Selepas melalui detik-detik kelahiran yang memenatkan. Kini selangkah lagi.. iaitu alam penyusuan. Ikutkan anak ketiga ni memang nekad nak menyusu secara eksklusif sekurang-kurang 6 bulan pertama usianya. Seterusnya usaha lagi untuk lengkapkan 2 tahun penyusuan pula. Alhamdulillah anak ketiga berjaya dengan izin Allah.

Cemburu sebenarnya bila tengok ibu-ibu lain yang dapat menyusukan anak mereka dengan jayanya walaupun bekerjaya.

Terus saya usaha mencari apa rahsia ibu-ibu ni dengan pelbagai info berkaitan penyusuan dan saya juga temui pemakanan yang membantu meningkatkan susu ibu dan suplemen tambahan khas untuk ibu menyusu.

Masa ni juga timbul kesedaran betapa pentingnya nutrisi yang lengkap dalam membantu penghasilan susu yang banyak dan berkualiti.

Ni pengalaman sendiri, ketara sangat bila badan cukup nutrisi, badan tak cepat penat walaupun tak cukup rehat biasalah ada anak kecilkan rutin tidur pun terganggu dan serius memang rasa lebih bertenaga, yang best emosi pun lebih stabil dan kurang stress. Hati-hati dengan stress ni, memang boleh ganggu pengeluaran susu.

Walaupun kadangkala macam-macam rasa wujud kerana perjalanan penyusuan ni bukan mudah ada masam manis nya.

Menyusukan bayi juga pengalaman yang menakjubkan, tapi kita perlukan masa untuk menyesuaikan diri. Apa yang penting kita ‘enjoy’!  🙂 Kumpul sebanyak mungkin saat dan kenangan terindah itu.

Tips Ibu Menyusu

#1. Pastikan mulut bayi melekap pada keseluruhan areola. Jika bayi hanya menghisap puting sahaja, ia akan menjadi perit jika ada kesan luka dan mudah terasa sakit. Kebanyakan sebab yang biasa puting luka ialah kesilapan cara mulut bayi melekap.

#2. Bagi mengelakkan jangkitan pada puting, sapukan beberapa titis susu sendiri pada bahagian sekitarnya selepas menyusu dan biarkan kering.

#3. Gilirkan payudara setiap kali menyusu, pada permulaan penyusuan bayi akan menghisap lebih kuat dan payudara akan menyesuaikan penghasilan susu mengikut hisapan bayi.

#4. Tekap payudara dengan kain basah dan suam 3-5 minit sebelum penyusuan untuk membantu pengaliran susu

#5. Pastikan bayi dapat bernafas dengan baik semasa penyusuan.

momen tips ibu menyusu

 

Tak semua ibu bertuah di anugerahkan susu yang banyak tapi ada juga segelintir ibu-ibu yang mempunyai masalah penyusuan di mana penghasilan susu mereka tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan anak yang makin membesar.

Penghasilan susu setiap orang tidak sama. Ia bergantung juga pada rezeki masing-masing. Jadi jika kita tekad dan niat nak menyusu, perlulah kita berusaha untuk menjayakan misi penyusuan kita tu.

Banyak cara yang boleh kita usaha kan seperti mencari ilmu tentang penyusuan sebanyak mungkin. Satu lagi jangan terlalu cepat sentap jika ada yang berkata aku tak perlu pun suplemen bagai ni, jangan peduli sangat dengan kata-kata tu sebab hanya kita yang tahu keperluan badan kita sendiri.

Rugi rasanya jika saya tidak berkongsi dengan ibu-ibu di luar sana yang mempunyai masalah tentang penyusuan ni. Ramai juga yang telah rasai sendiri manfaat di set menyusu shaklee ni termasuk la saya sendiri 🙂

Set Penyusuan Shaklee ni sangat best sebab apa tau, ia bukan semata-mata milkbooster tapi lebih kepada kesihatan menyeluruh untuk meningkatkan lagi taraf kesihatan diri termasuk bantu sistem peredaran darah, kesihatan fungsi saraf, sistem percernaan, mengurangkan tekanan dan kulit lebih sihat.

Memang penting sangat untuk ibu menyusu kekalkan tubuh yang sihat. Jangan abaikan konsep supply & demand ( kena kerap pam untuk kosong kan payudara). Selain jaga pemakanan dan sentiasa mohon doa pada Allah SWT.

