Buah pinggang ibarat seperti ‘penapis’ dalam tubuh kita. Fungsinya untuk menapis bahan buangan, menyimpan nutrien penting, menghasilkan hormon, meneutralkan asid dan membantu membina sel-sel darah merah serta mengawal tekanan darah.

Buah pinggang

Sayang jika kita tidak jaga dengan baik buah pinggang sebab ia akan memberi kesan kepada kesihatan kita. Kebiasaan simptom akan nampak apabila buah pinggang sudah di peringkat akhir yang mana buah pinggang tak mampu berfungsi dengan baik dan paras kreatinin dan urea dalam darah juga tinggi. Biasanya buah pinggang rosak akan terus rosak dan yang lebih gerun gagal sepenuhnya. Tahap ni nyawa pula jadi ancaman

Jangan disebabkan kita lambat ikhtiar dan masih berfikir-fikir tanpa tindakan dikhuatiri sudah terlambat. Bayangkan saat ni punya harta berjuta-juta tapi kesihatan terganggu. Mesti tak seronok kan? Jadi jangan bertangguh terlalu lama. PELUANG sihat itu masih ada.

Mestilah kita tak nak kan seumur hidup bergantung kepada dialisis atau yang lebih teruk buat pemindahan buah pinggang. Kalau boleh di cegah dari awal risiko adalah lebih rendah untuk buah pinggang menjadi rosak.

Jangan tak tau, jika tak dicegah dari awal atau lambat mendapat rawatan selama bertahun-tahun tanpa kita sedar badan kehilangan protein dalam air kencing yang menyumbang kepada kegagalan buah pinggang.

Penting sangat untuk kita ambil berat kesihatan buah pinggang kita kerana kerosakan buah pinggang boleh dikesan kira-kira lima atau 20 tahun terutama yang sedia ada kencing manis.

Hati-hati ye jika penyakit kencing manis tidak diuruskan dengan baik risiko sangat tinggi untuk mendapat masalah buah pinggang kerana kandungan gula dalam darah menjadi tinggi.

Apabila gula dalam darah tinggi ia mengganggu salur darah di seluruh badan termasuklah salur darah kecil di glomerulus.

Bila berlaku gangguan seperti ini keupayaan buah pinggang untuk menapis dengan sempurna itu rendah.

Pada peringkat permulaan saluran darah kecil di glomerulus akan menjadi bocor sehinggakan sejumlah kecil protein akan hilang melalui air kencing dan ia tak tinggal di dalam darah.

Hati-hati ye ini adalah tanda awal bagi masalah penyakit buah pinggang jika ia tidak dicegah dari awal dan ia di kenali sebagai mikroalbuminuria.

7 TANDA-TANDA BUAH PINGGANG BERMASALAH

  1. Bengkak pada kaki dan muka
  2. Mengalami rasa loya
  3. Muntah
  4. Kurang selera makan
  5. Sukar bernafas
  6. Keletihan
  7. Anemia (kurang darah)

image

5 TIPS PANJANGKAN HAYAT BUAH PINGGANG DENGAN PEMAKANAN SIHAT

  1. Kurangkan pengambilan protein biarlah jumlahnya sesuai dengan keperluan berat badan pesakit
  2. Hadkan pengambilan dari sumber makanan yang kaya kalium seperti pisang, buah oren, kekacang, sesetengah sayuran berdaun hijau, buahan kering. Kalium berlebihan dikhuatiri boleh mengganggu degupan jantung pada paras normal. Buah pinggang yang bermasalah juga tidak mampu lagi menyingkir kalium berlebihan.
  3. Mengawal tekanan darah
  4. Hadkan pengambilan garam bagi mengelak pengumpulan air (retensi) dalam badan
  5. Amalan diet yang baik dan ikut nasihat doktor

5 TABIAT YANG PERLU DICEGAH UNTUK PANJANGKAN HAYAT BUAH PINGGANG

  1. Jangan biasa kan diri menahan kencing kerana ia akan meningkatkan tekanan pada urin dan boleh menyebabkan batu karang pula. Tolong jangan bertangguh ok 🙂
  2. Diet tak seimbang sebab suka sangat ambil sumber protein daripada haiwan secara berlebihan seperti daging (red meat) yang mengganggu metabolik pada buah pinggang. Satu lagi garam pula tak dipantau suka sangat makan masin-masin. Jangan tak tau had garam tidak lebih daripada 5 gram garam sehari. Cegah tekanan darah tinggi.
  3. Ramai juga yang ambil mudah pengambilan air kosong yang cukup. Bila kurang air dalam badan buah pinggang tak dapat menapis darah dengan baik dan paling ngeri bahan  buangan dan toksin pula makin menimbun. Lama kelamaan organ lain pun terjejas sama bukan setakat buah pinggang je.
  4. Mengalami gangguan tidur menyebabkan tidur kurang kualiti dan tidak cukup tidur.
  5. Menurut kajian pengambilan gula berlebihan setiap hari akan meningkatkan risiko masalah protein dalam air kencing. Selain itu kafein yang tinggi juga boleh menyebabkan tekanan berlebihan pada buah pinggang.

image

Sayangi buah pinggang kita dan jalani hidup secara sihat. Jangan lupa luangkan masa ikuti kisah seorang pengidap penapis buah pinggang bocor tanpa biopsi yang kembali sembuh.

Cegah sebelum kritikal dan melarat hingga ke organ lain. Jangan bertangguh. Masalah buah pinggang ni sekali rosak ia akan terus rosak jangan amalkan sikap nanti dulu. Jom ikhtiar dengan Vivix dan Omegaguard

Suplemen Untuk Kesihatan Buah Pinggang

#1. VIVIX

VIVIX

Declaimer : Vivix adalah vitamin. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulih penyakit kritikal.

#2. Omegaguard

PENAWAR sakit buah pinggang

TESTIMONI PENGGUNA SHAKLEE

Sakit Buah Pinggang

image

image

 

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN SET TERBAIK NI ?

Hubungi saya melalui Whatsapp di 012-3398734 untuk mendapatkan konsultasi paling tepat dengan pilihan suplemen terbaik berkaitan masalah dan bajet anda.

Jangan berlengah untuk pelaburan kesihatan sendiri atau orang tersayang, kita sedia maklum kos perubatan kini sangat tinggi termasuk lah kos dialisis untuk pesakit buah pinggang dan prosedur-prosedur lainnya. Jangan membazir masa untuk berfikir bertindak segera dengan klik untuk dapatkan sekarang.

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

kenyataan

Tips Panjangkan Hayat Buah Pinggang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge