk membekalkan sumber kalsium yang cukup dan mineral penting lain untuk kekuatan tulang kita.

 

Namun selepas mencecah usia 30 tahun, perlu diambil serius kerana proses menghancurkan tisu-tisu tulang adalah lebih banyak daripada proses penghasilannya.

 

Menurut kajian juga, kaum wanita terutama ibu-ibu adalah enam kali lebih mudah untuk mendapat osteoporosis atau masalah tulang rapuh berbanding lelaki.

 

Makanan Untuk Pembinaan Tulang Yang Sihat

#1. Kalsium diperlukan untuk penghasilan semula sel-sel tulang. Selain produk tenusu makanan seperti salmon, alfalfa, tauhu, brokoli, bayam, asparagus juga kayab dengan kalsium

#2. Vitamin K yang terdapat di dalam makanan seperti bayam, brokoli, telur, tauge, avokado dan kale boleh membantu percepatkan proses penyembuhan tulang yang patah.

#3. Asid amino seperti Lysine sangant membantu meningkatkan penyerapan sumber kalsium untuk menguatkan kembali ligamen tulang sekitarnya dan percepatkan proses penyembuhan

#4. Vitamin C yang terdapat di dalam makanan seperti bayam, buah oren, beri, tauge, kacang hijau sangat membantu menguatkan otot dan tisu penghubung pada tulang. Selain itu vitamin C sangat penting untuk meningkatkan fungsi sistem imun badan kita.

#5. Makanan yang kaya dengan estrogen dan nutrien yang membina tulang seperti labu, bunga matahari, kacang soya, kacang dal, tauhu, tempe, buah badam, buah walnat, biji jagus, jagung, oat dan buah hazel

#6. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

 

Makanan Yang Harus Dielakkan

#1. Minuman ringan seperti ais bergas

#2. Makanan yang tinggi kolestrol

#3. Hadkan pengambilan lemak tepu dan asid lemak trans

#4. Organ dalaman haiwan seperti hati, ginjal, otak

#5. Elak makanan bergoreng

#6. Makanan yang diproses dan tinggi garam. Garam mencuri kalsium daripada badan kita

#7. Hadkan pengambilan kafein secara berlebihan. Ia boleh mengganggu penyerapan kalsium dengan baik kerana terdapat sejenis sebatian di dalam kafein yang mengikat kalsium.

 

Tanda-Tanda Badan Kekurangan Kalsium

#1. Emosi tak stabil

#2. Imsonia ( sukar untuk tidur yang berkualiti )

#3. Kitaran haid tak teratur

#4. Kerap mengalami sembelit

#5. Anemia, kekejangan otot, kebas tangan

#6. Kelesuan dan badan kurang bertenaga

#7. Sistem imun lemah

#8. Gigi mudah rapuh dan rosak.

 

Bagaimana Untuk Mengawal Penyakit Tulang Rapuh

  • Sentiasa pastikan sumber kalsium mencukupi.
  • Banyakkan aktiviti di luar rumah terutama pada waktu pagi untuk mendapatkan sumber cahaya matahari secukupnya untuk bekalan vitamin D semulajadi.

 

Manfaat Suplemen Ostematrix Bukan Sekadar Kalsium

8 Manfaat Ostematrix

Ostematrix Shaklee adalah kombinasi kalsium, magnesium dan vitamin D. Magnesium dan vitamin D di dalam Ostematrix membantu penyerapan kalsium secara optimum.

#1. Membantu mengekalkan tekanan darah normal – terdapat 1% kandungan kalsium dalam darah yang membantu melancarkan peredaran darah.

#2. Membantu mengurangkan paras tekanan / stress – penting sumber kalsium yang mencukupi untuk mencegah stress, kemurungan, migrain

#3. Mengatasi masalah PMS / pra-haid – terbukti dapat membantu mengurangkan rasa tidak selesa akibat kedatangam haid

#4. Mengatasi sakit tulang  belakang dan kekejangan – membantu mengurangkan gejala kebas, lenguh badan dan senang bangun awal pagi

#5. Menguatkan tulang dan gigi – mengurangkan simptom gusi berdarah dan menguatkan enamel

#6. Pengalkalian tubuh – membantu mengawal keseimbangan pH di mana ia mengandungi mineral alkali dalam kalsium.

#7. Milkbooster – membantu merangsang penghasilan susu ibu dengan lebih banyak.

#8. Mengatasi masalah sembelit – membantu melawaskan pembuangan dan melembutkan najis

 

Ostematrix bukan sekadar kalsium biasa. Ia diperkaya dengan kandungan kalsium paling stabil bagi penyerapan optimum oleh badan dan turut membekalkan pelbagai fungsi penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat.

Terdiri daripada formula unik mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati yang mengandungi kalsium, zink, kuprum, fosforus dengan vitamin D, mangan dan boron.

Kalsium sangat penting dalam penyembuhan patah tulang dan mencegah tulang dari cepat rapuh. Seeloknya di awal usia 30-an kalsium yang cukup sangat penting untuk pelaburan kesihatan tulang 20 tahun akan datang. Terutama kaum ibu dan wanita yang mengalami haid setiap bulan, ibu hamil dan menyusu badan. Kalsium tersangat penting untuk mengelakkan tulang cepat rapuh dan mudah patah.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN OSTEMATRIX TERBAIK NI ?

Hubungi saya melalui Whatsapp di 012-3398734 untuk mendapatkan konsultasi paling tepat dengan pilihan suplemen terbaik berkaitan masalah dan bajet anda.

 

 

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

Tips Agar Tulang Patah Cepat Baik Dan Makanan Yang Perlu Dielakkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge