Sakit kepala berulang ni hanya yang mengalami je tahu betapa seksanya rasa.
Risiko Wanita adalah lebih ramai iaitu 1 dari 4 Wanita berbanding lelaki 1 dari 12 lelaki. Peluang mengalami sakit kepala berulang tinggi juga ya, jika ada sejarah ahli keluarga mempunyai simptom yang sama.
Jom Kita Kenali Jenis – Jenis Migrain.
- Migrain tanpa aura
- Migrain dengan aura
Apa beza kedua nya?
Migrain tanpa aura adalah sakit kepala tanpa tanda. Biasanya hanya rasa berdenyut denyut sebelah kepala saja.
Manakala Migrain aura adalah sakit kepala dengan tanda. Biasanya sebahagian penglihatan hilang sementara. Nampak kelipan cahaya seperti zig zag.
Mana satu anda? Jom baca perkongsian kisah Puan Hazana Binti Hamzah
.
Saya berusia 37 tahun. Ibu kepada 3 orang anak lelaki berusia 10 tahun (kembar) dan 3 tahun. Seorang pengurus rumahtangga dan menjalankan perniagaan online.
.
Bermula dari bulan puasa tahun lepas, saya tiba-tiba mengalami migrain setelah bertahun tak mengalaminya. Tapi kali ni ia agak berbeza.
.
Jika sebelum ni tanda migrain akan memyerang, muncul darkspot pada penglihatan mata. Tapi kali ni muncul corak zigzag berwarna-warni memanjang yang menghalang pandangan mata!
.
Kemudian diikuti sakit kepala berdenyut yang amat sangat, pening kepala berpusing dan mual yang berlarutan selama sehari ke dua hari.
.
Saya tak dapat jangka bila migrain akan menyerang. Ia datang agak kerap dan memang mengganggu urusan harian saya. Saya tak dapat uruskan anak-anak dan rumahtangga serta aktiviti bisnes. Saya sensitif pada bau sabun basuh pinggan, cahaya telefon, tv dan sesetengah makanan seperti keju.
.
Saya cuba konsisten ambil Ostematrix dan BComplex selain dari terpaksa bertahan dengan pil chi kit teck aun, sejenis herba cina dengan paracetamol ketika serangan berlaku. Walaubagaimanapun selang beberapa hari migrain tetap akan muncul semula.
.
Ini berlarutan selama beberapa bulan hingga bermula awal tahun ni, saya mula terfikir untuk mencuba Vivix secara konsiten setiap hari.
.
Awalnya, bila corak zigzag tu muncul dan kepala mula rasa berdenyut saya terus ambik Vivix dalam kuantiti yang lebih dari biasa. Selang beberapa ketika, corak tersebut dan denyut kepala mula menghilang perlahan-lahan.
Kemudian saya teruskan Vivix seperti aturan biasa.
.
Alhamdulillah sejak dari situ, corak zigzag dan migrain tak lagi datang menyerang walaupun pada hari yang sangat panas dan meletihkan, atau selepas saya makan kek keju, dan makanan tinggi perisa atau pada hari saya tak cukup tidur ataupun stress.
.
Malah saya dapat bonus kulit yang sangat moist, sakit bahagian sendi siku akibat tersalah angkat benda berat pun terus hilang. Badan cergas bertenaga walaupun berpuasa sahur dengan hanya segelas air kosong.
.
Saya rasa seperti badan saya lebih muda dari usia sebenar, daya ingatan dan daya fikiran lebih kuat untuk tangani stress, mood lebih stabil untuk layan karenah anak-anak, badan rasa ringan, kitaran haid teratur dan lancar tidak berketul.
.
Sememangnya saya dah jatuh cinta dengan Vivix. Ia membantu saya untuk nikmati kehidupan dengan lebih indah dan bahagia seadanya. Alhamdulillah
.
Terima kasih Shaklee. Terima kasih Supermom Shaklee Story