Set Penyusuan SHAKLEE terdiri :

#1. Multivitamin / Vita-Lea Iron Formula

Membekalkan zat besi untuk ibu dan kebaikannya juga dapat disalurkan melalui susu ibu. Selain itu, ia ssangat membantu ibu yang sering pitam atau rasa seakan kepala berpusing setiap kali menyusu atau selepas sesi mengepam.

#2. B-Complex

Ibu menyusu yang nak menten cantik berseri dan tak nak kulit nampak kusam wajib ambil vitamin ni tau. Pernah ambil pil perancang sebelum ni ? Jangan tak tau pil perancang ni boleh memusnahkan vitamin B yang sediaada didalam badan. Jadi memang disarankan untuk mengambil secara konsisten vitamin B ni. Satu lagi ibu menyusu memang kena elak stress supaya susu tak merudum. Salah satu fungsi B-Complex ni ia bantu ibu mengawal mood agar sentiasa tenang. Ia berkait dengan hormon serotonin iaitu hormon yang mengawal mood dan kitaran tidur. Yang best ia turut meningkatkan fungsi otak dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh. Bila ibu gembira penghasilan susu juga akan jadi lebih lancar.

#3. Sustained Release Vita-C Plus 500 mg

Vitamin C ialah vitamin larut air. Uniknya vitamin C Shaklee adalah ia berkonsepkan pelepasan masa. Di mana vitamin C dilepaskan sedikit demi sedikit untuk memastikan badan sentiasa cukup vitamin C.

Vitamin C sangat baik untuk meningkatkan sistem imun badan dan bersifat antioksidan

#4. Ostematrix

Selain protein dan air. Kalsium merupakan komponen penting dalam susu ibu. Kekurangan kalsium boleh mengganggu penghasilan susu badan yang berkualiti dan menyumbangkan kepada tulang rapuh kemudian hari kerana bila kalsium tidak mencukupi secara automatik bayi akan mengambil sumber kalsium sediaada dari ibu. Bayangkan jika ibu tidak menggantikan kehilangan kalsium yang di ambil oleh anak, kesannya akan dirasai bila usia tua nanti. Jika selalu rasa sengal-sengal disekitar lutut, pinggang. Ini salah satu signal menunjukkan badan kekurangan kalsium.

Sumber Kalsium yang bagus turut mengandungi magnesium dan mineral lain. Ini penting untuk membantu penyerapan kalsium pada tahap optimum.

#5. ESP

Badan yang mengandungi protein yang cukup sangat membantu menghasilkan susu yang cukup untuk bayi. Menurut Ohio State University, sebanyak 71 gm setiap hari diperlukan oleh ibu menyusu badan. Selain pengambilan sumber protein daripada makanan harian, ESP juga sangat disarankan untuk ibu menyusu kerana ia lengkap dengan kesemua asid amino yang badan perlu di mana 9 asid amino ini tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita.

Pengalaman Pengguna Shaklee

Testimoni 1 :

SET MENYUSU SHAKLEE BANTU TAMBAH SUSU IBU

Set Menyusu Shaklee Penyebabnya…

Alhamdulillah.. dengan izin Allah, set menyusu Shaklee bantu melancarkan perjalanan penyusuan saya bersama anak2..

Mula kenal Shaklee ketika anak pertama berumur 6 bulan.. saya google, cari vitamin untuk ibu menyusu.. niat saya untuk dapatkan lebih nutrien dlm badan sbb saya tau saya menyusukan anak perlukan berganda2 nutrien. Nutrien untuk diri saya serta anak yg saya susukan..

Saya cari vitamin bukan untuk tambah susu yea.. alhamdulillah dengan mengamalkan konsep penyusuan iaitu supply vs demand, bekalan susu anak mencukupi..
Tapi apabila saya consume set menyusu Shaklee, perjalanan penyusua jadi lebih indah.. bekalan susu lebih meriah. Sebabnya.. vitamin yg saya ambil bantu memberikan kesihatan yg baik pada saya. Badan lebih bertenaga, mood lebih happy, xde stress2..

Bonus pada saya bila saya consume set menyusu Shaklee nie, perubahan ketara juga pada kulit wajah saya.. walaupun saya consume set menyusu tapi dalam masa sama set menyusu ini juga adalah set kecantikan Shaklee.. unik kan vitamin Shaklee nie..

Alhamdulillah dari tahun 2010 sehingga sekarang sedang menyusukan anak ketiga, saya masih consume set menyusu Shaklee.. bila anda konsisten mengamalkannya, manfaat lain juga anda akan rasa..

