Masalah muntah semasa awal kehamilan adalah keadaan normal yang alami oleh ibu hamil. Kebiasaannya disebabkan oleh perubahan hormon.

Namun masalah muntah berlebihan semasa hamil atau Hyperemis Gravidarum dianggarkan 0.5 -2.0 peratus akan mengalaminya. Sehingga kan ada yang terpaksa dimasukkan ke wad untuk mengatasi masalah dehidrasi atau kehilangan banyak air dalam badan.

Apakah  Hyperemesis Gravidarum

Hyperemesis Gravidarum juga dikenali sebagai muntah berlebihan semasa hamil. Kebiasaannya ia terjadi di awal kehamilan biasanya seawal minggu ke-5 dan kadangkala boleh juga berlarutan sehingga minggu ke-22 atau berterusan sepanjang kehamilan.

Kesan Muntah Berlebihan Kepada Ibu Hamil

  • mengalami keletihan
  • mudah rasa tertekan
  • tidak dapat menikmati fasa kehamilan dengan ceria
  • mudah mengalami kemurungan
  • berasa ingin bersendirian

 

Wanita Yang Berisiko Lebih Tinggi

  • Kehamilan kembar dua atau lebih
  • ibu atau kakak yang mengalami masalah yang sama
  • wanita yang pernah mengalaminya pada kehamilan yang terdahulu
  • migrain
  • penyakit berkaitan hati
  • disahkan memiliki ketidaknormalan hormon tiriod
  • berhadapan dengan mabuk perjalanan

10 Tips Untuk Mengatasi Muntah Berlebihan Semasa Hamil (Hyperemesis Gravidarum)

  1. Dapatkan bantuan profesional di peringkat awal kehamilan lagi untuk cegah berlaku situasi yang lebih teruk
  2. Minta bantuan suami atau keluarga untuk melakukan tugas seperti memasak, menjaga anak dan urusan rumahtangga yang lain.
  3. Elak menghidu bau yang membuatkan muntah atau loya
  4. Ambil makanan yang lebih berkhasiat kerana bayi akan memperoleh zat daripada simpanan dalam badan ibu.
  5. Minum apa saja yang boleh diterima oleh tekak. Performance drink sangat disarankan kerana ia sangat tinggi dengan garam dan mineral yang badan perlukan.
  6. Banyakkan berehat dan dapatkan tidur yang mencukupi.
  7. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap
  8. Elak makanan berminyak, lemak tinggi dan pedas
  9. Mengambil buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C
  10. Hindari stress atau tekanan

Tanda-Tanda Awal Hyperemesis Gravidarum Yang Perlu Diambil Perhatian

  • Perhatikan tanda dehidrasi seperti air kencing yang sangat sedikit atau warna kuning pekat
  • Cubit belakang tapak tangan dan perhatikan jika kulit tidak segera kembali kepada keadaan asal.
  • Kesakitan pada bahagian abdomen atau pendarahan
  • Terdapat gangguan penglihatan
  • Sakit kepala
  • Pening
  • Keliru
  • Terdapat kesan darah pada muntahnya
  • Kelaparan yang kronik

Tanda-tanda awal ini penting bagi elak gangguan pada otak yang disebabkan oleh kekurangan nutrisi   seperti cecair, vitamin dan mineral yang penting semasa hamil. Ia juga boleh di cegah dengan mengambil vitamin B terutamanya  B1 dan B6.

Ibu hamil bukan sahaja perlu sihat sepanjang kehamilan malah memerlukan tenaga berpanjangan dalam masa berpantang dan menyusu kelak. Set Pre-Natal dan Set Post Natal ini sangat membantu keperluan ibu hamil sebagai salah satu cara penjagaan dalaman.

Ia terbukti berkesan dan selamat melalui pelbagai kajian oleh saintis yang bertauliah dan mendapat sokongan dari pakar pemakanan juga.

 

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN PRODUK TERBAIK NI ?

Hubungi saya melalui Whatsapp di 012-3398734 untuk mendapatkan konsultasi paling tepat dengan pilihan suplemen terbaik berkaitan masalah dan bajet anda.

Saya adalah pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Istimewanya anda jika pembelian melalui saya anda layak mendapat konsultasi secara berterusan untuk penggunaan produk Shaklee secara tepat dan berkesan.

 

 

“Tiada Jalan Pintas Untuk Sihat”

:: Apa Yang Kita Makan Hari Ini Akan Menentukan Kesihatan Kita 10 Tahun Akan Datang ::

Untuk dapatkan info lanjut mengenai masalah atau produk seperti di atas serta konsultasi eksklusif khas untuk anda, sila hubungi saya segera:

Hadyla Rose
Shaklee Independent Distributor
C.O.D Kawasan Puchong & Postage Seluruh Malaysia

Call | SMS | Whatsapp:
012 – 339 8734

SID No.:
910071

Email:
hadylarose@diarinutrisi.com

 

Muntah Berlebihan Semasa Hamil ( Hyperemesis Gravidarum )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge