Ada juga tanpa sedar dijangkiti kuman tibi ini di peringkat awal. Tahu di jangkiti pun bila kuman dah merebak hingga peringkat yang lebih serius. Macamana nak tahu tanda-tanda awal penyakit tibi ni. Ada ke cara atasi penyakit tibi elak serang paru-paru. Nak tahu lebih lanjut jom baca.

Apakah Penyakit Tibi / Tuberkulosis?

Penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman tibi atau kuman mycobacterium tuberculosis. Tibi juga dikenali sebagai batuk kering. Sekiranya tidak mendapat rawatan secara sempurna ia boleh membawa kepada maut.

Kebiasaannya kuman tibi ini akan menyerang paru-paru pesakit. Paru-paru pesakit tibi biasanya berlubang-lubang kesan di “makan” oleh kuman tibi mycobacterium tuberculosis.

Bagaimana Kuman Tibi Tersebar ?

Penyakit tibi bukan kategori penyakit keturunan. Penyakit tibi boleh tersebar melalui titisan cecair badan yang mengandungi berjuta-juta kuman tibi di udara sekiranya pengidap tibi ini batuk, bersin, bercakap, ketawa, menyanyi atau meludah. Ia boleh menjangkiti sesiapa saja yang bersama pesakit sekiranya menyedut udara yang terdedah kepada jangkitan kuman tibi.

Simptom Mereka Yang Dijangkiti Tibi

  • batuk berpanjangan lebih dua hingga tiga minggu dan berkahak
  • demam yang lama lebih 1 bulan
  • kahak berdarah
  • hilang selera makan
  • kurang berat badan
  • keletihan
  • sakit dan nyeri disekitar dada semasa tarik nafas panjang
  • berpeluh pada waktu petang dan malam

 

Sekiranya terdapat tanda awal seperti di atas, jangan ambil mudah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut dengan melakukan pemeriksaan kahak atau menjalani pemeriksaan x-tray.

Jika di biarkan ia boleh merebak dan menyerang bahagian organ penting lain dalam sistem badan seperti paru-paru, tulang, kelenjar, kulit, buah pinggang dan otak.

Orang Yang Berisiko Dijangkiti Tibi

  • Orang yang tinggal bersama pesakit tibi
  • Orang yang berdekatan dengan pesakit tibi iaitu kerja bersama, tinggal serumah, belajar dan menetap di asrama yang sama. Tempoh dijangkiti sekurang-kurangnya 24 jam dengan pesakit tibi
  • Anggota kesihatan yang menjaga pesakit tibi sangat tinggi untuk terdedah kepada penyakit tibi

 

BACA : Tips Kuatkan Sistem Imun Badan

Baca Juga:  Pengedar Shaklee Puchong Selangor :: Jimat Masa Dan Duit Anda

Komplikasi Penyakit Tibi

  • Jangkitan kelenjar limfa (lymph node)
  • radang selaput otak
  • radang paru-paru
  • serangan tibi pada organ-organ lain seperti usus, tulang, sendi, paru-paru dan buah pinggang.

Cara Atasi Penyakit Tibi

  • Bayi baru lahir diberikan suntikan BCG
  • Elak diri dari individu yang mengalami batuk kering
  • Elak diri mandi pada waktu malam terutama pengidap astma
  • Pastikan pengudaraan di dalam rumah dalam keadaan baik seeloknya cahaya matahari dapat masuk ke dalam rumah
  • Amalkan makanan yang seimbang
  • Ambil ubat ikut arahan doktor jika dijangkiti kuman tibi
  • Minum air secukupnya dan elak minum sejuk atau berais.

 

 

Berapa Lama Tempoh Rawatan Penyakit Tibi ?

Bergantung kepada jenis tibi yang pesakit kena, ia boleh di rawat dengan sempurna sekurang -kurang dalam tempoh masa 6 bulan, lama kan ? Ya, ambil masa agak lama untuk membunuh kesemua kuman tibi ni.

  • tibi paru – paru – enam bulan
  • tibi tulang atau tibi sendi – enam bulan hingga sembilan bulan
  • tibi otak – sehingga satu tahun

** Pesakit pastikan ikut arahan doktor dan tidak boleh berhenti mengambil ubat semasa tempoh rawatan.

 

 

Risiko dijangkiti penyakit Tibi ini sangat bergantung kepada sistem imun seseorang. Sistem imun yang kuat sangat penting sebagai perisai dari serangan kuman Tibi.

 

Jika sistem imun badan anda lemah, risiko untuk dijangkiti penyakit Tibi sangat tinggi. Kuman tibi tidak akan aktif di dalam badan yang kuat sistem imun. Kebanyakan yang dijangkiti tidak akan diserang penyakit tibi kerana kuman tibi akan terpendam dan tidak aktif.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

*********************

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong ( caj C.O.D dikenakan ) & Postage Seluruh Malaysiahubungi HR

 

Awasi 8 Simptom Penyakit Tibi Sebelum Melarat

One thought on “Awasi 8 Simptom Penyakit Tibi Sebelum Melarat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge