Anda pernah alami kelopak mata berkedip kedip tidak terkawal?
Pernah dengar tak beberapa kepercayaan, apabila mata berkerdip-kerdip sebelah kiri atau sebelah kanan ia sering dikaitkan dengan bakal mendapat berita baik atau sebaliknya. Tak tahulah benda ni sekadar mitos ataupun mungkin juga sekadar gurauan orang lama-lama.
Bagaimana Gejala Kelopak Mata Berkedip Kedip Ini Berlaku.
Dari penerangan lebih saintifik dalam istilah perubatan ia dipanggil miokimia. Gerakan otot dalam kelopak mata atas dan bawah secara tiba-tiba (spasma/kekejangan) berlaku hanya pada sebelah mata bergerak gerak. Ia terjadi tanpa kawalan dan tidak boleh di buat buat.
Ada Beberapa Punca Kelopak Mata Berkedip Berlarutan
1. Gangguan tidur.
2. Terdedah kepada cuaca terang dan angin kuat
3. Sering sakit kepala.
4. Stress dan tekanan berlebihan.
5. Mata kering atau keradangan di bahagian dalam kelopak mata.
6. Pengambilan kafein berlebihan.
7. Merokok.
Bagaimana Cara Untuk Mengurangkan Masalah Kelopak Mata Berkedip Dan Memelihara Kesihatan Mata
1. Waktu tidur pastikan cukup. Hadkan penggunaan gajet atau menonton video atau televisyen sehingga awal pagi.
2. Hadkan pengambilan minuman berkafein juga seperti teh, coklat dan kopi. Ini kerana ia memberi kesan kepada saraf mata.
3. Minum air kosong secukupnya elak mata mudah menjadi kering. Masalah kerengsaan atau radang mata boleh terjadi akibat kekurangan air dalam badan.
4. Buat kaedah tuam dengan tuala suam apabila mata berkedip lebih kerap dari biasa. Jika berlarutan segera berjumpa pakar mata berhampiran anda.
5. Pengambilan nutrisi yang cukup juga baik untuk kesihatan mata seperti sumber makanan yang mengandungi vitamin A, vitamin B12, vitamin D dan asid lemak Omega-3.
KLIK di sini untuk maklumbalas lebih pantas http://hadylarose.wasap.my
***************************