Anak kecil walaupun ketika bersama kita di rumah, ia tidak menjamin kita mampu memantau mereka 24 jam. Kelalaian boleh mengundang kemalangan.

image

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk yang membacanya . Di sini beberapa tips keselamatan ketika berada di rumah

 

  • Pasang pagar bagi menghalang anak kecil bermain di tangga atau dapur

 

  • Elak perhiasan kaca atau vas di tempat rendah yang senang di capai terutama jika ada anak kecil yang baru pandai berjalan

 

  • Elak menggunakan alas meja panjang yang mudah dicapai oleh si kecil

 

  • Sentiasa pastikan barangan elektrik jauh dari capaian anak-anak

 

  • Sentiasa tutup pintu bilik air jika tak menggunakan kerana anak kecil sangat suka main air elak kejadian lemas tanpa sedar

 

  • Lantai bilik mandi pastikan air tidak bertakung. Lantai basah sangat bahaya untuk anak-anak

 

  • Ajar anak bagaimana membuka pintu semua bilik jika terkunci dari dalam bagi mengelakkan anak terperangkap

 

  • Bersihkan lantai dapur selepas masak elak lantai licin kerana titisan minyak terpercik semasa memasak

 

  • Pastikan pinggan mangkuk dicuci, di simpan dengan teratur sebelum meninggalkan dapur dan sinki pun akan nampak kemas

 

  • Tak lengkap rasanya jika tiada penghalau serangga. Saya menggunakan Basic-H iaitu 100% dari bahan semulajadi dan bebas toksik.Ia memang terbukti sangat berkesan menghalau serangga perosak. Ia jauh lebih selamat jika ada anak-anak kecil

 

Tips Elak Kemalangan Anak Di Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge