Nak kuatkan sistem imun anak? Ibu bapa mana yang tak risau kalau anak kerap sangat selsema, batuk atau demam. Termasuk lah HR sendiri memang usaha seboleh mungkin nak elak anak kurang sihat ni. Nauzubillah minta dijauhkan dari kita semua.
Banyak juga yang HR cuba untuk kuatkan sistem imun anak secara semulajadi. Ada yang dapat dari nasihat doktor, pembacaan buku dan ada juga yang jumpa melalui pembacaan online.
Sedar ke kita setiap anak mempunyai WIRA yang tak bernama. Siapa WIRA yang tak bernama tu ye ?
WIRA yang tak bernama tu adalah SISTEM IMUN ANAK, tentera peribadi yang mengawal badan anak kita yang bekerja 24/7 tanpa henti untuk menentang serangan penyerang termasuk lah bakteria, kulat dan virus.
Anak – anak yang sistem imun tak kuat dan tak kebal ni memang mudah sangat berjangkit dari orang yang rapat dengan mereka yang tak sihat terutama yang ada simptom seperti batuk dan selsema.
Bagaimana cara HR bantu anak – anak untuk kuatkan sistem imun dorang terutama apabila dorang mula nampak simptom awal nak terkena jangkitan terutama batuk atau flu atau pun baru je dalam proses nak sembuh. Fasa ni memang agak penting untuk support badan atau sistem imun jadi lebih kuat especially untuk pertahankan badan dari sebarang jangkitan kuman, virus atau bakteria.
HR selalu ingat kan diri, ni hanya lah salah satu asbab atau usaha dan ikhtiar seorang ibu selebihnya semua atas ketentuan Allah jua nak bagi kesembuhan. Nikmat sihat tu mahal. Kita akan nampak “nilai mahal” tu bila fizikal anak terbaring lesu. Nauzubillah minta dijauhkan dari kita semua.
Jika ada duit lebih sikit apa salah nya setiap bulan sediakan bahagian untuk kesihatan anak -anak kan. Ni pun satu pelaburan juga. Macam HR sendiri, sambil buat bisnes online jual vitamin Shaklee ni, dalam masa yang sama hasil dari untung runcit tu dapatlah belikan anak anak vitamin C, multivitamin dan minyak ikan Omega-3. ni untuk bantu dorang kuatkan imun sistem secara semulajadi.
Setiap vitamin tu pula ada yang tahan sampai 3 bulan. Jimat! Nak kata konsisten bagi setiap hari tu tak la. Tapi bila badan dorang bagi signal tak sihat je seperti bersin, hidung berair tu. Jaga – jaga lah memang wajib setiap hari bekalkan dorang ni dengan vitamin C dan lain – lain tu. Penting untuk bantu askar askar dalam badan anak anka bekerja melawan jangkitan.
Okay lah Ini adalah 4 Nutrien Yang HR Ambil Untuk Membantu Merangsang Sistem Imun Anak
(1) PROTEIN
Menguatkan struktur kulit, menyokong penghasilan antibodi dan merendahkan peluang kuman untuk memasuki badan
(2) MULTIVITAMIN ( VITAMIN DAN MINERAL )
Membekalkan nutrien lengkap untuk fungsi optimum pada semua organ sistem imun
(3) ASID LEMAK OMEGA-3
Terbukti dapat membantu untuk mencapai kesihatan imun yang optimum, mengurangkan keradangan dan gerak balas imun yang terlalu aktif.
(4) VITAMIN C
Vitamin C adalah otot sistem imun. Ia menggalakkan fungsi sel-sel darah putih seperti mencari, memerangkap dan memusnahkan bendasing

Bagaimana 3 Tahap Perlindungan Imun Bekerja ?
Tahap Pertama
Peringkat pertama pertahanan adalah KULIT, MUKUS, AIR MATA, AIR LIUR, PELUH dan ASID PERUT anda yang bertindak sebagai penghalang untuk memerangkap atau membunuh kuman, menghalang mereka daripada memasuki badan anda
Tahap Kedua
Apabila kuman berjaya melalui halangan pertama, mereka akan menemui pelbagai jenis sel – sel imun termasuk sel darah putih dan sel – sel pembunuh semulajadi yang bertindak sebagai lapisan kedua pertahanan anda.
Protein isyarat imun yang dipanggil Interferon memainkan peranan yang penting dalam mengaktifkan dan meningkatkan tindak balas imun untuk melindungi anda daripada serangan kuman.
Tahap Ketiga
Tahap pertahanan ini bertindak balas secara khusus terhadap jenis kuman tertentu dan mengingatinya.
Sekiranya ia menyerang badan anda lagi, ia akan bertindak balas dengan sewajarnya. Tindak balas imun biasanya menyebabkan kerosakan yang serius kepada sel- sel anda.
Untuk pulih dengan sendiri, sel – sel anda memerlukan Resveratrol dan Polifenol untuk pemulihan sel yang lebih cepat.
Adakah Anda Tahu ?
3 tahap pertahanan dalam sistem imun dan apa yang membentuk keimunan anda bukan lah satu entiti tunggal, tetapi satu sistem organ, sel dan tosu yang hadir di seluruh anggota badan anda
Maka sangat lah penting untuk memupuk semua 3 tahap perlindungan imun untuk membuatkan badan anda kuat dan sihat.
KLIK di sini untuk maklumbalas lebih pantas http://hadylarose.wasap.my
***************************