Bila ke Shah Alam setiap kali lalu tak pernah terdetik nak singgah di Checkers Seksyen 15 Shah Alam ni. Tapi hujung minggu hari tu, tiba-tiba husband ajak, katanya banyak juga barang-barang keperluan harian yang murah kat Checkers ni.

Checkers-Shah-Alam-1

 

Beli Barang Murah dengan Harga Borong di Checkers Seksyen 15 Shah Alam

Pertama kali masuk ke Checkers Seksyen 15 Shah Alam sebenarnya, teringat susunan Tesco Extra ala-ala gudang.

 

checkers shah alam

Banyak barang yang dijual borong, nampak ramai yang beli berkotak-kotak. Tapi ada la juga barang yang boleh kita beli satu-satu. Harga masih lagi murah. Kalau tinggal kat area sini mesti selalu shopping kat sini.

 

checkers-Shah-Alam
Boleh isi dalam goodies party bag

 

Checkers Shah Alam
Macam-macam perisa ada. Pilih mana yang berkenan di hati

 

Checkers Shah Alam
Boy tengah pilih buah.

 

checkers shah alam
Sayur kat sini pun best-best

 

Kemudahan Parking di Checkers Seksyen 15 Shah Alam

Bab parking dekat Checkers Seksyen 15 Shah Alam memang senang dan dekat depan pintu pasaraya je. Kebetulan hari tu kami parking dekat dengan pintu pagar keluar.

 

 

checkers-seksyen-Shah-Alam
kami parking di kawasan berbumbung

 

Tapi Checkers Seksyen 15 Shah Alam bangunannya dari luar nampak biasa-biasa je. Checkers ni dekat dengan Public Bank dan kawasan kilang-kilang. Tak silap ada stesyen minyak Petronas area situ.

 

Masa kami sampai ke Checkers Seksyen 15 Shah Alam tu, orang tak ramai sangat, lengang. Kaunter pun kami tak perlu beratur lama. Kejap je.

Checkers-Shah-Alam
Kaunter tempat bayar. Tak lama beratur.

 

Next time boleh datang lagi ke Checkers Seksyen 15 Shah Alam ni. Siapa yang tercari-cari air minuman kotak, biskut-biskut untuk dimasukkan ke dalam goodies bag tu, boleh consider beli kat Checkers ni dengan harga borong.

 

Kat sini juga ada mesin COIN Express. Sesiapa yang nak tukar duit syiling boleh cepat-cepat tukar dekat mesin ni.

Checkers Shah Alam Coin Express
Nak tukar duit syiling. Mesin coin ni ada di Checkers.

 

Nak singgah Checkers Seksyen 15 Shah Alam ?

Boleh lihat lokasi Checkers ni.

CHECKERS HYPERMARKET SDN BHD (564429-W)
(Head Quarter / Shah Alam Branch)

LOT 7, PERSIARAN SELANGOR, SECTION 15, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL: 03 – 5511 2255   |    GPS: 3.062626,101.526433

 

 

Jika anda berminat nak JANA INCOME tanpa modal dengan bisnes Shaklee ?

KLIK http://projekbuatduit2000

Baca Juga:  Cara Atasi Masalah Keputihan Dengan Cepat Cegah Berbau
Checkers Seksyen 15 Shah Alam Beli Goodies Birthday Party

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge