Pertama kali anak masuk sekolah darjah 1 dulu, lencana sekolah anak masa tu gigih jahitkan sendiri. Nasib baik ada mesin jahit kan. Tapi tak la pro sangat menjahit. Boleh la setakat tampal lencana sekolah anak kan.

Kedudukan lencana sekolah dan tanda nama

Masuk anak kedua darjah 1 pula, cara lain pula HR cuba dah tak rajin nak jahit. Hahaha. Terasa banyak pulak nak kena jahit bila dah masuk 2 orang sekolah ni.

 

Kali ni tampal lencana sekolah anak dengan gam UHU. Kemudian iron. So far okay guna cara ni. Tapi yang lecehnya banyak pula pembantu cilik nak tolong sama, ada sekali tu entah macamana gam tu melekat kat dua-dua jari adik dia yang umur setahun lebih. Ya ampun cuaknya, tak perasan bila masa pula dia capai gam tu.

 

Masuk anak ketiga darjah 1 tahun 2019 ni, HR cuba guna double-sided adhesive cloth ni pula. Suka sangat cara ni sebabnya ia mudah dan cepat.

Cara mudah tampal lencana sekolah anak

HR beli kat Daiso IOI Mall Puchong, mak-mak boleh cari dekat bahagian kraf. Harga pun tak la mahal sangat lebih kurang RM5 ++ macam tu, di jamin bawah RM10 la. Satu gulungan tu sangat la banyak. Tak habis untuk 4 keturunan. Hahaha.. Nak pula kalau guna untuk tampal lencana sekolah anak je kan..

 

Cara Tampal Lencana Sekolah Anak

  1. Potong double sided adhesive cloth ikut ukuran lencana dan name tag anak.
  2. Letak kedudukan lencana dan nama anak pada baju atau tudung ( perempuan )
  3. Terus iron. Siap!

Cara mudah tampal lencana sekolah anak

 

 

~~~~~~~~~

 

Jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee anda boleh hubungi Hadyla Rose. Klik sahaja icon kat bawah tu okay.Hubungi Hadyla Segera

Cara Mudah Tampal Lencana Sekolah Anak
Baca Juga:  Tips Nak Makan Suplemen Dengan Harga Murah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge