Kebiasaannya masalah keputihan semasa hamil boleh datang dan pergi. Ia memang mengambil masa untuk dihilangkan. Masalah keputihan ini berpunca oleh kulat mikroskopik atau yis ( candida albicans ). Keputihan ini mudah berlaku jika terdapat ketidakseimbangan di antara kulat yis dengan mikroorganisma lain dalam badan.
Keputihan juga boleh jadi bahaya jika ia mengandungi Streptokokus Kumpulan B atau GBS iaitu sejenis bakteria yang memang ada dalam badan manusia. Anggaran satu dalam empat wanita hamil membawa bakteria GBS ini ke dalam usus atau miss v mereka. Ia boleh memberi mudarat kepada bayi yang dikandung atau semasa proses kelahiran kerana kemungkinan terdedah dengan kuman GBS.
Tanda – Tanda Keputihan Semasa Hamil
- lelehan pekat yang keluar
- berwarna putih seperti krim
- rasa gatal-gatal
- ada warna merah dibahagian dalam/ keliling faraj/punggung
- rasa sakit ketika hubungan kelamin
- sakit semasa membuang air kecil
Tanda-Tanda Mengidap GBS
- rasa sakit ketika membuang air kecil
- cairan berwarna kehijauan, pekat dan agak berbau
- saluran vagina mengalami keradangan
Siapa Yang Berisiko Bahaya GBS
- Ibu yang pernah ada sejarah GBS
- Ibu yang melahirkan anak pra-matang
- Pecah ketuban terlalu awal atau pecah lebih 18 jam
- Jangkitan urin dengan kuman GBS
Faktor Keputihan Semasa Hamil
- kerap memakai pakaian ketat
- pakai seluar dalam dari jenis nilon yang mudah panas dan halang peredaran udara
- kerap menggunakan mandian buih yang wangi
- pengambilan antibiotik boleh memgganggu keseimbangan antara mikroorganisma baik dan jahat
- mengalami diabetes .
Kesan Keputihan Semasa Hamil Kepada Bayi
Bayi yang berada di dalam rahim memang sentiasa terlindung dan selamat. Risiko jangkitan boleh berlaku semasa sakit bersalin di mana kemungkinan ada bayi yang dijangkiti keputihan apabila keluar dari faraj ibu.
Bayi yang baru dilahirkan selalunya dapat dikesan melalui tompokan putih pada bahagian mulut. Ibu yang menyusu bayi perlu juga mendapatkan rawatan kerana dikhuatiri keputihan akan merebak ke payudara pula.
Penyebab Keputihan Semasa Hamil
Semasa kehamilan, faraj wanita mengandungi kadar glukosa yang tinggi di dalam badan. Ia juga dikenali sebagai glikogen yang mana kewujudannya boleh menggalakkan lagi pertumbuhan kulat di bahagian kemaluan. Turut memburukkan keadaan apabila memakai pakaian daripada bahan sintetik dan ketat.
Keputihan tidak boleh berjangkit tetapi ia boleh berlaku jika pasangan turut berhadapan dengan masalah yang sama.
Cara Diagnosa GBS
Kandungan masuk 35-37 minggu satu diagnosa akan dilakukan untuk mengetahui samada ibu positif GBS atau tidak. Ibu yang berisiko digalakkan mengambil ujian atau screening swab test.
Kebiasaan jika disahkan positif GBS, ibu hamil akan dipantau oleh doktor dan diberi antibiotik untuk membasmi kuman GBS itu.
Risiko GBS Kepada Kehamilan
- berlaku kelahiran pra-matang
- bayi meninggal dalam kandungan
Tips Mengawal Keputihan Semasa Hamil Cegah Bahaya GBS
- Kerap tukar pakaian dalam sekiranya lembap.
- Keringkan dengan sempurna setiap kali membuang air kecil/besar.
- Kawal pengambilan makanan manis terutama berasaskan gula, roti putih atau yang berasaskan yis
- Seeloknya elak menggunakan sabun ketika membersihkan kemaluan. Boleh gantikan dengan rendaman garam dan air suam seminggu sekali.
- Pilih pakaian dalam yang selesa dan dari jenis kain cotton.
- Elak memakai tampon.
- Amalkan makan bawang putih dalam diet harian kerana ia berfungsi sebagai antibiotik semulajadi.
- Biasakan basuh dan lap dari hadapan ke bahagian dubur
- Pengambilan yogurt asli membantu pertumbuhan bakteria baik
- Jangan basuh guna teknik douching
- Jaga tempat luka perinium (luka bersalin)
- Segera dapatkan rawatan doktor sekiranya ada perubahan yang tak normal.
Kajian dari Universiti of Pittsburgh Medical Center menunjukkan bawang putih sesuai dan sangat berpotensi untuk merawat jangkitan faraj termasuk mengatasi keputihan saat hamil.
Cadangan Suplemen Keputihan Semasa Hamil Cegah Bahaya GBS
Garlic Complex – membantu ibu hamil mengatasi keputihan dengan selamat kerana ia bersifat anti-kulat dan anti-fungus semulajadi. Ia dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk mengekalkan Acilin aktif 100%. Alicin merupakan sebatian aktif semulajadi daripada bawang putih. Alicin sukar didapati dalam bawang putih biasa kerana ia memerlukan teknik tertentu untuk mendapatkan Alicin dalam keadaan semulajadi. Dengan dwi teknologi ia dapat mengawal bau garlic dan baunya tidak sekuat makan bawang putih mentah. Bau garlic complex Shaklee sangat best!
Sustained Released Vitamin C – membantu meningkatkan sistem imun badan secara dalaman untuk mencegah masalah keputihan semasa hamil ini agar ia tidak bertambah teruk.
Jangan ambil mudah masalah keputihan semasa hamil. Jika ibu hamil mengalami keputihan yang sangat teruk ia boleh mengancam nyawa bayi dalam kandungan dan mungkin tidak disarankan untuk bersalin secara normal. Ini untuk mengelak jangkitan berpindah kepada bayi semasa proses kelahiran normal.
Penyusuan susu ibu kepada bayi selepas kelahiran amat digalakkan untuk melindungi bayi dari jangkitan lain.
Untuk ibu hamil anda juga boleh mengamalkan SET KEHAMILAN SHAKLEE. Ia sangat membantu ibu dan bayi dalam kandungan untuk keperluan nutrisi yang lengkap sepanjang kehamilan ini.
Macamana Nak Buat Pesanan ?
Hubungi saya melalui Whatsapp ke 012.3398734 atau klik di sini untuk lebih pantas http://hadylarose.wasap.my bagi mendapatkan konsultasi paling tepat dengan pilihan suplemen terbaik berkaitan masalah dan bajet anda.
Saya adalah pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Istimewanya anda jika pembelian melalui saya anda layak mendapat konsultasi secara berterusan untuk penggunaan produk Shaklee secara tepat dan berkesan.
Jika anda ingin HARGA PENJIMATAN sehingga 15-20%. Daftar diri anda sebagai ahli Shaklee untuk makan sendiri. KLIK di sini untuk maklumbalas lebih pantas http://hadylarose.wasap.my
“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”
:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::
Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:
Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia
Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734
SID No.:
910071
Email:
hadylarose@diarinutrisi.com