Bila ada pengalaman sendiri anak dijangkiti Influenza B (hujung disember 2018 ), sebagai ibu bapa kita kena lah ambil tahu tentang jangkitan virus influenza ni, doktor pun ada terangkan virus flu ni banyak kategorinya.
Jadi cara paling mudah nak ingat balik info berkaitan Influenza. Alternatifnya simpan kat sini pamplet yang HR dapat hari tu. Kalau simpan kat rumah nanti lupa pula simpan kat mana kalau dah terlalu lama. Hahaha
Haaa ni sedikit maklumat melalui pembacaan HR dalam pamplet yang dapat di hospital hari tu.
Wabak Bermusim
Influenza berlaku di seluruh dunia dengan kadar tahunan di anggarkan 5% – 10% di kalangan orang dewasa dan 20% – 30% pada kanak – kanak di SELURUH DUNIA.
Wabak tahunan ini di anggarkan mengakibatkan kira – kira 3 juta hingga 5 juta kes penyakit yang teruk. 250 ribu hingga 500 ribu membawa maut.
Apakah Influenza (FLU)
Flu ialah penyakit berjangkit yang mungkin menyebabkan kemasukan ke hospital. Tapi ada sesetengah kes boleh membawa maut. Nauzubillah minta dijauhkan.
Gejala Influenza tidak sama dengan selesema biasa kerana komplikasi influenza boleh memburukkan penyakit kronik sedia ada sehingga membawa maut jika langkah pencegahan awal tidak di ambil. Komplikasi lain termasuk pneumonia ( jangkitan paru-paru) yang boleh menyebabkan kematian.
Apakah FLU atau Selesema
Ambil tahu perbezaan FLU dengan Selesema supaya tak keliru sebab simptom seakan sama.
Golongan Berisiko Tinggi Jangkitan Influenza
- Kanak – kanak lima tahun ke bawah
- Wanita hamil
- Pengidap penyakit jangkitan paru – paru
- Penyakit jantung
- Gangguan metabolik ( termasuk kencing manis )
- Pulmonari kronik ( termasuk asma )
- Golongan berumur 50 ke atas
Bagaimana Flu Merebak ?
Ia mungkin menghidapi Flu
- Melalui orang sekeliling yang menghidapi flu, bila mereka batuk, bersin atau bercakap, titisan mungkin masuk ke dalam mulut atau disedut ke paru-paru
- Dengan menyentuh permukaan atau objek yang mempunyai virus flu dan kemudiannya menyentuh mata, mulut dan hidung
Cuma virus flu merebak dan memberi kesan kepada individu secara berbeza berdasarkan kepada keupayaan badan melawan jangkitan. Bila doktor bagitau virus influenza ni banyak kategorinya, baru kami faham. Kita sebenarnya banyak bergantung kepada sistem imun diri kita sendiri, tu penting sistem imun badan yang kuat supaya boleh melawan sebarang jangkitan melalui persekitaran kita yang tak boleh kita kawal.
Berapa Lama Orang Yang Sakit Boleh Menyebarkan Flu Kepada Orang Lain ?
#1. Mereka yang menghidap flu mungkin menyebabkan jangkitan kepada yang lain pada permulaan hari pertama sebelum simptom – simptom flu kelihatan dan sehingga 7 hari selepas jatuh sakit
Bagi sesetengah orang terutama sekali kanak-kanak virus mungkin disebarkan lebih lama dari 7 hari
Ini bermakna mereka boleh menyebarkan flu kepada orang lain sebelum sakit dan ketika sakit.
7 Perkara Ibu Bapa Kena Tahu Tentang Influenza
Pada Kanak Kanak
- Bernafas dengan kencang atau masalah pernafasan
- Tidak cukup minum air
- Susah bangun atau tidak berinteraksi
- Simptom seperti flu bertambah baik namun kembali dengan demam dan batuk yang lebih teruk
- Meragam teruk dan tidak mahu dipegang
- Demam dengan ruam
- Kulit berwarna kebiruan
Pada Orang Dewasa
- Sukar bernafas dan sesak nafas
- Pening secara tiba-tiba
- Sakit atau tekanan pada dada atau abdomen
- Keliru
- Muntah teruk atau berterusan
Bagaimana Untuk Mengelakkan Jangkitan Flu ?
Influenza Boleh Dicegah
- Sentiasa mengamalkan adab batuk yang baik bagi mencegah penularan jangkitan influenza
- Tutup mulut dan hidung dengan tisu bila bersin. Ia dapat mengelakkan orang sekeliling daripada turut jatuh sakit
- Amalkan kerap membasuh tangan
- Elak bersentuhan dengan mereka yang sakit terutama golongan yang berisiko tinggi
- Dapatkan vaksinasi setiap tahun
Jom kita lawan FLU. Lindungi diri sendiri dan keluarga tersayang dengan vaksinasi dan dalam masa yang sama HR bantu tingkatkan juga kekebalan imun sistem dorang secara semulajadi dengan suplemen Shaklee khas untuk anak-anak iaitu Set Healthy Kids.
~~~~~~~~~
Untuk dapatkan suplemen Shaklee anda boleh hubungi Hadyla Rose. Klik sahaja icon kat bawah tu okay.