Anda consume set menyusu Shaklee, anda boleh teruskan pengambilannya apabila anda mengandung, berpantang dan menyusukan semula.. kan saya kata unik.. sebab tue saya CINTA produk Shaklee.

Testimoni 2:

SET MENYUSU SHAKLEE ‘MILK BOOSTER’ TERBAIK

Assalamualaikum..saya Sarah. Berumur 31 tahun. Sudah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata. Sebelum nie takde niat..memang takde sedetik niat pun ambil suplemen shaklee untuk cantik.

Pertama kali amalkan suplemen shaklee sebab nak bertenaga dan nak cari milk booster..time tu tengah menyusu mia, anak pertama saya…memang tengah aktif mengumpul stok…saat pertama jatuh hati dengan shaklee bila saya amalkan suplemen shaklee semasa bulan puasa.

Alhamdulillah dari 5oz sekali pam boleh increase 11oz sekali pam…ibu mana yg tak excitedkan…saya berjaya menyusukan anak saya secara eksklusif 3 tahun dengan Set Menyusu Shaklee ( Vitalea, B Complex, Vita C, Ostematrix, Alfalfa, ESP). Alhamdulillah.

Pejam celik pejam celik dah 3 tahun rupanya saya mengamalkan shaklee dengan konsisten…Alhamdulillah memang tak pernah ke klinik atau waded..kalau nak bandingkan life saya sebelum mkn shaklee.

Memang boleh dikatakan tiap2 bulan mesti selsema, batuk atau demam. Kecil2 dulu memang selalu waded je..ada sedikit masalah semasa ibu saya melahirkn saya menyebabakan antobodi saya tak kuat..Alhamdulillah nikmat nie paling tak ternilai…nikmat rasa sihat sentiasa…

Selepas 6 bulan, saya pregnant anak kedua. Masa sy pregnant ramai pulak tegur saya sarah muka dah bersih”; sarah nampak berseri-seri”. Ingatkan time pregnant je. Manalah tau kan dapat seri dari anak dalam perut.

Tapi dalam pantang pun ada lagi yang tegur bercahaya muka. Sampai dah habis pantang pun asal jumpe je kawan2 sume menegur. Nampak sangat kan muka saya yang dulu mesti sangat-sangat lah teruk.

FB kan sejak2 akhir nie asyik lah up memory2 picture yg lama. 2 tahun lepas pun ada. Bila tgk balik, memang beza sangat muka skang dengan dulu. Muka sekarang dah bersih, jerawat dah tak tumbuh.

Bekas jerawat pun dah samar-samar je…dan kulit muka makin cerah. Actually kan sebelum saya amalkan shaklee selalu je ramai yang tegur saya nampak macam tak sihat. Selalu tegur saya sakit. Mungkin sebab kulit muka saya nampak kusam.

Saya fikir balik apa saya makan ye..haha…baru teringat sebelum pregnant aritu ada tambah GLA Complex, Zinc Complex dan Collagen Powder.

Patutlah terpregnant. terambil GLA Complex rupanya. Hihi. Lepas tambah Collagen Powder aritu mmg bekas jerawat cepat je pudar. Tapi jerawat still tumbuh je kat muka. Then add on GLA Complex barulah jerawat stop tumbuh.

Masa pregnant saya cuma ambil Set Pregnant (Vitalea, B Complex, Vita C, Ostematrix, ESP, Omega Guard) dan Zinc Complex je. Berpantang pun saya continue je semua suplemen-suplemen nie.

Alhamdulillah dari niat cuma nak bertenaga dan sihat je. Dapat pulak bonus kulit makin cantik berseri. Alhamdulillah dapat nikmat hidup yang lebih baik dengan shaklee. InsyaAllah terus konsisten mengamalkan shaklee sampai bila-bila…

Jika anda mempunyai masalah tentang penyusuan seperti saya dan ibu-ibu ini, usahalah cari jalan penyelesaian jika itu niat utama kita, in syaa Allah ada ganjaran kita di sana nanti. Kalau berminat dengan set penyusuan shaklee jangan segan-segan hubungi saya ye… 🙂

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat” 

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

nutrisi untuk talasemia

5 Tips Ibu Menyusu Dan Milk Booster Terbaik

2 thoughts on “5 Tips Ibu Menyusu Dan Milk Booster Terbaik

  • July 12, 2016 at 12:46 am
    Permalink

    Antara saat manis bersama anak, semestinya semasa menyusukan mereka. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge